Friday, January 22, 2010

BB1 & BB2

De 2 BB yg aku impi2kan sehingga terbawa2 ke dalam tidur menjadi mimpi indah sementara. Miahahaha... Apakah BB itu???


BB1 adalah broadband. Selain menonton tv, aku jugak suka surf tenet sembil update blog. Selalunya masa aku takde akses ke internet idea aku nak ngarang melimpah ruah. Biler dah kat opis ngadap kerja, tros idea2 tu terbang bebas cam burung. Malangnya idea tu tak terbang pulang ke sarangnya semula seperti sang burung yg pulang mencari sarangnya semula.


BB2 plak adalah blackberry. Aku tak sedar biler aku mula jatuh chenta ngan BB2. Sedar2 je aku in love sudah sama kamu, BB2. Chenta itu buta. Dulu aku menaruh minat sang E72. Sebelum berada di pasaran lagik. Tetiba sahaja BB2 telah mencantas perasaanku dari E72. Pe2 pun, berserah kepada bajet 2010 yg belum aku bentangkan lagik. Hiksss..


Bajet blom buat. Akal dah panjang pasang angan2. Tu blom lagik campur angan2 nak bercanda ria. Uhhh... Somebody help me. Berikan aku ongkos yg banyak agar dapat aku tunaikan hajat2 ku ini. Hiksss...


Semalam aku dah berhajat nak up citer pasal BB1 & BB2. Tapi sebab semalam hari blur aku, tros non ado mood nak berkarya. Sampailah aku termimpi BB2 dalam tidurku semalam. Bangun sambil sengih2 sumbing. Mudah2an mimpi ku menjadi kenyataan. Aminnn... BB2, I'm going to get you. InsyaAllah...


Tapi kan, mana lagik worth it. Sambar BB1 or BB2 dahulu?? Aku mahu kedua2nya. Tapi tak tahu yg mana nak didahulukan. Tak boleh nak sambar dua2 nya sekali gus. Mo bengkok graf kewangan ku. Think... Skang ni la maser nak enjoy puas2. Apakah???? (^_^)






~~~Baper la agaknya dividen ASB aku tahun lepas. Tak gi check lagik. Mim-alif-lam-sin. Punya la penyakit M, nak gi kuarkan duit kat atm pun tak rajen. Skang ni baki di dalam purse ku ada sekitar RM20++. Hiksss...

Thursday, January 21, 2010

-r-e-k-e-m-e-n-

Topik a.m. krew hot fm pagi ni. Memula aku dengar dj sebut perkataan tu, aku teringat akan satu hal. Tiada yg dua. Satu hal tu je. Tapi biler dj dah elaborate pasal tajuk, baru la aku dah think out of the box. Hiksss...


Well, banyak mende boleh dikisahkan dari perkataan rekemen itu. De orang yg rekemen food, keje, tempat tinggal, tempat belajar, tempat asuhan kanak2, pakaian, kasut dan berbagai lagik termasuklah soal jodoh. Hmmm...


Pernah korang mengalaminya??? Aku?? Yes & no. Yes, suatu masa dulu aku pernah direkemen seseorang. No plak sebab aku tak nak bercerita lebih lanjut. Dah buhsan maybe. Ntahlah. Perkara yang dah nak masuk 4 tahun berlalu. Just let it go. Lebih baik begitu.


Owhhh... Satu perkara dari entry yang lepas. Entry yg mana aku tak rajen nak link kan. Aku teruskan dengan cerita ku. Sewaktu berkumpul dengan famili macik ku. Sedang rancak berbual. Tak ada angin, tak ada ribut. Takde pun orang yg menyebut akan hal itu. Opsssie...


Aku baru teringat. Masa tu tengah bercerita pasal cousin aku yg sorang ini. Yg telah memadu kasih sejak zaman matrik lagik. Sampai skang. Macik aku merangkap mak kepada cousin aku kata kat cousin aku, kalau jadik majlis dia tahun ni gitau before macikku fly gi oversea. Nak gi cari barang hantaran kat sana. Branded stuff yg katanya lebih murah beli di sana dari di sini.


Tup2.. Macik aku beralih kat aku. Dia kata de orang berkenan ngan aku. Aku yg tengah kusyuk tengok tv, tros berlakon bertambah kusyuk. Uhh... Naper nak kaitkan kisah beli barang hantaran cousin aku dengan aku plak. Tros aku rasa jantung berlari selaju 110km/j. Adehhh...


Pastu soklan yang paling aku fobia & memang takde jawapan nak bagi adalah biler ditanyakan kat aku, "Nak ke???". Uhhh... Nak aper tuh??? Memang aku takde jawapan. Aku hanya menjawab dengan mengangkat bahu plus "NTAH". Opah aku mencelah. "Ha, ok la tuh". Uishhh...


Suatu masa dulu aku pernah kata, lepas umur menginjak dari angka 25 dan jika masa tu aku maseh solo, aku akan beri kebenaran kepada mereka2 yg berkenaan yg sudi menjadi match maker f.o.c. Tapi biler aku di ambang situasi sedemikian, aku tak rasa cukup bersedia plak. Ntah..


Sesiapa yg de tahu pasal part time job yg dapat memberi income yg memuaskan, siler la berkongsi sama saya. I really want to make extra money this year. Bukan sebab2 di atas. Tapi tuk kepuasan hati. Kalau boleh nak memiliki aset sendiri. Tambah plak biler parents ku sudi menjadi share holder.




~~~Bersediakah aku??? Entah...

Tuesday, January 19, 2010

coffee addict

Adehhh... Skang dah kembali ketagih ngan coffee. For brekafast dah pekena coffee. Tapi version cold. 1 ari tak kena coffee version hot mesti rasa tak lengkap je hari ku. Buat masa ini selalunya mesti pekena coffee 2 kali sehari. Ohoiii... Amat tidak sehat. I admit it. Aku akan coba tuk mengurangkan kepada 1 kali sehari sahaja iaitu tym breakfast or minum pagi sahaja. InsyaAllah...

Target aku dalam 3-4 bulan akan datang adalah untuk mengurangkan excess baggage ku iaitu lemak2 yg tidak sepatutnya aku miliki. Hopefully akan jadi kenyataan la impian ku yg satu itu. Aminn...

Permulaannya adalah untuk memiliki penimbang berat sendiri. Senang nak pantau penambahan berat ku. Huhuhu... Idaman hati adalah sang penimbang digital. Tu pun kalau bajet mencukupi. Sekiranya bajet tak berapa mengizinkan, penimbang biasa pun dah cukup bagus.


~~~Ada sesaper yg nak join aku mengurangkan berat badan. Mari kita bersama2 mengurangkan berat badan agar menjadi slim kembali seperti zaman2 kegemilangan ketika student dahulu.

Monday, January 18, 2010

aktiviti hujung minggu ke-3 '10

Aduhhh.. Tapi maser tengah drive pergi & balik KL dalam kepala otak aku dok berlegar2 a few topic tuk jadikan bahan menulis. Bila aku dah log in blogspot, pastu klik new post. Tetiba tros ilang idea2 ku. Haishhh... Ini maknanya, memory sudah berkarat.


Owhhh... Baru leh recall lepas amek napas. Aku nak citer hal makanan. Mende yg aku paling suka. Ehe... Hujung minggu yg lepas banyak masa senggang aku dihabiskan di dapur. Memasak. Hari Sabtu masak tuk macik aku yg kat KL anak beranak datang umah. Hari Ahad plak masak tuk macik aku dari Tapah plak datang melawat.


Mulakan dengan hati Sabtu. Cerita ceriti w/out any picture sbb aku tak rajen plus tak terlintas dalam kepala otak pun nak amek gambor. Hiksss...


Sabtu tu aku sambung tido lepas subuh ngan enaknya. Nak qada siap2 tuk future weekends yg aku tak dapat melambat2kan bangun tido di hujung minggu. Lalalala... Dah bangun pun lambat, non ado breakfast. Tapi sebabkan opah aku teringin nak makan tosai, aku pun order satu tosai kat adek aku. Tu pun makan dah kol 12. Sebab tu aku bilang tadi takde breakfast. Tu masuk kategori lunch sudah.


Dah sudah makan tu, cousin ku call kata nak mai umah aku. No problemo. Boleh aje nak datang. Dah call tym tengahari camtu, haruslah kena sediakan lunch. Dengan berat langkah ke dapurlah aku. Walaupun berat langkah, dalam kepal otak aku dah terpikir beberapa menu. Menu tuk lunch opah aku dah pikirkan.


Akan tetapi, sesuatu telah berlaku di pertengahan jalan dalam proses penyediaan lunch. Gas memasak tetiba habis. Tong gas spare entah naper tak leh nak guna. Sepantas kilat call pembekal gas memasak. Lamer owh menunggu. Sampai adek aku call kali ke-2, baru diorang hantar. Penyudahnya terbantut nak perabih masak menu lunch.


Sepatutnya dalam menu lunch tu akan ada ikan cencaru goreng, kari ikan, telur dadar, pecal & sayur goreng campur. Owhh.. Terlupa plak ngan tauhu jepun. Yang berhasilnya hanyalah ikan cencaru goreng & pecal separuh jalan. Adehhh... Mujur jugak cousin aku tidak datang ngan tangan kosong. Dia beli lauk. Boleh la diorang lunch.


Alhamdulillah, menu sampingan berjaya di laksanakan. Menu itu adalah bubur kacang & pau goreng. Horaaaa!!! Pau goreng ku abeh. Lega rasanya. Walaupun rupa tak baper chantek. Tu la aktiviti memasak di hari Sabtu aku. De satu lagik kisah yg MUNGKIN akan aku kongsikan. Mungkin sajer ek.


Jom kita ke hari Ahad. Memandangkan menu tengahari hari Sabtu blom terlaksana, carry forward ke hari Ahad. Ni memang aku bersilat sesorang kat dapur hari Ahad. Hari Sabtu aku dibantu opah aku. Menu hari Ahad adalah kari ikan, sayur campur goreng, telur dadar & tauhu jepun. Petang plak buat bihun goreng. Asalnya nak buat bengkang tepung. Tapi bahan tak mencukupi. Nak buat brownies, tahap kerajinan merudum.


So, hujung minggu aku melayan tetamu & memasak. Best ke tak??? Best la. Tapi de part yg tak best. Biler lepas memasak nak kena kemas. Pastu biler nak menjamu tetamu, de je pinggan mangkuk yg tak cukup. Isk2... Idup bujang. Barang tak se'complete' orang dah kawen. Walaubagaimanapun, 80% complete gak le perkakas umah ku. Umah ku adalah rumah sewaku.




~~~Biler dah mula menulis, susah plak nak stop. Ade2 je citer nak buka. Layanzzz...

Wednesday, January 13, 2010

citarasa antarangsa for lunch

Tetiba aku kepingin. Last weekend memang de pasang hajat nak pi pekenanya ngan sorang sahabat ku ini. Tapi apakan daya. Orang de komitmen ni. Bukan mudah kalau nak di ajak berpoya2. Aku paham. Hari ni bukan plan pun. Cumer biler dah terserempak tu, tros serbu.

Dah le aku 1st costumer diorang tuk hari tu rasanya. Ehe... Biler aku dah nak sudah makan, baru la de customer lain. Keseorangan la aku pada mulanya. Mari melihat gambar2 pulak. Pe yg aku makan. Di mana tempatnya.

Citarasa antarabangsa lagik tuh. Auwww...

Antara pilihan yang ada. Mulanya aku memang nak cari mi kari. Alih2 lain plak menu yg aku pilih.

Laksa lemak Singapore. Kureng skit rasanya. Tak pedas. Muak. Adehhh...

Lime juice asam boi. Air ni tidak menghampakan aku. Camne la nak buat sendiri. Boleh try test buat kat umah plak nanti. Segelas ni RM4.90.

Sekian sahaja cerita tuk lunch aku hari ni. Last week aku punya la watch what I eat. Minggu ni kantoi. Tak lapaq pun rasa nak makan. Uhukk... Camno la cita2 aku nak menguruskan muka yg tembam ini. Adehhh...

p/s: Sori Puan Dj. Dah pergi pekenanya dahulu. U can go wif ur hubby next tym.


~~~Makan untuk hidup or hidup untuk makan. Anda yg tentukan.

Tuesday, January 12, 2010

terapi1

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Banyak mende yang aku tak tahu. Di luar bidang aku. Biler aku tanya, tak mo terangkan sejelasnya. Aduhhh... Tertekan btol la diriku ini. Biler aku tak paham, memang aku malas nak buat. Biler aku dah paham skit2, baru la de rasa keterujaan nak membuatnya. Itu aku. Dari zaman study dulu pun camtuh. Contohnya adalah subjek fizik. Maser memula aku tak paham subjek fizik, memang tak minat langsung nak cuba menyelesaikan masalah. Tapi biler dah paham, aku rasa seronok menyelesaikan masalahnya. Paling ketara sekali adalah subjek kimia. Perghhh... Aku bangga ngan diri sendiri. Masa SPM, aku dapat gred paling corot berbanding subjek2 sains yg lain. Maser matrik plak, aku berjaya dengan fling colors. Subjek kimia yg aku rasa susah tahap gaban maser skolah adalah subjek yg paling aku gemari tuk ulangkaji masa matrik. Mende ni rasanya comply jugak dalam relationship. Biler aku dah paham sesorang, tak susah tuk lebih dekat dengannya. Ahh... Apa aku merepek ini. Abaikan..


~~~Moh gi lunch..

Monday, January 11, 2010

berikanlah aku kekuatan

Hari ni mood keje memang ke laut la. Monday blues... Mungkin. Sebab utamanya adalah kerana semalam tak cukup tido. Dapat tido sekitar 3 jam je. Ntah naper susah mata nak terlelap. Tambah plak de asteruk sudah. Boleh je mata ni layan menonton siaran2 yg de.

Pastu dapat plak berita kesihatan opah ku yg tak berapa baik. Gi tengok. Pastu rasa kasihan nengok opah ku. Rasa cam nak bawa balik dok umah aku je. Kesihatan opah skang ni memang tak baper nak baik. Tambah2 plak sejak satu peristiwa yg berlaku tahun lepas. Makin lama makin tak sehat.

Banyak perkara yg berlaku yg tak mampu aku nak share kat sini. Aku simpan diam2 dalam hati je la. Tak tau dekat saper aku nak share. Apa yang berlaku hari ni benar2 buat aku sedey. Sepertinya mahu mengalir air mata. Apa yang aku sembang dengan opah. Ah... Aku tak punya kuasa. Banyak sudah aku pendam di dasar hati. Takot menjadi lagik parah saja.


~~~Uhh... Ntah camne lagik nak aku luahkan pe yg terpendam di dasar hati ini.

Friday, January 8, 2010

mood junam

Aduhayaiiii!!! Semalam bersemangat keje. Hari ni semangat tu merudum. Dunno why. Kemungkinan adalah kerana ini hari Jumaat. Apa lagik, mood cuti dah mula meresap. Uhhh... I can't imagine how will I survive 12 weeks without weekends.

I will survive...

I will survive...

InsyaAllah...

Takpun sebab pagi ni bangkit terkujat. Hiksss... De je nak mereka jawapan sebagai alasan to make me feel better.

Aku kan, biler tengah melayan perasaan pasti akan teringat peristiwa yg berlaku beberapa tahun yg lepas. Kekadang menda kecik pun boleh aku mengaitkan dengan peristiwa lepas tersebut. Apakah???

Abaikan diri aku yg saiko ini. Nak gi memupuk semangat membuat kerjaan. Kang kelam kabut plak. Dah le ari Jumaat terkenal ngan ari jem. Aku nak kena kuar ke KL. Uhuhuhu... Later...


~~~Takde pe nak buat ulasan. Baru dapat call kena kerah wat keje.

Thursday, January 7, 2010

khatam dah

Pertama sekali aku nak update berkaitan entry semalam.

Seperti yang telah ku khabarkan semalam. By 7th Jan 2010, aku dah pun khatam aA+bB by Hlovate. Tp towards the end, aku banyak skip paragraph. Sebabnya adalah kerana penghujungnya dah tak kick. Hiksss... Suka2 aku je nak kick. Kena kick baru padan muka.

Aku tak dapat nak bayangkan camne citer yg sedemikian rupa berakhir dengan sebaliknya. Maksudnya tak berakhir seperti yg aku idamkan. Maksud lainnya adalah sad ending. Bukan happy ending. Owhhh...

Hari ni dapat mulakan kerja dengan senang hati sebab tak perlu nak curi2 baca novel cam semalam. Sebenarnya kan, de satu lagik novel Hlovate yg aku sedang baca. Dah tinggal suku nak habis. Tak plak aku giler nak abihkan cam aA+bB. Lalala...

Keadaan work station aku amat kucar kacir. Pertama sekali nak kena bersihkan dulu meja ku agar kerja dapat berjalan lancar. Adehhh... Nak bagi sepah memang mudah. Nak mengemaskannya yg terasa beban. Uwaaaa... Kang suruh org lain kemas, udah aku mencarinya tak kejumpaan la plak. Camno tu??? Kena la kemas sendiri.

See... Sudah ku bilang, meja ku sepah. Awal pagi lagik dah sepah. Buhsan...

Sekejapan jugak dah 7 hari di 2010. Hari semalam terasa seperti jam lambat bergerak. Tu masa kat opis. Bila kat umah takdenya rasa lambat. Aha... Berikut di atas ni je la celoteh aku untuk hari ke-7 ini.


~~~Tiba2 ilang idea masa dok menaip. Adehhh...

Wednesday, January 6, 2010

aA+bB

By HLOVATE.

Bought on 5th Jan 2010. On 6th Jan 2010, dah separuh aku baca. By 7th Jan 2010, boleh khatam rasanya.

cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hatiu?~Addin.

Inilah... Sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA+bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewas. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Addin mengemukakan teorinya begini:
a. membesar & belajar dengan pengetahuan serta pengalaman suatu cabaran.
b. membesar & belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak.

7 tahun selepas itu...
Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera yang bukan pilihan hatinya?
Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?

Cerita 'sinta' antara Addin & Benz, tidak semudah A+B=Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband?~Benz.

Seperti di atas ini adalah sinopsis yang aku petik a.k.a amek a.k.a cedok dari belakang novel tersebut. Aku mo ulas ayat sendiri, tapi mungkin di lain waktu. Bagi mereka yg rapat denganku pasti tahu kenapa aku gilakan novel berkisah seperti ini.

Hampir terjadi kisah sebegini dalam real life aku or maybe should I say dah berlaku suku jalan. Ahhh... Let it be. Pe2 pun, kisah ini hampir dengan aku. Hmm... Aku takde la nak war2kan kata citer ni best sangat. Buat tahap piawaian aku, dah cukup best.

5 tahun 5 bulan, Rooftop Rant & aA+bB, cukup korum dah. Kire dah lepas abeh hajat aku. Sampai sini saja buat masa ni kegilaan aku terhadap novel melayu. Lepas ni nak tumpukan pada aktiviti lain plak yg lebih menuntut perhatian & tenaga aku 200%. All the best to me.


~~~Kalau nak beli novel melayu siap dapat 20% diskaun, sila la pergi ke kedai buku yg terletak di Jalan TAR(Tuanku Abdul Rahman). Owh... Menyebut Jalan TAR telah membawa aku ke suatu kisah di suatu masa dulu. Mistaken Jalan TAR & Jalan Tun Abdul Razak(TAR jugak pendeknya). Apa kesss???

Tuesday, January 5, 2010

missing in action

Okay... Citer yg nak aku sampaikan ni kelakar buat aku.

Mana tak kelakarnya. Semalam puas aku mencari, tak kejumpaan. Hari ni aku tak cari pun. Selak2 je dah jumpa. Miahahaha...

Aku agak, mungkin sebab semalam cari dalam keadaan kelam kabut, tu yg tak jumpa. Hari ni tak cari, jumpa plak.

Meh aku mulakan cerita.

Aku mencari compact powder ku tak kejumpaan. Penat dah selak2 dalam handbag. Tapi tak jumpa. Separuh isi bag aku kuarkan, pun tak jumpa.

Ini la handbag ku itew..

Ini la yg aku carinya. Baru beli tuh. Dah le mahal. Koser aku nak beli lain buat pengganti seblom aku dapatkan ini kembali.

Naper aku tak kuarkan semua isi bag???

Bagi aku, kuarkan separuh isi bag pun dah memadai memandangkan aku kesuntukan masa. Tak kejumpaan gak aku mencari. Adehhh... Dah terbayang dah tertinggal kat umah di pensioners town. Redha je la. Pakai je bedak pe yg de.

Pakai ini bedak saja. Maseh de lagik walaupun dah nak abeh. Bior perabihkan btol2.

Yg sblah kiri adalah yg lama. Yg sebelah kanan adalah yg baru. Yg baru tuh macam tak berpakai lagik. Memang baru beli pon. Koser la nak beli baru lagik. Naseb dah ketemu balik.

Well, dulu aku memang wat tak reti pasal bedak2 muka ni a.k.a compact powder. Boleh je aku redah tak pakai pe2 alas di muka. Kuar ngan muka polos lagik suci. Tapi tidak lagik skang. At least kena pakai moisturizer and compact powder.

Ni pun berdasarkan aktiviti aku la jugak. Kalau takat kuar gi beli barang dapur or kuar bersiar2, tak perlu mendalah di atas pun takpe. Melainkan kalau nak pergi jumpa orang berkaitan kerja or nak gi event, mo la kelihatan skit segak. Takkan nak tala muka pucat lesi & sememeh ku ini.

Pe2 pun, aku lebih selesa muka ku hanya berbedak nipis. Tu pun bedak baby sajor. Nak tepek bedak compact, memang tak rajin. Melainkan kalau de aktiviti seperti di atas. Melawa??? Skit2 je la. Nak jugak melawa. Tuk kepuasan hati sendiri. Orang lain nak kata, I tak kesot. Mulut orang, bukan leh tutup.


~~~Mujur aku tak segera mendapatkan ganti tuk bedak compact yg konon2 'tertinggal' itu. Kalau tak, telah terjadi satu pembaziran. Owhhh... No. De agenda lain lagik aku mo laksanakan dengan uang yg ada. InsyaAllah...

Friday, January 1, 2010

new resolution

New year datang lagik.

Selamat tinggal 2009.

Selamat datang 2010.

Macam2 perkara telah berlaku sepanjang tahun 2009. Paling banyak sekali adalah kedukaan aku rasa. Banyak ujian yg telah diturunkan buat kami sekeluarga.

Harapan aku semoga di tahun 2010 ni, segala kedukaan dapat diubati.

Resolution baru?? Non ado.. Tak reti nak pasang azam. Satu lagik, kalau pasang azam pun, tak sampai tengah tahun aku dah lupa apa yg aku azamkan. Adehhh...

Tuk blog, azam aku tahun ini tuk merajinkan diri bila berkesempatan tuk memuatkan cerita ceriti. InsyaAllah kalau ada rezeki lebey, nak beli broadband biar mudah skit online di rumah.

Harapan aku jugak moga apa yg aku hajati akan tertunai. Apa yg aku hajati rasanya bukan di kelompok azam kot. Ni memang aku berhajat dah lama pun. Skang ni tak nak la gembar gemburkan kat sini. Sebagai seorang gadis pemalu, andai apa yg dihajati berjaya diperolehi, aku kasi war2 di sini. Doakan buat aku.


~~~Buat semua, selamat tahun baru. Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Aminnn...
Google