Monday, March 30, 2009

lemon betol rasanya

Pertama sekali aku ingin mengkhabarkan bahawa aku telah berjaya memulankan program detoks yg aku gembar gemburkan sejak awal bulan Mac yg lalu. Baru kini, ketika hendak memasuki bulan April baru aku berjaya melaksanakannya.

Itu pun ada juga rintangan. Tapi aku tabahkan hati. Kentalkan diri supaya tidak mudah mengalah kepada rintangan yg mendatang. Berkat suntikan semangat dari rakanku jua. Hiksss...

Miss Xara, I dah berjaya ber'Juvanex'. Hiksss.. ***Nak jugak mention nama.


Inilah minuman yg berLEMON sungguh rasanya. Jemput minum...

Asalnya aku telah sebulat suara nak mula hari Ahad. Tapi aku menerima jemputan tuk berjimba & bersuka ria di Sunway Lagoon. Siap nak bagi aku diskaun lagik. Aku terfikir nak jugak join. Tambahan plak mendapat diskaun.

Atas beberapa sebab yg aku sengaja elakkan, maka aku tak jadi gi. Oleh itu, mulalah program detoks aku.

Tapi kan, aku de ngelat skit. Hmmm...

Buat pengakuan ngan seikhlasnya. Aku ngelat banyak. Aku mulakan mengambilnya petang Sabtu. Pagi Ahad, aku kena kuar. So, pagi Ahad aku dah skip 1 minuman. Petang Ahad tu baru sambung amek.

Pagi ni, aku tak skip dah. Aku cam kuciwa biler mengenangkan tiada kesan yg sepatutnya aku alami seperti yg telah diterangkan dalam pamplet yg di beri. Kenapa & mengapa???

Hanya 2 kesan yg aku rasa. Sleepy & headache. Isk2... Mana kesan yg menyebabkan perut ku lawas. Huhuhu...

Sebab kuciwa tiada kesan kelawasan telah menyebabkan aku mengambil secawan kopi. Hiksss.. Ni sebenarnya alasan & penyedap ati supaya aku tak berasa bersalah bila minum kopi tadi. Lalala...

Bismillah dulu sebelum minum. Uhh... Gayat masa memula nak minumnya.

Abis dah isi kandungan dalam shaker tu. Alhamdulillah.. Berdebar2 menanti apakah hasilnya.





~~~Memang sangat LEMON rasa minuman ku itu. Aku campur bersama dengan jus buah.

No comments:

Google