Wednesday, May 11, 2011

masa... masa... masa...

Tujuh belas hari lagi sebelum majlis berlangsung. Wow!!! Pantas masa berlalu. Rasa cam baru bulan lepas je majlis bertunang. Tujuh belas hari lagi aku akan punya seorang tambahan ahli keluarga. Aku akan meng'welcome' seorang adik perempuan. Adik-adik aku yang ada sekarang ni semuanya lelaki.

Bercerita pasal masa yang pantas berlalu, hari ni ku rasakan masa bagaikan lambat sangat berputar. Sepuluh kali toleh tengok jam, 60 minit pun tak berlalu lagi. Aduhhh... Kenapakah harus begini yang aku rasakan??? Nak cepat masa berlalu. Kalau boleh nak esok hari Jumaat..

Setiap kali hari Isnin tiba, aku selalu je berharap & menghitung waktu untuk hari Sabtu cepat kunjung tiba. Semenjak dua menjak aku dah gumbire dengan apa yang aku buat sekarang ni. Aku perlu melipat gandakan lagi usaha aku untuk mencari pekerjaan yg baru. Aku rasa sudah tiba masanya aku melakukan perubahana. Di sini kurasakan sudah tiada perubahan untuk aku. Produktiviti ku sudah menurun.

Masa, masa, masa......

Akan ku sabar menunggu masa itu tiba.. =)


~~~Banyak yang sudah dirancang bersama. Semoga segala perancangan berjalan lancar 99%. Aminnn....

No comments:

Google