Monday, January 18, 2010

aktiviti hujung minggu ke-3 '10

Aduhhh.. Tapi maser tengah drive pergi & balik KL dalam kepala otak aku dok berlegar2 a few topic tuk jadikan bahan menulis. Bila aku dah log in blogspot, pastu klik new post. Tetiba tros ilang idea2 ku. Haishhh... Ini maknanya, memory sudah berkarat.


Owhhh... Baru leh recall lepas amek napas. Aku nak citer hal makanan. Mende yg aku paling suka. Ehe... Hujung minggu yg lepas banyak masa senggang aku dihabiskan di dapur. Memasak. Hari Sabtu masak tuk macik aku yg kat KL anak beranak datang umah. Hari Ahad plak masak tuk macik aku dari Tapah plak datang melawat.


Mulakan dengan hati Sabtu. Cerita ceriti w/out any picture sbb aku tak rajen plus tak terlintas dalam kepala otak pun nak amek gambor. Hiksss...


Sabtu tu aku sambung tido lepas subuh ngan enaknya. Nak qada siap2 tuk future weekends yg aku tak dapat melambat2kan bangun tido di hujung minggu. Lalalala... Dah bangun pun lambat, non ado breakfast. Tapi sebabkan opah aku teringin nak makan tosai, aku pun order satu tosai kat adek aku. Tu pun makan dah kol 12. Sebab tu aku bilang tadi takde breakfast. Tu masuk kategori lunch sudah.


Dah sudah makan tu, cousin ku call kata nak mai umah aku. No problemo. Boleh aje nak datang. Dah call tym tengahari camtu, haruslah kena sediakan lunch. Dengan berat langkah ke dapurlah aku. Walaupun berat langkah, dalam kepal otak aku dah terpikir beberapa menu. Menu tuk lunch opah aku dah pikirkan.


Akan tetapi, sesuatu telah berlaku di pertengahan jalan dalam proses penyediaan lunch. Gas memasak tetiba habis. Tong gas spare entah naper tak leh nak guna. Sepantas kilat call pembekal gas memasak. Lamer owh menunggu. Sampai adek aku call kali ke-2, baru diorang hantar. Penyudahnya terbantut nak perabih masak menu lunch.


Sepatutnya dalam menu lunch tu akan ada ikan cencaru goreng, kari ikan, telur dadar, pecal & sayur goreng campur. Owhh.. Terlupa plak ngan tauhu jepun. Yang berhasilnya hanyalah ikan cencaru goreng & pecal separuh jalan. Adehhh... Mujur jugak cousin aku tidak datang ngan tangan kosong. Dia beli lauk. Boleh la diorang lunch.


Alhamdulillah, menu sampingan berjaya di laksanakan. Menu itu adalah bubur kacang & pau goreng. Horaaaa!!! Pau goreng ku abeh. Lega rasanya. Walaupun rupa tak baper chantek. Tu la aktiviti memasak di hari Sabtu aku. De satu lagik kisah yg MUNGKIN akan aku kongsikan. Mungkin sajer ek.


Jom kita ke hari Ahad. Memandangkan menu tengahari hari Sabtu blom terlaksana, carry forward ke hari Ahad. Ni memang aku bersilat sesorang kat dapur hari Ahad. Hari Sabtu aku dibantu opah aku. Menu hari Ahad adalah kari ikan, sayur campur goreng, telur dadar & tauhu jepun. Petang plak buat bihun goreng. Asalnya nak buat bengkang tepung. Tapi bahan tak mencukupi. Nak buat brownies, tahap kerajinan merudum.


So, hujung minggu aku melayan tetamu & memasak. Best ke tak??? Best la. Tapi de part yg tak best. Biler lepas memasak nak kena kemas. Pastu biler nak menjamu tetamu, de je pinggan mangkuk yg tak cukup. Isk2... Idup bujang. Barang tak se'complete' orang dah kawen. Walaubagaimanapun, 80% complete gak le perkakas umah ku. Umah ku adalah rumah sewaku.




~~~Biler dah mula menulis, susah plak nak stop. Ade2 je citer nak buka. Layanzzz...

No comments:

Google