Wednesday, April 8, 2009

6th & 7th Day

Aku sangatlah tak konsisten bila tiba di hujung minggu. Haihhh... Masih tak abeh la stock Juvanex aku. On Saturday & Sunday yg sepatutnya menjadi day 6th & 7th, aku hanya dapat menelannya ketika malam menjelma sahaja.

Tuk kedua2 hari ni juga, pemakanan aku adalah sangat tunggang langgang. Kalau diikotkan hari ni adalah hari kesembilan. Alhamdulillah, pewot aku dapat membersihkan tangki septik setiap hari. Bukan senang buat aku.

Aku tak pasti adakah dengan bantuan makanan tambahan, Juvanex ataupun kondisi aku sekarang yg membuatkan pewot aku dapat menjalankan aktiviti pembuangan dengan sedikit konsisten. Hmm...

Pe2 pun, bagi mereka yg nak mencoba, teroskan usaha murni aku.

Owhhh... Satu lagik. Aku hanya berjaya mengurangkan 1 kg. Tapi Sabtu & Ahad, aku dah tambah balik berat aku yg hilang itu. Ntah2 lebih kot. Haihhh...

Aku tak kuat dari segi fizikal & mental. Nak menurunkan berat badan memerlukan sokongan yg kuat. Jeles gak tengok peserta The Biggest Loser dpt menurunkan sekurang2 3-4 paun seminggu. Senaman mesti konsisten. Pemakanan & jumlah kalori yg diambil harus dititik beratkan.

Demikianlah kisah aku & Juvanex. Baru hari ni berkesempatan nak mencoret. Kalau korang nak keputusan yg lebih efisen, sila jangan curi tulang cam aku. Buat bersungguh, mungkin resultnya lebih baik.

Sedikit penjelasan. Umat Islam biasanya menjalankan proses detoks ini. Antara sedar dengan tidak sahaja. Puasa adalah salah satu cara untuk detoks.

No comments:

Google