Wednesday, January 6, 2010

aA+bB

By HLOVATE.

Bought on 5th Jan 2010. On 6th Jan 2010, dah separuh aku baca. By 7th Jan 2010, boleh khatam rasanya.

cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hatiu?~Addin.

Inilah... Sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA+bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewas. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Addin mengemukakan teorinya begini:
a. membesar & belajar dengan pengetahuan serta pengalaman suatu cabaran.
b. membesar & belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak.

7 tahun selepas itu...
Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera yang bukan pilihan hatinya?
Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?

Cerita 'sinta' antara Addin & Benz, tidak semudah A+B=Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband?~Benz.

Seperti di atas ini adalah sinopsis yang aku petik a.k.a amek a.k.a cedok dari belakang novel tersebut. Aku mo ulas ayat sendiri, tapi mungkin di lain waktu. Bagi mereka yg rapat denganku pasti tahu kenapa aku gilakan novel berkisah seperti ini.

Hampir terjadi kisah sebegini dalam real life aku or maybe should I say dah berlaku suku jalan. Ahhh... Let it be. Pe2 pun, kisah ini hampir dengan aku. Hmm... Aku takde la nak war2kan kata citer ni best sangat. Buat tahap piawaian aku, dah cukup best.

5 tahun 5 bulan, Rooftop Rant & aA+bB, cukup korum dah. Kire dah lepas abeh hajat aku. Sampai sini saja buat masa ni kegilaan aku terhadap novel melayu. Lepas ni nak tumpukan pada aktiviti lain plak yg lebih menuntut perhatian & tenaga aku 200%. All the best to me.


~~~Kalau nak beli novel melayu siap dapat 20% diskaun, sila la pergi ke kedai buku yg terletak di Jalan TAR(Tuanku Abdul Rahman). Owh... Menyebut Jalan TAR telah membawa aku ke suatu kisah di suatu masa dulu. Mistaken Jalan TAR & Jalan Tun Abdul Razak(TAR jugak pendeknya). Apa kesss???

No comments:

Google