Sunday, December 5, 2010

me am not so happy

Dah lebih seminggu aku rasa sangat tak gembira tentang kerjaan aku ini. Hmm... Mungkinkah sudah tiba masanya aku tinggalkan apa yg aku sedang buat sekarang dan mencuba sesuatu yang baru?? Kalau persoalaan itu aku ajukan kepada sang Mi Amor, aku tahu sudah apa jawapan yang akan aku terima. Mi Amor akan menasihatkan aku untuk mencuba sesuatu yang baru.

Seriously aku memang rasa macam nak quit jam2 ni jugak. Uhhh... Why?? Sebab2 musabab yang tak tau camne aku nak huraikan kat sini. Kat Mi Amor pun aku tak citer. Aku hanya pendam ni sorang2 je.

Aku hanya mampu berdoa untuk dikuatkan semangat diri aku ini untuk melalui semua dugaan ini. InsyaAllah di tahun 2011 yang akan datang ini, jika usia aku masih ada aku akan menyusun atur strategi baru untuk career path aku. Aminnnn...


~~~Pergh.... Ayat sangat SUPER SKEMA badut la.. :D

Thursday, October 21, 2010

new obsession

Sewing a.k.a menjahit. Camne tetiba je datang minat ni??? Actually minat ni bukan datang secara tetiba. Sejak dari dulu lagi aku memang de belajar menjahit skit2. Tapi tak pernah buat dengan tekun or mengamalkan pelajaran menjahit yang aku miliki. Kenapa???

Pertama adalah kerana kat umah aku takde sewing machine. Yupsss... Aku tau yg sewing machine hanyalah sekadar alasan. Boleh menjahit secara manually menggunakan tangan. Memang pun buleh jahit tangan je. Tapi kan kalau nak siapkan sepasang baju kurung jahit tangan, aku tak tau la akan ambil masa berapa lama. Sedangkan kalau jahit guna mesin pun makan 2-3 minggu. Itu aku la, penjahit amatur.

Suatu hari aku blog hoping terjumpa satu blog ni yg mana dia menjahit pakaiannya sendiri. Owhh... Manis sungguh. Opsss... Sebelum aku pergi jauh, menjahit ni aku nak belajar secara berdikit2 sebagai persediaan untuk bekerja dari rumah suatu waktu kelak. (^____^)

Oleh kerana dekat rumah aku takde mesin jahit, aku telah bertemubual sama encik g.o.o.g.l.e bertanyakan info mesin jahit. Dari info yang aku perolehi, as a beginner aku dah mula mengusha incik Brother LS2160.

Mempersembahkan LS 2160

Telah ku khabarkan kepada Mi Amor pasal ini. Dia ok je. Cuma pesan dia jangan aku hangat2 chicken shit sudah. Almaklumlah, gadget ni bukan murah. Yang aku dok usha ni harganya RM599. Bundarkan jadilah RM600. Sekarang ni dalam proses nak menabung. Mi Amor kata kalau tak cukup dia boleh tolong tambah. Yeiii...

Kalau ikotkan aku, sekarang ni juga aku nak gi rembat gadget ni. Tapi mengenangkan hujung tahun banyak mahu guna wang, postpone ke tahun depan. InsyaAllah sesegera mungkin akan aku milikinya.


~~~Memula aim model lain. Tapi memikirkan yg aku menjahit sekadar suka2 dan baru nak belajar, model yg paling basic dan paling murah yg aku aim sekarang ni.

Tuesday, October 19, 2010

please help me with this LOVE

Tell me how am I going to reduce my weight with lot of this....

Nescafe tarek

Egg tart ~homemade

Brownies yummylicious dekat kedai tak ingat namanya.

Lamb chop ~ Mi Amor punya tapi aku de tumpang makan sekaki.

Seafood pasta yg sangat creamy. Aku makan sorang ni. Jangan tak percaya.

Nasi lemak ~ homemade.

Kuah kacang kali ke-2 buat dan menjadi dengan bantuan Mi Amor. Tq dear..

Mi kari di bulan puasa yg lepas ~ homemade.

Kueh teow Doli away from Taiping. Kat kedai TTDI ni.

Platter pe mende tah namanya. Kat Manhattan Fish Market. Aku makan banyak sebab Mi Amor adalah kurang menggemarinya. Walaupun Mi Amor makan skit, dia gak yang kena bayar. Yeiii!!!!.

Adek saya membelinya sempena 31hb. 1 pint berharga RM31 sahaja.

Puding kek karamel ~ homemade.

Bbq sempena raya aidilfitri yang lepas.

Lihatlah bertapa aku dikelilingi oleh makanan sentiasa. Camne la aku nak mengurangkan jisim aku ini. Huhu... Always try. Tapi tak cukup kental. Terkulai di separuh perjalanan nak berdiet. Skang ni cam nak cuba sedaya upaya sebab aku dah melebihi berat yang aku tetapkan. Aduhaiii...

Believe it or not, ini adalah sebahagian koleksi aku dan makanan sepanjang tahun 2010 ni. Ada lagik gambar2 yg tak aku muatkan kat sini...

~~~I loves food. Mi Amor loves food too. Both of us love food & love each other too. Ahaksss... Aku merepekness sudah...

Monday, October 18, 2010

makan kenyang tak makan lapar

Bila dah lapar sangat aku akan makan banyak dari biasa. I hate this situation..

Situasi pelik tapi benar yang menimpa diri ku ini. Bila aku tak makan, aku rasa lapar. Bila dah rasa lapar aku pun gi makan. Bila aku makan, aku rasa teramat kenyang.

Owhhh... Camne aku nak meneruskan usaha aku untuk menurunkan berat ku sebanyak 3kg itu. Memang terasa skit bagi sesetengah orang. Bagi aku, nak mengurangkan 1kg pun dah cabaran yg maha hebat. Ini kan pula nak kurangkan 3kg. Adehhh...

Kenapa nak kurangkan 3kg???

Tu baru sasaran awal aku. Bila dah turun 3 kg, aku berhajat nak maintain berat tu dulu before turunkan kepada berat sasaran aku which is 50kg. Haha... Berat impian yg tak pernah aku jejaki. Mungkinkah akan tercapai??

Kenapa aku tak yakin akan tercapai???

Banyak sebab musababnya. Salah satunya adalah kerana pola pemakanan aku yg tersangatlah tidak teratur. Ada masa makan ikot time. Tapi kebanyakan masa makan tak ikot time. Aduhhh... Camno tu. U tell me??

On top of all the excuses, me is kuat makan. Mi Amor pun sama. Mi Amor suka bila aku ikot join dia sama makan2. Aku lagik la suka. Tapi satu je yg aku kurang gemar yg Mi Amor gemar ~~~kambings.. Suka benor dia kalau de kambings.

Teach me how to eat in small portion...


~~~Nak kurangkan berat takde saper suruh. Just for myself. For my own satisfaction.

Friday, October 15, 2010

always make my blood go upstairs

Duduk sebumbung tapi jarang bercakap. Hebat!!!!

Aku bengkek ngan sang adek aku ni. Marah sampai tak leh nak luahkan camne dah. Biler aku dah cool down, baru aku sound dia. Skang ni memang nak cakap pun tak mampu. Wow!!! Dah marah tahap petala kelapan dah ni. Bermula dengan semalam. Bawa ke hari ni.

Isk2...

Not so good. Asyik nak marah2. Can make my blood go upstairs. No good.. Tempiasnya sampai kena kat Mi Amor yg tak bersalah. Tapi dalam entry sebelom ni memang aku marah kat Mi Amor pun. Aku tak suka bila kena uji2 ni. Mula terasa tercabar. Fuhhh...

Bertitik tolak dari aku mogok sama sang adek aku, tros dia pandai plak menguruskan hal2 umah. Seperti membuang sampah. Selalunya jenuh aku nak kena ingatkan dia buang sampah dalam umah ke rumah sampah kat tingkat bawah nun. Keje paling mudah aku bagi kat dia pun tak reti dia nak buat.

Pastu skang ni lepas minum dia dah reti nak basuh gelas dia which is good. Kalau dulu, dah puas aku suruh dia basuh gelas dia pun dia still buat tak tau je. Good..


~~~Takkan la hari2 aku nak kena mogok ngan adek aku kot baru dia nak tolong aku ngan urusan rumah. Fenat la I...

selisih faham

Baru 6 bulan dah banyak kali selisih faham. Dah banyak kali jugak gaduh2. Aku pun cepat sangat hati terusik. Baru kena tinggi suara skit, mula la hati aku ni jadik kecut. Aduhhh... Tadi pun hampir perang je jadinya. Blom pernah lagi la kitorang bergaduh besar. Selalunya pasti akan ada salah sorang yang akan cepat2 mengalah or pujuk. Kebiasaannya aku la yg merajuk dan dia jadi tukang pujuk. Alhamdulillah, dia begitu sabar layan kerenah aku. Doa aku moga kami berkekalan hingga ke akhir hayat kami berdua. Aminnn....

Perbezaan yg ada between both of us memang pelengkap buat kami berdua. Sorang keras & tegas. Sorang lagi manja & sedikit tegas. Combination yg bagus pada perkiraan aku. Persamaannya, kedua-dua pun orang yg suka makan.


~~~Bukan mudah nak berjumpa dengan seorang yang mampu menerima kekurangan yg ada dalam diri ini. Once dah jumpa akan aku pastikan aku tak lepaskan dia. Orang itu adalah Mi Amor ku. Thanx for everything sayang..

Wednesday, October 13, 2010

wishlist

Antara yg aku wish since 2009.


Alhamdulillah, kebanyakan senarai dalam wishlist aku kat blog ni telah pun berhasil aku dapatkan or tunaikan dengan bantuan orang luar mahupun dengan usaha sendiri.

Satu je lagi yg aku masih berhutang dengan diri sendiri. Percutian bersama rakan2. Hopefully pe yg aku rancangkan bersama MaiH & Awa berjaya ditunaikan sebelum mereka berdua bergelar PUAN. Dah lama bercita2 nak bercuti bersama rakan2. Tapi tak pernah berhasil. Skali je la yg aku pernah bercuti bersama rakan ku ke Kota Keriangan.

Opssss... De satu lagik jugak yg aku masih berhutang. Nak membeli anklet baru. Mungkin itu aku boleh cuba pow sama Mi Amor. Bersedialah dia. Hahaha... Gelak evil. Selalu je cari peluang supaya dapat pow dia.

Aku tak sangka yg aku akan dapat mendapat semua yg aku idamkan within one year. Siap dapat bonus lagik iaitu Mi Amor. Mende yg tiada terpapar di wishlist ku. Pe2 pun aku bersyukur dengan apa yg aku miliki sekarang ni.

A note for myself:-
  • Red apron - berjaya dimiliki on July 10.
  • Purse - diperolehi on March 10.
  • Sandals/shoes - banyak pasang gak dah rembat tahun ni.
  • Netbook - alhamdulillah, sudah memilikinya.
  • Telefon tangan - March 10(beli sendiri) & June 10(diberi orang).
  • My ride - finally at d age of 26, alhamdulillah.
Syukran di atas kurniaanNya.


~~~Ada satu perkara yg aku wish skang ni. Bagi masa 6 bulan tuk aku me'reveal'kan pe yang aku wish itu. (",) Sangat berharap agak perkara yg aku wish dalam masa 6 bulan akan datang berjaya dilaksanakan. Aminnnn...

sang reddy dipinjamin

Owhhh... Debar2 rasa hati bila pertama kali diberi pinjam sang reddy kepada orang lain. Aduhhh... Cepatlah pulang. Ni dah lepas 2 jam menghampiri jam ke-3. Sebentar lagik sy mo keluar. Sudah berjanjian sama Mi Amor.


~~~Bukan tak percaya pada orang lain. Cuma masih dalam pantang. Takot bentan plak nanti. Ahhh... Siot je. Aku dah merepeks yg bukan2. Cepat pulang reddy!!!!

updating

Tetiba terasa rajin updating blog aku skang ni. Tak tau la baper lama yg mampu bertahan. Ehehe...

Memula dulu memang almost everyday pun aku update. Pastu biler aku mula mengenali FB, aku dah mula kurang update sebab aku banyak komunikasi dekat FB je. Tapi skang bila dah de ramai famili member dah jadi ahli & menjadi sahabat dalam FB aku, aku beralih arah semula ke sini.

Hopefully ngan wajah baru di blog aku ni, aku lebih bersemengat update.


~~~Kita tunggu & lihat.. (",)

Tuesday, October 12, 2010

t e r p e g u n

Punya la dah lama aku tak godek2 blog ni. Banyak mende baru dah de alam ni. Contohnye seperti STATS. Tak perlu susah payah guna outside nye stats nak tengok pe yang berlaku kat page aku ni. Dari stats yg de kat blog ni saja aku dah analisis post mana yg paling orang suka baca kat blog aku ni. Owhhh... Ni tetiba terasa cam nak aktif semula berblog. (",)


~~~Rindu btol zaman2 yg aku rajen benor blogging. De je citer yang aku nak kongsikan. Seronots. Tambah2 plak kalau dapat berkongsi info.

gaduh

Sekali sekala bergaduh memang best. Tapi kalau hari2 pun bergaduh, mula terasa de something wrong somewhere. In a relationship, pernahkah korang tak pernah gaduh walaupun sekali??? Aku tak percaya relationship tanpa de salah paham langsung. Pelikkah aku kalau mempunyai perasaaan sedemikian?? I don't think so.


~~~Aku berada dalam mode tak mo beralah skang ni...

weeken yg full

Wow... Lamanya saya tak berkarya di sini. Dah ilang mood nak menulis tetiba. Selalunya bila datang idea menulis je, lappy plak takde depan mata. Biler dah lappy de depan mata, aku plak yg dah kehilangan idea mo menulis. Adehhh... I really miss to celoteh in this cyber world.

Hujung tahun 2010 ni sangat banyak aktiviti yg perlu aku hadiri. Bulan Nov, hanya weekend awal minggu je aku free. Pastu every weekend kena bergerak pulang ke kampung halaman. Bermula ngan engagement my dear bro. Owhhh... Tak sangka adek ku dah besar. Haha... Pastu diteruskan ngan wedding my dear fren & my cousin. Minggu berikutnya kenduri cousin satu lagik. End of Nov.

Masuk plak Dec. Minggu 1st dimulakan ngan wedding my dear fren kat Seremban. Weekend berikutnya ke K'tan. Wedding cousing. Next weekend tu balik home sweet home. Wedding my dearie fren cik MaiH. Free pada weekend penutup tahun 2010.

Begitulah akan ku lalui my weekend sepanjang Nov & Dec. Camne ngan planning nak cuti2 M'sia ngan kengkwn2 yg akan menamatkan zaman bujang mereka. Maybe kitorang kena buat secara ad-hoc kot. Bagus jugak kalau kitorang dapat spend time bersama2 sebelum mereka2 ni bergelar wifey. Budget nye percutian la. Mari kengkwn. Kita pergi bercuti.

Thursday, August 26, 2010

terkedu

Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah. Tak ku sangka aku akan terima berita yg amat menyedihkan ini pada ketika ini. Merujuk kepada posting ku ini.

Aku terima panggilan dari abah aku mengatakan pasangan pacik macik ini terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan telah ke pangkuan yang Maha Pencipta. Innalillahiwainnailahirojiun...

Link from ondscene. Tq..

~~~Terkejut dengan berita tersebut. Teros aku ring sahabat yang telah berkongsi kisah suka duka aku ketika itu. Thanx kawan. Jasamu ku kekang. (",)

Thursday, July 1, 2010

no tony romas

Huhuhuhu... Agak skit kesedihan. Tapi bukan sebab no Tony Romas. More to tak dapat spend time bersama seseorang dan jugak terperangkap dalam jem yg maha hebat. Alih2, aku patah balik umah jugak. Isk2...


Hujan agak lebat tadi. Sebab dah berjanji nak jumpa & aku pun dah half way nak ke tempat perjumpaan, aku teruskan jugak meredah hujan lebat yang sampai tahap tak nampak jalan tu. Tak sangka plak kat satu kawasan ni bleh air naik sampai keta tak lepas nak lalu. Even lori simen pun takot redah.


Mujur jugak aku sampai situ awal. Setelah meredah kejeman hampir sejam kot, aku buat keputusan nak patah balik. Dah le ngan aku tak baper nak sure jalan satu lagik nak ke tempat yg ingin ditujui. Selepas mencoba beberapa kali, aku dah ilang semangat. Patah balik umah je la.


Dia tetap insist nak jugak belanja aku Tony Romas mlm ni. Aku dah agak patah harapan tuk berjumpa. Then bleh plak hp aku kehabisan bateri. Biler aku sampai umah, calling2, then dia putuskan tuk cancel our date tonite. Lega jugak rasanya.


Satu sebab tak susahkan dia datang pick up aku kat umah. Walhal tadi aku memang dah dekat sangat nak sampai ke tempat yg telah berjanji. Keduanya sbb bukan aku yg cancel date. Aku senang ati. Tak rasa bersalah. Yeiii...


Kesimpulan tuk kisah ari ni. Kalau ari ujan jangan lah redah jugak nak lalu kawasan tu. Tukar tempat perjumpaan or cancel/postpone aja tuk berjumpa. Belajar dari kesilapan. :D




~~~Ye.. Sy update pada waktu malam sebab kat umah sy sudah ada berukband. :p

Wednesday, June 30, 2010

nyah kamu masa silam

It's been a while since I last wrote in this beautiful blog of mine. De satu kejadian yg telah berlaku pagi ni yg telah membuatkan aku terasa nak meluahkannya di sini.


Bangun tido pagi ni, perut aku adalah sangat lapar. Berbunyi2 lagik akibat tak dinner semalam. Kaedahnya konon nak diet. Haha.. Mimpi je la aku ngan diet. Hanya aku mampu buat adalah kontrol makan je. Takleh nak diet bersungguh2. Fail. Ok, dah melalut dari tujuan sebenar aku nak citer.


Sebabkan lapar, aku pasang hajat nak breakfast nasi lemak. Kedai dekat umah aku banyak budak2 Segi dok beratur membeli nasi lemak. Cancel. Beli je kat kedai dekat opis nanti.


Sampai kat opis, aku on komputer dulu. Melihat update terkini rakan2. Dalam 10 minit pastu aku pun turun gi beli nasi lemak dekat kedai dekat opis aku ni. Dalam fikiran dah berkira2 nak makan nasi lemak ni. Sampai kat kedai tu, tengok de bihun goreng. Terasa nak makan bihun goreng la plak.


Mata meliar pandang juadah breakfast sambil otak berfikir nak makan pe. Then aku terpandang macik sebelah aku yg tengah dok amek makanan. "Eh, tudung macik ni pelik la. Macam tudung sorang macik yg aku kenal ni", kata aku dalam hati.


Aku pun toleh pandang macik tu skali lagik. Adeh... Memang aku kenal pun. Rupa2nya benar sangkaan aku. Emak kamu. Owhhh... Sejarah silam itu. Untuk menguatkan lagik sangkaan aku, aku meliarkan mata lagik. Ternampak bapak kamu. Ahhh... Benar la tuh. Parents kamu ada di sini aku. Ishhh.. Pe nak buat???


Ingat nak tegur. Tapi on the second tot, tak yah la tegur. Aku bukan kenal rapat pun ngan diorang. Takat skali dua je pernah jumpa. Diorang pun tak ingat kat aku dah. Tros ngan pantas aku tak pikir panjang dah. Amik polisterin. Isi nasi lemak. Isi sambal, timun & telur. Gi kaunter. Bayar. Cabut balik opis.


Takde aku nak toleh kebelakang dah. Apa yg berlalu biarkan ia berlalu. Aku dah cukup bahagia skang. Thanx to kamu sebab telah membuatkan aku sakit for 3 years. Memula selera aku telah kecundang. Lekas2 aku kontek mummy to be a.k.a Dj. Cakap2 ngan dia kejap. Lega skit.




~~~Apa yg berlalu biarkan ia berlalu. Aku tak nak ingat lagi. Pengalaman telah mengajar aku menjadi dewasa. Pengalaman bersama kamu telah membuatkan aku sakit. Skang aku dah sembuh. Aku dah jumpa penawarnya. Biarkan aku bahagia bersama penawar aku skang ni.

Thursday, April 29, 2010

masa

Sesungguhnya masa itu adalah emas. (^__^)

Kekadang aku terasa seperti pantas berlalu. Kekadang terasa seperti lambat je masa berlalu.

Skang dah hampir memasuki bulan Mei. Terasa cepat masa berlalu meninggalkan tahun 2010. Dah hampir separuh tahun. Dah lama aku tak bercoret di sini menceritakan kisah2 aku, meluahkan apa yg terpendam di dalam hati. Mungkin sebab aku dah ketemu seseorang yg mampu aku luahkan isi hati a.k.a teman berbicara. (^__^)

Usia perkenalan yg bakal menjangkau 3 bulan. Cepat tapi lambat. Semuanya bermula semenjak join satu aktiviti ni. Mulanya aku dah hampir putus asa dari join aktiviti tersebut. Selepas mendapat kata2 terpaksa dari abah aku, aku join ngan suku hati. Sehinggalah membawa kepada perkenalan aku & dia.

Alhamdulillah, sehingga ke hari ni progress kami amat baik. We have a good feelings towards each other. I don't ask for more. I just want the happiness to be with us forever. Aminnn..


~~~Masa telah mengajar aku erti bersabar dan yakin suatu hari nanti akan ada pelangi indah untuk aku. Mudah-mudahan dialah pelangi yg aku tunggu itu.

Wednesday, April 14, 2010

hello dearest

Selepas ditutup buat seketika, aku buka kembali blog aku ni tuk tatapan umum. Sepanjang aku tutup dari bacaan tatapan umum, tak banyak perubahan yg dah aku lakukan. Sebab pertama, masa amat mencemburui aku. Kedua adalah kerana internet akses aku adalah terhad. Hanya ketika office hour which aku memang jarang punya waktu nak selit ngan acara updating blog. Aku memang rindu la nak berceloteh di blog. Walaupun skang aku sudah punya teman celoteh. (^__^)

Skang ni kalau nak update status kat fb dah kurang privasi. Kalau yg bab2 privasi, aku rasa lebih molek aku update di sini sahaja. Aku yakin org2 yg membaca blog aku ni hanyalah org yg aku tidak kenali. Kalau org yg aku kenali pun hanya close fren of mind yg mana aku amat hargai diorang sudi menghabiskan masa membaca hasil nukilan aku. Thanx to all my dearest fren.

InsyaAllah, mulai skang aku akan bergiat aktif kembali di alam blog ini.


~~~Banyak jugak perkara yg dah berlaku sepanjang penyepian aku selama 3 bulan ini.

Monday, March 8, 2010

8 mac

It's been a month already. Hmm... Dunno how it make me feels. Last weekend de 1st konflik. Aku tak tau naper bleh wujud konflik itu. Rasa cam nak ngundur diri je. But here I am. Maseh bertahan. Why??? Sebab aku rasa ia adalah rumput yg terchantek yg aku jumpa masa aku berjalan di tengah padang. Kalau aku melepaskannya, mungkinkah aku akan berjumpanya kembali??


Maseh bermain tarik tali dikedua2 belah pihak. Kekadang aku rasa sepertinya aku was2. Tak yakin denga keputusan yg cuba aku buat. Adehhh... Takot, cuak, konpius & seangkatan denganya sering berlegar2 dalam mindaku bila aku TERfikir akannya.

Monday, March 1, 2010

tok...tok...tok...

Lama betol aku mendiamkan dari dunia blogging. Kononnya nak upgrade page ku ini. Tapi kekangan waktu membataskan hasrat ku. Ini coretan hati kecilku sahaja.

Sekejapan sahaja hampir sebulan sudah sejak peristiwa itu. Tak sangka. Tapi itulah kenyataan. Kita hanya merancang. Yg menentukannya adalah Allah s.w.t. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan mu ini. InsyaAllah akan ku jaga & peliharanya sebaik mungkin.


~~~Someone knocking at my door. Tok tok tok... (^__________^)

Wednesday, February 10, 2010

pelik tapi benar

Peliknya rasa ini di pagi hari ini. Kenapa harus aku punya perasaan seperti menunggu ini?? Nyah kau dari sini..


Semalam kire cam adiah hari jadi aku la. Someone make me smile sampai ke waktu aku tido. Haha... Kelakor.. Mende ini aku kategorikan sebagai pelik. Tapi memang benar2 berlaku. Pagi ni perasaan itu tidak sama lagi. Samar2..


Aku mahukan keindahan perasaan semalam. Kalau kena marah semalam pun aku pasti masih mampu tersenyum. Owhhh.. Apa yg menimpa diriku ini????


Bukti pertama telah aku simpan. Ehe... Tetiba terasa cam nak simpan bukti pertama kot2 ia akan menjadi sejarah terindah. Jujur aku takde harapan yg besar. Aku cuma mengambil langkah berjaga2. Hahaha...


Terlampau banyak berfikir telah membuatkan aku jadik begini. So, stop berfikir yg bukan2. Aku harus tumpu lebih perhatian kepada kerja. Long weekend akan tiba dalam 2 hari lagik. Can't wait..




~~~Aku sendiri tak tahu kenapa perasaan aku ni cepat berubah. Sekejap A, sekejap B. Tak tetap pendirian..

Friday, January 22, 2010

BB1 & BB2

De 2 BB yg aku impi2kan sehingga terbawa2 ke dalam tidur menjadi mimpi indah sementara. Miahahaha... Apakah BB itu???


BB1 adalah broadband. Selain menonton tv, aku jugak suka surf tenet sembil update blog. Selalunya masa aku takde akses ke internet idea aku nak ngarang melimpah ruah. Biler dah kat opis ngadap kerja, tros idea2 tu terbang bebas cam burung. Malangnya idea tu tak terbang pulang ke sarangnya semula seperti sang burung yg pulang mencari sarangnya semula.


BB2 plak adalah blackberry. Aku tak sedar biler aku mula jatuh chenta ngan BB2. Sedar2 je aku in love sudah sama kamu, BB2. Chenta itu buta. Dulu aku menaruh minat sang E72. Sebelum berada di pasaran lagik. Tetiba sahaja BB2 telah mencantas perasaanku dari E72. Pe2 pun, berserah kepada bajet 2010 yg belum aku bentangkan lagik. Hiksss..


Bajet blom buat. Akal dah panjang pasang angan2. Tu blom lagik campur angan2 nak bercanda ria. Uhhh... Somebody help me. Berikan aku ongkos yg banyak agar dapat aku tunaikan hajat2 ku ini. Hiksss...


Semalam aku dah berhajat nak up citer pasal BB1 & BB2. Tapi sebab semalam hari blur aku, tros non ado mood nak berkarya. Sampailah aku termimpi BB2 dalam tidurku semalam. Bangun sambil sengih2 sumbing. Mudah2an mimpi ku menjadi kenyataan. Aminnn... BB2, I'm going to get you. InsyaAllah...


Tapi kan, mana lagik worth it. Sambar BB1 or BB2 dahulu?? Aku mahu kedua2nya. Tapi tak tahu yg mana nak didahulukan. Tak boleh nak sambar dua2 nya sekali gus. Mo bengkok graf kewangan ku. Think... Skang ni la maser nak enjoy puas2. Apakah???? (^_^)






~~~Baper la agaknya dividen ASB aku tahun lepas. Tak gi check lagik. Mim-alif-lam-sin. Punya la penyakit M, nak gi kuarkan duit kat atm pun tak rajen. Skang ni baki di dalam purse ku ada sekitar RM20++. Hiksss...

Thursday, January 21, 2010

-r-e-k-e-m-e-n-

Topik a.m. krew hot fm pagi ni. Memula aku dengar dj sebut perkataan tu, aku teringat akan satu hal. Tiada yg dua. Satu hal tu je. Tapi biler dj dah elaborate pasal tajuk, baru la aku dah think out of the box. Hiksss...


Well, banyak mende boleh dikisahkan dari perkataan rekemen itu. De orang yg rekemen food, keje, tempat tinggal, tempat belajar, tempat asuhan kanak2, pakaian, kasut dan berbagai lagik termasuklah soal jodoh. Hmmm...


Pernah korang mengalaminya??? Aku?? Yes & no. Yes, suatu masa dulu aku pernah direkemen seseorang. No plak sebab aku tak nak bercerita lebih lanjut. Dah buhsan maybe. Ntahlah. Perkara yang dah nak masuk 4 tahun berlalu. Just let it go. Lebih baik begitu.


Owhhh... Satu perkara dari entry yang lepas. Entry yg mana aku tak rajen nak link kan. Aku teruskan dengan cerita ku. Sewaktu berkumpul dengan famili macik ku. Sedang rancak berbual. Tak ada angin, tak ada ribut. Takde pun orang yg menyebut akan hal itu. Opsssie...


Aku baru teringat. Masa tu tengah bercerita pasal cousin aku yg sorang ini. Yg telah memadu kasih sejak zaman matrik lagik. Sampai skang. Macik aku merangkap mak kepada cousin aku kata kat cousin aku, kalau jadik majlis dia tahun ni gitau before macikku fly gi oversea. Nak gi cari barang hantaran kat sana. Branded stuff yg katanya lebih murah beli di sana dari di sini.


Tup2.. Macik aku beralih kat aku. Dia kata de orang berkenan ngan aku. Aku yg tengah kusyuk tengok tv, tros berlakon bertambah kusyuk. Uhh... Naper nak kaitkan kisah beli barang hantaran cousin aku dengan aku plak. Tros aku rasa jantung berlari selaju 110km/j. Adehhh...


Pastu soklan yang paling aku fobia & memang takde jawapan nak bagi adalah biler ditanyakan kat aku, "Nak ke???". Uhhh... Nak aper tuh??? Memang aku takde jawapan. Aku hanya menjawab dengan mengangkat bahu plus "NTAH". Opah aku mencelah. "Ha, ok la tuh". Uishhh...


Suatu masa dulu aku pernah kata, lepas umur menginjak dari angka 25 dan jika masa tu aku maseh solo, aku akan beri kebenaran kepada mereka2 yg berkenaan yg sudi menjadi match maker f.o.c. Tapi biler aku di ambang situasi sedemikian, aku tak rasa cukup bersedia plak. Ntah..


Sesiapa yg de tahu pasal part time job yg dapat memberi income yg memuaskan, siler la berkongsi sama saya. I really want to make extra money this year. Bukan sebab2 di atas. Tapi tuk kepuasan hati. Kalau boleh nak memiliki aset sendiri. Tambah plak biler parents ku sudi menjadi share holder.




~~~Bersediakah aku??? Entah...

Tuesday, January 19, 2010

coffee addict

Adehhh... Skang dah kembali ketagih ngan coffee. For brekafast dah pekena coffee. Tapi version cold. 1 ari tak kena coffee version hot mesti rasa tak lengkap je hari ku. Buat masa ini selalunya mesti pekena coffee 2 kali sehari. Ohoiii... Amat tidak sehat. I admit it. Aku akan coba tuk mengurangkan kepada 1 kali sehari sahaja iaitu tym breakfast or minum pagi sahaja. InsyaAllah...

Target aku dalam 3-4 bulan akan datang adalah untuk mengurangkan excess baggage ku iaitu lemak2 yg tidak sepatutnya aku miliki. Hopefully akan jadi kenyataan la impian ku yg satu itu. Aminn...

Permulaannya adalah untuk memiliki penimbang berat sendiri. Senang nak pantau penambahan berat ku. Huhuhu... Idaman hati adalah sang penimbang digital. Tu pun kalau bajet mencukupi. Sekiranya bajet tak berapa mengizinkan, penimbang biasa pun dah cukup bagus.


~~~Ada sesaper yg nak join aku mengurangkan berat badan. Mari kita bersama2 mengurangkan berat badan agar menjadi slim kembali seperti zaman2 kegemilangan ketika student dahulu.

Monday, January 18, 2010

aktiviti hujung minggu ke-3 '10

Aduhhh.. Tapi maser tengah drive pergi & balik KL dalam kepala otak aku dok berlegar2 a few topic tuk jadikan bahan menulis. Bila aku dah log in blogspot, pastu klik new post. Tetiba tros ilang idea2 ku. Haishhh... Ini maknanya, memory sudah berkarat.


Owhhh... Baru leh recall lepas amek napas. Aku nak citer hal makanan. Mende yg aku paling suka. Ehe... Hujung minggu yg lepas banyak masa senggang aku dihabiskan di dapur. Memasak. Hari Sabtu masak tuk macik aku yg kat KL anak beranak datang umah. Hari Ahad plak masak tuk macik aku dari Tapah plak datang melawat.


Mulakan dengan hati Sabtu. Cerita ceriti w/out any picture sbb aku tak rajen plus tak terlintas dalam kepala otak pun nak amek gambor. Hiksss...


Sabtu tu aku sambung tido lepas subuh ngan enaknya. Nak qada siap2 tuk future weekends yg aku tak dapat melambat2kan bangun tido di hujung minggu. Lalalala... Dah bangun pun lambat, non ado breakfast. Tapi sebabkan opah aku teringin nak makan tosai, aku pun order satu tosai kat adek aku. Tu pun makan dah kol 12. Sebab tu aku bilang tadi takde breakfast. Tu masuk kategori lunch sudah.


Dah sudah makan tu, cousin ku call kata nak mai umah aku. No problemo. Boleh aje nak datang. Dah call tym tengahari camtu, haruslah kena sediakan lunch. Dengan berat langkah ke dapurlah aku. Walaupun berat langkah, dalam kepal otak aku dah terpikir beberapa menu. Menu tuk lunch opah aku dah pikirkan.


Akan tetapi, sesuatu telah berlaku di pertengahan jalan dalam proses penyediaan lunch. Gas memasak tetiba habis. Tong gas spare entah naper tak leh nak guna. Sepantas kilat call pembekal gas memasak. Lamer owh menunggu. Sampai adek aku call kali ke-2, baru diorang hantar. Penyudahnya terbantut nak perabih masak menu lunch.


Sepatutnya dalam menu lunch tu akan ada ikan cencaru goreng, kari ikan, telur dadar, pecal & sayur goreng campur. Owhh.. Terlupa plak ngan tauhu jepun. Yang berhasilnya hanyalah ikan cencaru goreng & pecal separuh jalan. Adehhh... Mujur jugak cousin aku tidak datang ngan tangan kosong. Dia beli lauk. Boleh la diorang lunch.


Alhamdulillah, menu sampingan berjaya di laksanakan. Menu itu adalah bubur kacang & pau goreng. Horaaaa!!! Pau goreng ku abeh. Lega rasanya. Walaupun rupa tak baper chantek. Tu la aktiviti memasak di hari Sabtu aku. De satu lagik kisah yg MUNGKIN akan aku kongsikan. Mungkin sajer ek.


Jom kita ke hari Ahad. Memandangkan menu tengahari hari Sabtu blom terlaksana, carry forward ke hari Ahad. Ni memang aku bersilat sesorang kat dapur hari Ahad. Hari Sabtu aku dibantu opah aku. Menu hari Ahad adalah kari ikan, sayur campur goreng, telur dadar & tauhu jepun. Petang plak buat bihun goreng. Asalnya nak buat bengkang tepung. Tapi bahan tak mencukupi. Nak buat brownies, tahap kerajinan merudum.


So, hujung minggu aku melayan tetamu & memasak. Best ke tak??? Best la. Tapi de part yg tak best. Biler lepas memasak nak kena kemas. Pastu biler nak menjamu tetamu, de je pinggan mangkuk yg tak cukup. Isk2... Idup bujang. Barang tak se'complete' orang dah kawen. Walaubagaimanapun, 80% complete gak le perkakas umah ku. Umah ku adalah rumah sewaku.




~~~Biler dah mula menulis, susah plak nak stop. Ade2 je citer nak buka. Layanzzz...

Wednesday, January 13, 2010

citarasa antarangsa for lunch

Tetiba aku kepingin. Last weekend memang de pasang hajat nak pi pekenanya ngan sorang sahabat ku ini. Tapi apakan daya. Orang de komitmen ni. Bukan mudah kalau nak di ajak berpoya2. Aku paham. Hari ni bukan plan pun. Cumer biler dah terserempak tu, tros serbu.

Dah le aku 1st costumer diorang tuk hari tu rasanya. Ehe... Biler aku dah nak sudah makan, baru la de customer lain. Keseorangan la aku pada mulanya. Mari melihat gambar2 pulak. Pe yg aku makan. Di mana tempatnya.

Citarasa antarabangsa lagik tuh. Auwww...

Antara pilihan yang ada. Mulanya aku memang nak cari mi kari. Alih2 lain plak menu yg aku pilih.

Laksa lemak Singapore. Kureng skit rasanya. Tak pedas. Muak. Adehhh...

Lime juice asam boi. Air ni tidak menghampakan aku. Camne la nak buat sendiri. Boleh try test buat kat umah plak nanti. Segelas ni RM4.90.

Sekian sahaja cerita tuk lunch aku hari ni. Last week aku punya la watch what I eat. Minggu ni kantoi. Tak lapaq pun rasa nak makan. Uhukk... Camno la cita2 aku nak menguruskan muka yg tembam ini. Adehhh...

p/s: Sori Puan Dj. Dah pergi pekenanya dahulu. U can go wif ur hubby next tym.


~~~Makan untuk hidup or hidup untuk makan. Anda yg tentukan.

Tuesday, January 12, 2010

terapi1

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Banyak mende yang aku tak tahu. Di luar bidang aku. Biler aku tanya, tak mo terangkan sejelasnya. Aduhhh... Tertekan btol la diriku ini. Biler aku tak paham, memang aku malas nak buat. Biler aku dah paham skit2, baru la de rasa keterujaan nak membuatnya. Itu aku. Dari zaman study dulu pun camtuh. Contohnya adalah subjek fizik. Maser memula aku tak paham subjek fizik, memang tak minat langsung nak cuba menyelesaikan masalah. Tapi biler dah paham, aku rasa seronok menyelesaikan masalahnya. Paling ketara sekali adalah subjek kimia. Perghhh... Aku bangga ngan diri sendiri. Masa SPM, aku dapat gred paling corot berbanding subjek2 sains yg lain. Maser matrik plak, aku berjaya dengan fling colors. Subjek kimia yg aku rasa susah tahap gaban maser skolah adalah subjek yg paling aku gemari tuk ulangkaji masa matrik. Mende ni rasanya comply jugak dalam relationship. Biler aku dah paham sesorang, tak susah tuk lebih dekat dengannya. Ahh... Apa aku merepek ini. Abaikan..


~~~Moh gi lunch..

Monday, January 11, 2010

berikanlah aku kekuatan

Hari ni mood keje memang ke laut la. Monday blues... Mungkin. Sebab utamanya adalah kerana semalam tak cukup tido. Dapat tido sekitar 3 jam je. Ntah naper susah mata nak terlelap. Tambah plak de asteruk sudah. Boleh je mata ni layan menonton siaran2 yg de.

Pastu dapat plak berita kesihatan opah ku yg tak berapa baik. Gi tengok. Pastu rasa kasihan nengok opah ku. Rasa cam nak bawa balik dok umah aku je. Kesihatan opah skang ni memang tak baper nak baik. Tambah2 plak sejak satu peristiwa yg berlaku tahun lepas. Makin lama makin tak sehat.

Banyak perkara yg berlaku yg tak mampu aku nak share kat sini. Aku simpan diam2 dalam hati je la. Tak tau dekat saper aku nak share. Apa yang berlaku hari ni benar2 buat aku sedey. Sepertinya mahu mengalir air mata. Apa yang aku sembang dengan opah. Ah... Aku tak punya kuasa. Banyak sudah aku pendam di dasar hati. Takot menjadi lagik parah saja.


~~~Uhh... Ntah camne lagik nak aku luahkan pe yg terpendam di dasar hati ini.

Friday, January 8, 2010

mood junam

Aduhayaiiii!!! Semalam bersemangat keje. Hari ni semangat tu merudum. Dunno why. Kemungkinan adalah kerana ini hari Jumaat. Apa lagik, mood cuti dah mula meresap. Uhhh... I can't imagine how will I survive 12 weeks without weekends.

I will survive...

I will survive...

InsyaAllah...

Takpun sebab pagi ni bangkit terkujat. Hiksss... De je nak mereka jawapan sebagai alasan to make me feel better.

Aku kan, biler tengah melayan perasaan pasti akan teringat peristiwa yg berlaku beberapa tahun yg lepas. Kekadang menda kecik pun boleh aku mengaitkan dengan peristiwa lepas tersebut. Apakah???

Abaikan diri aku yg saiko ini. Nak gi memupuk semangat membuat kerjaan. Kang kelam kabut plak. Dah le ari Jumaat terkenal ngan ari jem. Aku nak kena kuar ke KL. Uhuhuhu... Later...


~~~Takde pe nak buat ulasan. Baru dapat call kena kerah wat keje.

Thursday, January 7, 2010

khatam dah

Pertama sekali aku nak update berkaitan entry semalam.

Seperti yang telah ku khabarkan semalam. By 7th Jan 2010, aku dah pun khatam aA+bB by Hlovate. Tp towards the end, aku banyak skip paragraph. Sebabnya adalah kerana penghujungnya dah tak kick. Hiksss... Suka2 aku je nak kick. Kena kick baru padan muka.

Aku tak dapat nak bayangkan camne citer yg sedemikian rupa berakhir dengan sebaliknya. Maksudnya tak berakhir seperti yg aku idamkan. Maksud lainnya adalah sad ending. Bukan happy ending. Owhhh...

Hari ni dapat mulakan kerja dengan senang hati sebab tak perlu nak curi2 baca novel cam semalam. Sebenarnya kan, de satu lagik novel Hlovate yg aku sedang baca. Dah tinggal suku nak habis. Tak plak aku giler nak abihkan cam aA+bB. Lalala...

Keadaan work station aku amat kucar kacir. Pertama sekali nak kena bersihkan dulu meja ku agar kerja dapat berjalan lancar. Adehhh... Nak bagi sepah memang mudah. Nak mengemaskannya yg terasa beban. Uwaaaa... Kang suruh org lain kemas, udah aku mencarinya tak kejumpaan la plak. Camno tu??? Kena la kemas sendiri.

See... Sudah ku bilang, meja ku sepah. Awal pagi lagik dah sepah. Buhsan...

Sekejapan jugak dah 7 hari di 2010. Hari semalam terasa seperti jam lambat bergerak. Tu masa kat opis. Bila kat umah takdenya rasa lambat. Aha... Berikut di atas ni je la celoteh aku untuk hari ke-7 ini.


~~~Tiba2 ilang idea masa dok menaip. Adehhh...

Wednesday, January 6, 2010

aA+bB

By HLOVATE.

Bought on 5th Jan 2010. On 6th Jan 2010, dah separuh aku baca. By 7th Jan 2010, boleh khatam rasanya.

cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hatiu?~Addin.

Inilah... Sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA+bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewas. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Addin mengemukakan teorinya begini:
a. membesar & belajar dengan pengetahuan serta pengalaman suatu cabaran.
b. membesar & belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak.

7 tahun selepas itu...
Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera yang bukan pilihan hatinya?
Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?

Cerita 'sinta' antara Addin & Benz, tidak semudah A+B=Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband?~Benz.

Seperti di atas ini adalah sinopsis yang aku petik a.k.a amek a.k.a cedok dari belakang novel tersebut. Aku mo ulas ayat sendiri, tapi mungkin di lain waktu. Bagi mereka yg rapat denganku pasti tahu kenapa aku gilakan novel berkisah seperti ini.

Hampir terjadi kisah sebegini dalam real life aku or maybe should I say dah berlaku suku jalan. Ahhh... Let it be. Pe2 pun, kisah ini hampir dengan aku. Hmm... Aku takde la nak war2kan kata citer ni best sangat. Buat tahap piawaian aku, dah cukup best.

5 tahun 5 bulan, Rooftop Rant & aA+bB, cukup korum dah. Kire dah lepas abeh hajat aku. Sampai sini saja buat masa ni kegilaan aku terhadap novel melayu. Lepas ni nak tumpukan pada aktiviti lain plak yg lebih menuntut perhatian & tenaga aku 200%. All the best to me.


~~~Kalau nak beli novel melayu siap dapat 20% diskaun, sila la pergi ke kedai buku yg terletak di Jalan TAR(Tuanku Abdul Rahman). Owh... Menyebut Jalan TAR telah membawa aku ke suatu kisah di suatu masa dulu. Mistaken Jalan TAR & Jalan Tun Abdul Razak(TAR jugak pendeknya). Apa kesss???

Tuesday, January 5, 2010

missing in action

Okay... Citer yg nak aku sampaikan ni kelakar buat aku.

Mana tak kelakarnya. Semalam puas aku mencari, tak kejumpaan. Hari ni aku tak cari pun. Selak2 je dah jumpa. Miahahaha...

Aku agak, mungkin sebab semalam cari dalam keadaan kelam kabut, tu yg tak jumpa. Hari ni tak cari, jumpa plak.

Meh aku mulakan cerita.

Aku mencari compact powder ku tak kejumpaan. Penat dah selak2 dalam handbag. Tapi tak jumpa. Separuh isi bag aku kuarkan, pun tak jumpa.

Ini la handbag ku itew..

Ini la yg aku carinya. Baru beli tuh. Dah le mahal. Koser aku nak beli lain buat pengganti seblom aku dapatkan ini kembali.

Naper aku tak kuarkan semua isi bag???

Bagi aku, kuarkan separuh isi bag pun dah memadai memandangkan aku kesuntukan masa. Tak kejumpaan gak aku mencari. Adehhh... Dah terbayang dah tertinggal kat umah di pensioners town. Redha je la. Pakai je bedak pe yg de.

Pakai ini bedak saja. Maseh de lagik walaupun dah nak abeh. Bior perabihkan btol2.

Yg sblah kiri adalah yg lama. Yg sebelah kanan adalah yg baru. Yg baru tuh macam tak berpakai lagik. Memang baru beli pon. Koser la nak beli baru lagik. Naseb dah ketemu balik.

Well, dulu aku memang wat tak reti pasal bedak2 muka ni a.k.a compact powder. Boleh je aku redah tak pakai pe2 alas di muka. Kuar ngan muka polos lagik suci. Tapi tidak lagik skang. At least kena pakai moisturizer and compact powder.

Ni pun berdasarkan aktiviti aku la jugak. Kalau takat kuar gi beli barang dapur or kuar bersiar2, tak perlu mendalah di atas pun takpe. Melainkan kalau nak pergi jumpa orang berkaitan kerja or nak gi event, mo la kelihatan skit segak. Takkan nak tala muka pucat lesi & sememeh ku ini.

Pe2 pun, aku lebih selesa muka ku hanya berbedak nipis. Tu pun bedak baby sajor. Nak tepek bedak compact, memang tak rajin. Melainkan kalau de aktiviti seperti di atas. Melawa??? Skit2 je la. Nak jugak melawa. Tuk kepuasan hati sendiri. Orang lain nak kata, I tak kesot. Mulut orang, bukan leh tutup.


~~~Mujur aku tak segera mendapatkan ganti tuk bedak compact yg konon2 'tertinggal' itu. Kalau tak, telah terjadi satu pembaziran. Owhhh... No. De agenda lain lagik aku mo laksanakan dengan uang yg ada. InsyaAllah...

Friday, January 1, 2010

new resolution

New year datang lagik.

Selamat tinggal 2009.

Selamat datang 2010.

Macam2 perkara telah berlaku sepanjang tahun 2009. Paling banyak sekali adalah kedukaan aku rasa. Banyak ujian yg telah diturunkan buat kami sekeluarga.

Harapan aku semoga di tahun 2010 ni, segala kedukaan dapat diubati.

Resolution baru?? Non ado.. Tak reti nak pasang azam. Satu lagik, kalau pasang azam pun, tak sampai tengah tahun aku dah lupa apa yg aku azamkan. Adehhh...

Tuk blog, azam aku tahun ini tuk merajinkan diri bila berkesempatan tuk memuatkan cerita ceriti. InsyaAllah kalau ada rezeki lebey, nak beli broadband biar mudah skit online di rumah.

Harapan aku jugak moga apa yg aku hajati akan tertunai. Apa yg aku hajati rasanya bukan di kelompok azam kot. Ni memang aku berhajat dah lama pun. Skang ni tak nak la gembar gemburkan kat sini. Sebagai seorang gadis pemalu, andai apa yg dihajati berjaya diperolehi, aku kasi war2 di sini. Doakan buat aku.


~~~Buat semua, selamat tahun baru. Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Aminnn...
Google