Sunday, July 31, 2011

Waiting is wasting

Saya adalah sangat marah pada ketika ini. I dunno where I can express my feeling. Hanya di sini. Isk2...

Apalah gunanya saya memberitahu mahu keluar pukul 4 sedangkan pukul 4 anda baru je terhegeh2 nak on vacum. Tu la gunanya bangun awal. Nak membasuh. Nak mengemas. Bukannya dah azan zuhur baru nak bangun.

Arghhhhhhh....

Rosak rancangan den nak lari seround sebelun bulan puasa. Saya adalah amat kecewa ngan sikap anda. Sangat super duper kecewa. Sejam aku nak kena menunggu. Sejam lebih. To be exact sejam 20 minit. Mana la saya ngak hangin.

Rancangan asal. Pukul 4 keluar. Cukuplah masa dalam 2 jam nak setelkan hal kat luar. Dapat pulang dalam kol 6. Dapatlah lari seround. Uhh...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 21, 2011

KELAKARAMA

Kelakar + drama = KELAKARAMA.

Kejadian yang berlaku hari ini amatlah kelakar. Bermula dengan perjanjian nak kuar ngan MiAmor. Sekali dia lambat. Aku tak tahu sama ada jadi ke nak keluar or tak. Teros set mode sentot.

Cepat2 aku kemas and balik rumah. Kebiasaannya kalau keluar lepas hari kerja, kitorang akan gerak sesama dari opis. Dia dari opis dia. Aku dari opis aku. Pastu dia jemput aku kat rumah.

Luar biasanya hari ni, aku dah sampai rumah pun MiAmor masih kat opis dia. Dah la tak sms or call. Tu yg aku nak sentot tu. Isk2..

Dah sampai rumah aku meng'cool' down kan diri dengan bersiram. Pastu baru MiAmor call kata tadi dia kena panggil jumpa bos2. Pastu kena mambu. Uhh... Teros mode nak sentot aku tak jadi.

Plan nak kuar diteruskan juga. Disebabkan petrol kereta MiAmor dah berkurangan tinggal 2 bar, kami pergilah isi petrol dulu. Aku tunggu dalam kereta.

Dengan excitednya MiAmor mencuci cermin kereta dia semasa mengisi petrol. Aku nasihatkan dia bawa je kereta dia gi cuci teros sebab hazab benor kekotorannya.

Lepas dah bersihkan cermin kereta, dengan excitednya dia masuk kereta, start engine, pakai seat belt and mulakan perjalanan. Sekali dengan bunyi, "KELEKAK".

Tergamam kami berdua dalam kereta. Apa yg berlaku???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rupa2nya, sang MiAmor lupa nak letak nozel minyak tu kat tempat asal. Dah terputus. Mujur de stopper and petrol dah isi habis. Kalau tak, macam2 perkara buruk boleh berlaku. Nauzubillah. Isk2...

Begitulah kisah KELAKARAMA aku.

Semalam ngan hari ni agak suckS tuk MiAmor. Tambah plak ngan diri dia yg tak sihat. Kesian gak ngan dia. Nak gelak pun ada gak. Alhamdulillah, kami selamat.

Semoga MiAmor cepat sembuh and dapat rehat sepenuhnya. Asyik busy je dia. Aku dah paksa dia amek MC esok.

GET WELL SOON MiAmor!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, May 24, 2011

Bye2 Single vs Welcome Partner

The DAY is just around the conner. A lot of things to be completed. Haishh.. Aku berdoa semoga diberi ruang waktu yang mencukupi untuk melengkapkan & menyudahkan apa2 yg belum sudah.

Tekanan makin terasa bila mommy ku dah mula mengeluh. Yg aku terlebih-lebih terasa emosi tu naper ntahlah. Bukannya majlis aku pun. Aduhyaiii.. Masa awal-awal hari tu rileks sangat.

My brother is getting married. Sungguh pantas masa bergerak. Rasa cam baru semalam aku dok ligan dia keliling rumah opah. Sekarang ni dia dah nak bergelar suami. WOWW!!! Satu perkataan yg besar maknanya & tanggungjawab.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, May 11, 2011

17

D.I.E.T

4 perkataan yang aku memang sangat susah nak berhasil la. Salah satu sebabnya adalah kerana tak mempunyai keazaman yang kental. Asal turun sikit je aku dah gembira dan lupa diri. Bila dah sedar diri semula dah terlambat sebab what I'd lost, I've gain it back. Kekadang berganda plak tu. Aduhhh...

Hari besar adik aku sangat hampir. InysaAllah within seventeen days. Uhukksss... Bonda ku di rumah dah mula sakit2 mengenangkan hari besar hampir tiba. Sakit ni bukan yang jenis gering tu. Ni sakit sebab nervous. Maklumlah nak sambut menantu pertama.

Auwww... My lil' bro is getting married. Unbelievable. Well, jodohnya tiba dulu. Kawan lama2 pun tak elok. Baik dicepatkan apa yang patut dicepatkan.


~~~Sementara tengah ada kelapangan, aku pun mengemaskini serba sedikit di sini.

masa... masa... masa...

Tujuh belas hari lagi sebelum majlis berlangsung. Wow!!! Pantas masa berlalu. Rasa cam baru bulan lepas je majlis bertunang. Tujuh belas hari lagi aku akan punya seorang tambahan ahli keluarga. Aku akan meng'welcome' seorang adik perempuan. Adik-adik aku yang ada sekarang ni semuanya lelaki.

Bercerita pasal masa yang pantas berlalu, hari ni ku rasakan masa bagaikan lambat sangat berputar. Sepuluh kali toleh tengok jam, 60 minit pun tak berlalu lagi. Aduhhh... Kenapakah harus begini yang aku rasakan??? Nak cepat masa berlalu. Kalau boleh nak esok hari Jumaat..

Setiap kali hari Isnin tiba, aku selalu je berharap & menghitung waktu untuk hari Sabtu cepat kunjung tiba. Semenjak dua menjak aku dah gumbire dengan apa yang aku buat sekarang ni. Aku perlu melipat gandakan lagi usaha aku untuk mencari pekerjaan yg baru. Aku rasa sudah tiba masanya aku melakukan perubahana. Di sini kurasakan sudah tiada perubahan untuk aku. Produktiviti ku sudah menurun.

Masa, masa, masa......

Akan ku sabar menunggu masa itu tiba.. =)


~~~Banyak yang sudah dirancang bersama. Semoga segala perancangan berjalan lancar 99%. Aminnn....

Tuesday, May 3, 2011

Ganas Sangatkah???

Baru la beberapa bulan je aku menggunakan khidmatnya, dah begini jadinya. Isk2..

Sedey sangat. Beg mahal pun bley merosak dengan kadar yg agak cepat camni. Uwaaaa...

Sedey sangat. Pasni tak nak pow orang lagi. Aku rasa aku dah dalam kategori cermat. Haihh..

Maybe sebab takde banyak koleksi handbag yang boleh tukar2 kot.

Hmm.. Kalau camni nak kena tambah collection handbag.

Syg... Jom kt shopping handbag. Ehe...

Maybe nak kena cari satu handbag tuk kuar weekend or jatuh dalam kategori aktiviti lasak. Owhh.. Sy setuju ngan idea tu.

Dah jumpa solution rasa lega skit. (^_^)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, March 22, 2011

Something not OK

Hari ini sangat tak syiok dirasai. Hmm... I really hope today move faster. I just don't like this kind of environment. Nak shopping.

Ahh.. Memang takde kena mengena shopping dan ketidakgumbiraan saya hari ini. Tapi sekurang2nya dengan shopping sy akan rasa skit gumbira. Hopefully...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, February 13, 2011

ulangkaji entry diet - BEAUTY IS PAIN

Rosak... Rosak... Rosak...

Apakah yang rosak???

Yang rosak adalah program menurunkan jisim badan aku ni yang cuba aku lansungkan beberap ketika dahulu. Yg tepat adalah sebulan yang lepas. Aku dah bersuka ria bila jarum penimbang bergerak ke kiri. Gembiranya aku sehingga aku war-warkan kat sini.

Sekarang ni semua itu tinggal kenangan. Apa yang aku kurangkan telah aku tambah kembali. Uwaaa... Sangat sedih. Tercapai sasaran kecil ku untuk kelihatan lansing sedikit di hari bersejarah adik aku??? Tinggal lagi 3 bulan setengah.

Auwww... Sekejapnya lagi tu. Berjayakah?? Aku nak bersenam. Tapi takde partner. Aku ada usha2 kelas senaman. Takde pun yg berada dalam budget aku. Kalau dapat belajar berenang pun menarek juga. Tapi non ado la plak.

How to lose weight?? Kalau masa belajar dulu senang sangat nak turunkan berat. Dok hostel je, kompem dapat mengurangkan kembali segala lemak2 yang dikumpul masa bercuti di rumah. Syg, help me!!!!

Bila aku luahkan perasaan nak menurunkan jisim pasti ramai orang sekeliling yang akan berkata, buat apa nak diet2. Dah kurus dah. HELLLOOOO... Kurus la sangat. Mata korang cemey kah apa??

Ok.. Stop sudah berleter pasal nak mengurangkan jisim badan a.k.a diet. Takde hasil pun. Dok jerit kat sini tapi usaha tarak, tarak guna la. I love to eat. Camne ni???


~~~Apa cara yang tinggal tuk aku berjaya mengurangkan jisim ke target yg aku kehendaki menjelang my bro big day??? Kena lebih bertekad la nampak gayanya. Isk2...

Friday, February 11, 2011

merajuk dulu

Nak kena merajuk dulu baru berkesan. Kalau tak, asyik buat lepas tangan je. Susah tol la camni. Kena bertahan a few months lagi. Hopefully lepas tu aku takde la kena berperangai kanak2 seperti ini lagi.

Ini kisah aku ngan adik aku. Semalam off day dia. Aku ajak la dia gi beli barang2 rumah memandangkan ada a few things yang dah habis. Barang utamanya adalah beras. Biasanya kalau beli sikit2 aku gi beli sendiri je. Tak tunggu dia off pun. Sebab beras ni agak tak ringan. Pastu kalau ditambah ngan barang2 lain, menjadi lebih tak ringan. Aku perlukan extra ahli untuk mengangkat barang2 naik tingkat 4. Tu pasal aku tunggu hari adik aku off.

Bila aku ajak dia gi barang, dia kata tak rajin. Haihhh...

Mana gua tak merajuk. Opsss... Teremosi lebih sangat. Kembali kepada emosi asal.

Merujuk kepada peristiwa2 lepas, bila aku pesan beli barang, makan hari kekadang minggu gak baru dia nak gi beli. Bila aku dah jenuh menunggu, aku gi beli sendiri. Tambah plak dah biasa aku berdikari. Aku agak tak sabar dengan jawapan adik aku, "nanti K beli". Nak tunggu nanti dia tu, angin gak aku.

Hari ni dia off lagi. Tetiba tadi dia BBM tanya nak beli beras berapa kilo & jenama apa. Bila dah kakak ko merajuk baru reti nak ambil tindakan segera ek. Isk2...

Kitorang jarang makan nasi kat umah sebab aku jarang masak nasi. Ehe.. Konon2 diet la. Tapi tak kurus2 pun. Haha... Tapi disebabkan mommy ku mahu datang rumah, harus la kena top up bekalan beras. Beras dan tinggal satu pot je.

Bayangkan kalau perangai adik aku tu ada kat perangai Mi Amor aku. Aduhhh... Confirm aku akan kerap merajuk & Mi Amor aku akan kerap pokai sebab bila pujuk je mesti terselit barang2. Haha.. I like. Tapi nanti kasihan dia misikin. Dah ku bilang padanya jangan kerap sangat pujuk aku ngan barang2. Nanti aku dah terbiasa camtu, makin kurang simpanan kitorang. Baikkan aku?? =D

Opsss.. Dah termelalut lebih. Berbalik kepada kisah asal. Lain kali nak kena buat camni lagi kalau agak2 dia tak nak membantu aku.


~~~Macam2 perangai betol aku tahun ni. Aku perasan yg aku banyak berubah sejak hujung tahun lepas. Sekarang ni makin menjadi2 plak perubahan tu. Dushhh... Kena kembali sedar & kembali berpijak di bumi yg nyata.

Thursday, February 10, 2011

sentuhan magis

Sepertinya aku dah ilang sentuhan tuk berkarya di sini. Adehhh... I used to love mengomel di alam maya. Sampai pada suatu masa, aku diam sebentar dan seterusnya dah hilang sentuhan magis untuk bercerita. Camne la bley berlaku seperti itu?? Sat cek pikiaq..

Tuesday, February 8, 2011

~two~seven~

Pencapaian aku di kala ini???

Apa yang aku nak di ketika ini???

Alhamdulillah atas apa yang telah kecapi sekarang ni.

Looking forward another 365-day journey around the sun.

Thursday, January 13, 2011

diet - BEAUTY IS PAIN

Alhamdulillah selepas puas berhempas pulas menahan nafsu makan, dah berjaya mengurangkan 1-2 kg. Go-go cik puan blog. U can do it. Kalau disertakan ngan aktiviti senaman, mesti lagi banyak yang berjaya diturunkan plus lebih cepat berjaya mengurangkan 1-2kg tu. Tapi kan lepas berfikir sejenak, lebih molek kalau turun skit2 dalam jangka masa yg lama supaya badan tak terkejut ngan sebarang perubahan. Nanti kalau turun berat cepat, dengan cepat gak la berat tu bertambah. Siap bertambah dua kali ganda lagi tu. Ohhh.... NO!!!

Kenapa aku beria sangat nak turunkan berat???

Macam mana la aku tak insaf nak mengurangkan berat yang dah terlebih ni, jeans aku yang paling longgar skang dah mula mengecut. Hahaha... Mengecut la sangat kan.

Tapi itulah realiti skang yg sedang aku hadapi. Jeans favorite yg dulu sedang2 elok, skang dah cam sarung nangka. Simpan dulu jeans tu. Tak nak pakai lagi buat masa ni. Kena gigih berusaha untuk kelihatan gorgeous di bulan May nanti, insyaAllah.

Kali ni aku kena lebih serious tuk mengurangkan berat. I don't call it diet sebab aku tak berdiet. Aku masih makan macam biasa. Cuma portion makanan yang aku ambil tu aku kurangkan. Senaman takde plak tu. Adehhh... Nak sangat bersenam. Kekangannya banyak. Alasan pun banyak juga.

De satu pasangan husband & wife ni, wife nye sedang berdiet. Husband nye memberi galakan. Siap de ganjaran kalau dapat capai target tertentu. Tapi kalau menambah semula apa yang kurang, untuk each kg yang bertambah kena denda sebanyak RM100. Banyak gak tu. Nak gain weight memang mudah.

Aku quote dari sorang kawan ni, "BEAUTY IS PAIN". No pain, no gain. Lebih kurang camtu la.

Dari pendapat aku tentang diet, kalau nak lebih efisen diet tu adalah bila anda melakukannya bersama rakan, partner, spouse & sewaktu dengannya. Baru seronok. Kalau buat sesorang nanti jadi cam aku la. Kejap on, kejap off. Tapi itu kisah dulu. Skang dah lain.

Skang ni lebih determine ngan apa yang aku nak.


~~~Selalu sangat skang ni dalam entry aku mesti nak selitkan nama Mi Amor. Bila aku ulang baca balik rasa cam meloya pun de gak. Haha... But the truth is aku senang sekali dia ada dalam setiap peristiwa aku. Tuk entry kali ni, aku simpan Mi Amor tuk aku je.
Google