Tuesday, March 3, 2009

ahad pun penat jugak

Haihhh.. Penat lagik ke??? Camno aku klasifikasikan sebagai penat??? Bila petang je, aku bongkang tido. Tu la yg menyebakan aku mengklasifikasi sebagai hari yg penat.

Memang mata berat sesaja. Walhal hari Ahad bukannya aku buat pe pun. Setakat tengahari gi makan kenduri 2 pupu aku kat Ampang Jaya. Bukan nak kena jalan kaki. Nek keta. Dah le bukan aku yg drive. Mungkin sebab berpanas kot. Tu yg memenatkan.

Sampai umah (balik dari kenduri), tros aku tido. Dekat sejam gak aku belayar. Bila bangun tu masih de rasa lagik nak tido. Dah tak berani nak segarkan diri ngan minum kopi. Kang tak pasal2 aku tak leh tido or dok tido2 ayam je.

Minggu lepas adalah minggu aku kuat tido. Lima minit pun aku tak mo lepas. Mesti nak tido. Kalau hari keje, lepas solat maghrib, ber'landing' la aku kat atas katil. Kekadang tido. Kekadang dok berangan je.

Bila jam dah 8.30 malam. Terkedek2 aku kuar bilik. Nak tgk tv. Citer Anak Betong. Tapi semalam dah abeh. Hari ni citer baru plak. Cam menarek je.

Hari Ahad, walaupun tak banyak aktiviti, aku tetap rasa penat. Sama penat cam aku kuar bejalan hari Sabtu. Takde motivasi.

Minggu ni aku nak motivasikan skit diri aku di hari minggu. Bahan bacaan de 2 tuk dimulakan pembacaan & de 3 tuk dikhatamkan. Miahahaha... Aku tamak.

Tak sempat abeh baca 1 buku/novel, aku dah mula baca yg lain plak. Hiksss... Tengah giler membaca. Pastu, tak sempat abeh baca, aku dah beli plak buku/novel lain. Mana la tak melambak jadinya.

Tapi tak raser membazir sangat beli bahan bacaan ni. Dah lama rasanya aku tak shoping pakaian. Hmm...

No comments:

Google