Friday, August 8, 2008

ulasan : TTD

Banyak perkara yg bermain2 dalam pemikiran aku ni nak aku lontarkan di sini. Tak tahu yg mana satu yg harus aku mulakan. Yg mana yg kemudiannya pula. Hmmm..

Rasanya aku nak mulakan dengan laporan mengenai novel yg aku baru sudah membacanya 2 hari yg lepas. Tajuk novelnya adalah Tunggu Teduh Dulu karya Faizal Tehrani.

Kisah mengenai onak & ranjau yg dilalui oleh Salsabila Fahim. Bukan hanya berkisar cinta tiga segi yg dihadapinya. Lebih dari itu. Kisah mengenai kekentalan jiwa seorang wanita muslimah melalui setiap ujian dariNya dengan ketabahan. Walaupun berbagai masalah tiba, ada ketika Salsabila hampir jatuh, namun dia cepat2 sedar. Kepada yg Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana, padaNya Salsabila memanjatkan doa. Meminta pertolongan. Setelah berusaha, sebagai umat Islam, apa yg perlu kita lakukan adalah berdoa & bertawakal.

Menarik juga usahatani yg dijalankan oleh Salsabila & sahabat karibnya, Teh Sofia. Berbekalkan tanah pusaka arwah ayah Salsabila serta bantuan dari ayah Teh Sofia, seorang bergelar Tan Sri, yg mengaturkan janji temu dengan pengurus sebuah bank untuk Teh Sofia, kedua2 wanita ini mula menjalankan usahatani mereka iaitu ladang betik. Ladang betik yg mereka usahakan bersama-sama adalah cinta pertama Teh Sofia. Kemunculan semula teman lama Salsabila iaitu Kamil yg mahunya menjadi pelangi buat Salsabila & juga Lam yg mahunya menjadi matahari buat Salsabila, telah membuatkan Salsabila keliru untuk memilih.

Bukan itu sahaja, dalam nak memajukan ladang betik mereka bersama, banyak masalah ditempuhi. Seperti serangan makhluk perosak, hujan lebat & ribut yg telah musnahkan sedikit tanaman mereka, gangguan dari adik Salsabila yg menuntut hak/bahagian keuntungannya dan beberapa perkara lagi. Mujur Kamil banyak membantu. Bantuan Kamil yg kebetulan adalah pegawai Mardi merupakan misi untuk menyimpulkan angan2nya semasa kecil yg mahu menjadi pelangi Salsabila bila hujan teduh. Teh Sofia yg pada mulanya jatuh hati pandangan pertama pada Kamil, telah mencuba untuk bersaing dengan Salsabila tuk merebut hati Kamil. Ayat Teh Sofia yg akan membuatkan kita semua akur adalah "Kerja Tuhan, kita tak tahu".

Masalah cinta & masalah di ladang mula bertimpa2 jatuh. Sementalah, hati Teh Sofia yg menjeruk rasa dengan Salsabila membuatkan si sahabat karib merangkap penasihat ekonomi di ladang Teduh Dulu membawa hati yg mengecut ke Australia. Lama juga Teh Sofia merajuk. Telah cuba Salsabila menghubungi Teh Sofia, tapi tak berhasil. Dengan keyakinan bahawa suatu hari sahabat karibnya itu akan pulang juga ke tempat di mana cinta pertamanya bermula, Salsabila tegar menunggu. Menempuhi segala dugaan & cabaran.

Akhirnya, setelah menghilang selama beberapa bulan, Teh Sofia pulang juga.

.
.
.
.
.
.
.
***Aduh... Gi mana ni. Rasanya mau saja sy ceritakan dari mula sampai tamat novel ini. Review di atas baru suku novel. Silap2 tak sampai pun lagik. Takkan nak citer satu persatu konflik yg di alamai oleh Salsabila. Pe kata korang dapatkan novel ini dan baca selanjutnya. Aku sambung skit. Biar korang teruja nak mendapatkan novel ini.

Apabila usahatani mereka mula mengeluarkan hasil tuk kali ke-3 (kalau aku tak salah), timbul pula masalah baru. Masalahnya adalah tanah yg mereka usahakan itu akan diambil oleh kerajaan untuk dijadikan jalanraya. Gelisah, gundah gulana hati Salsabila bila terpaksa mengorbankan tanah pusaka milik arwah ayahnya. Banyak kenangan yg telah terlakar di situ. Di ladang betik itu. Kenagan pahit & juga kenangan pahit.

Kenangan pahit apabila bangsal tempat simpan buah betik yg telah dipetik dibakar dengan sengajanya. Salsabila tahu siapa punya angkara. Tapi dia diamkan saja demi memberikan peluang tuk orang yg melakukannya insaf. Insiden yg paling membuatkan Salsabila lemah sebentar apabila dirinya cuba diperkosa pada malam di mana punca elektrik sengaja diputuskan. Kebetulan untuk kedua2 kejadian itu, pengawal ladang tidak ada di tempat kejadian.

***Kenangan manis pula, banyak untuk dinyatakan di sini. Sila baca.

Timbul masalah semasa berbincang dengan pihak berkuasa yg cuba mendapatkan tanah pusaka yg sudah dijadikan ladang betik itu. Permintaan dari Teduh Dulu tidak mahu ditunaikan sehinggalah mereka mendapatkan khidmat peguam & memepoleh perintah mahkamah supaya kontraktor yg berkenaan tidak menceroboh tanah itu sehingga tamat perbincangan.

Manusia...

Tidak mahu akur dengan surat yg dikeluarkan oleh mahkamah, pihak kontraktor telah mengarahkan sekumpulan samseng tuk meredah sahaja ladang betik. Timbul kekecohan di situ sehingga polis terpaksa masuk campur. Tapi pihak polis tidak dapat berbuat apa2. Mereka harus akur dengan arahan pihak atasan. Pekerja2 ladang Teduh Dulu disuruh berundur & biarkan sahaja mereka yg datang tuk meratakan tanah ladang itu menjalankan tugas mereka.

Kekecohan yg timbul telah mengakibatkan Salsabila pengsan. Lagi pula, sebelum itu dia memang sudah rasa tidak sedap badan. Akibat peristiwa itu, Salsabila telah disahkan hamil. Kecoh sekali lagi. Salsabila seorang wanita muslimah yg sentiasa menlaksanakan perintahNya, bagaimana dia boleh hamil. Disebabkan kehamilan itu, akhirnya Salsabila membongkarkan rahsia pernikahannya yg berlangsung di Tanah Suci Mekah sewaktu mengerjakan ibadat umrah bersama arwah mak tirinya.

***Owh... Pasti korang tertanya siapakah jejaka yg menjadi suami Salsabila. Ehehehe.. Aku tak mo citer. Korang gi beli & baca buku ini. Bagus. Banyak pengajaran. Tak salah kiranya aku mempromosi karya anak tempatan andaikata karya itu adalah sesuatu yg bagus. Aku sambung skit lagik ye?

Semasa insiden membawa hati yg lara, Teh Sofia telah bertemu dengan cinta hatinya. Seorang warga Indonesia bernama Dendy. Dendy menyarankan untuk Salsabila memanjangkan cawangan Teduh Dulu ke Indonesia. Di sana Dendy punya tanah yg luas. Selain itu, upah pekerja lebih murah. Setelah berbincang untuk beberapa ketika, mereka bersetuju membuka cawangan di Indonesia. Cawangan di sana nanti adalah di bawah pengawasan Dendy.

***Masa ni Teh Sofia & Dendy telah nikah gantung. Nikah sahaja tanpa kenduri. Kalau korang baca novel ini, korang akan sedar yg betik itu banyak sekali kegunaannya. Bukan saja buah yg boleh dimakan, getah papain boleh digunakan juga. Ada bahagian dari betik boleh dijadikan produk kosmetik. Aku anggap maklumat yg diberi mengenai betik di dalam novel ini adalah sesuatu yg benar. Hmm...

Cukup sampai di sini sahaja perkongsian saya mengenai novel yg telah saya baca ini. Terima kasih kerana membacanya hingga nokhtah yg terkakhir ini.

No comments:

Google