Tuesday, March 3, 2009

terlaksana sudah

Alhamdulillah... Aku berjaya membawa diriku & juga opahku gi layan kartun buatan anak Malaysia, Gang: Pengembaraan Bermula.

Sangat berpuas hati ngan mutu kartun keluaran tempatan ni. Aku suggest kan kepada mereka yg blom menonton, luangkanlah sedikit masa tuk support hasil usaha anak tempatan ini. Buat kaum2 lain, cuba la nonton.

Bukan nak kata aper la, time aku gi tgk last wikn, yg memenuhi panggung rata2nya adalah kaum melayu sahaja. Apakah??? Aku tak mo perasangkan buruk. Aku pasti, ada je kaum lain yg menonton. Cuma masa aku nonton tu je takde.

Almaklumla, hari minggu. Pasti parents yg sibuk nak bawa anak2 mereka menonton. Bagi yg single or dah berkawen tapi takde anak lagik, diaorang nonton hari lain. Berperasangka baik. Hmm...

Dah2... Aku nak citer skit sebanyak pasal citer ni. Upin & Ipin adalah comel. Begitu jugak ngan penduduk kat kampung tu. Syiok je tengok suasana kampung. Walaupun hanya dalam kartun. Hehehe...

Pengembaraan kat dalam hutan. Best...

Opet yg comel..

Opet tu cam aku skit. Ni dari pandangan aku. Opet kat luar garang. Tapi sebenarnya Opet adalah manja & sangat mengambil berat. Opet menunjukkan sifat garang adalah untuk protect diri dia sendiri.

Lebih kurang cam aku la. Luaran je nampak garang. Walhal aku adalah seorang yg manja, baik hati & jugak comel. Wakakaka...

Rajoo pun klakar gak. Aku tumpang gelak ngan Lim sama bila Rajoo kata dia bleh cakap ngan haiwan. Dia paham pe haiwan cakap. Haiwan pun bleh bertindak balik ngan apa yg dicakapkan oleh Rajoo.

Part satu lagik yg klakar pasal Rajoo ni bila dia tunggu kat umah Tok Dalang seawal jam 4 pagi sebab nak tuntut kat Lim. Nak dengar radio seperti yg dijanjikan Lim.

Haiwan peliharaan Rajoo bernama Sappy adalah seekor lembu. Lagik part klakar pasal Rajoo bila dia mengeluarkan kata2 gaya seorang tua masa Upin & Ipin nak slide turun bukit.

Tak rugi la tgk. Sesuai tuk orang dewasa & jugak kanak2.

Sally a.k.a Salleh, satu lagik watak yg tak kureng hebatnya. Nak tau apa yg dilakonkon oleh Sally, sila la gi nonton. Takpun beli la vcd/dvd yg original biler dah kuar nanti.

Nak sambung skit. Masa dah penghujung citer, penjaga panggung dah gi buka pintu kuar. Orang ramai pakat berdiri nak kuar biler citer dah stop. Aku kehairanan gak, naper la tak pasang lampu lagik dalam panggung kalau citer dah abeh. Dah la senarai2 pelakon tak kuar pun lagik.

Rupa2nya tak abeh di situ. De sambungan skit. Tapi tak ingat pasal apa. Pastu baru la kuar senarai nama pelakon & orang2 yg terlibat di belakang tabir. Tapi maseh juga lampu dalam panggung tak dibuka.

Aku biarkan dulu orang bersurai sbb aku ngan opah dok kat tingkat atas. Pintu kuar kat bawah. Dah le kitaorang dok tengah2. Tak nak la rebut2. Biar lambat asal selamat.

Tup2 kat skrin kuar plak satu scene yg mana de tok dalang, opah Upin, Ipin & jugak uncle Muthu bapak si Rajoo. Scene yg sama dilalui oleh Upin, Ipin & Rajoo.

Kata2 yg sama yg uncle Muthu & Rajoo kata. "Pikirlah masa depan". Saper yg dah tgk pasti tahu apa yg aku maksudkan. Sangat kelakor.

Aku bleh duduk balik & sambung gelak. Sblom tu aku dah diri & bersedia nak kuar. Lepas abeh scene tu, baru la lampu kat dalam panggung tu dibuka. Tak rugi aku high expectation ngan citer ni. Citer ni memang best.


~~~Tahap piawaian kita tak sama. Pada piawaian aku, citer ni tak kurang hebatnya ngan citer kartun keluaran negara luar. Dah upgrade dari citer Puteh. Jalan citer menarek & segar. De unsur2 jenaka. Tak dapat expect apa akan terjadi seterusnya hinggalah sampai ke babak2 akhir. Kire pertengahan citer tu, tak dapat nat wat assumption pe kan jadi pada sumer watak2 di penghujung jalan citer.

No comments:

Google