Wednesday, March 4, 2009

perlukah berdiet???

Haihhhh... Awal2 pagi lagi dah mengeluh. Manakan tidak. Tadi datang la ke opis sorang subcon ni. Nama dia Ali. Orang Indon.

Apa yg aku keluhkan??? Asyik menegur aku dah gemok. Gemok sangatkah??? Cara dia dok ulang pertanyaan tu berkali membuatkan aku seperti orang kebingungan.

Bukan nak marah dia kata aku gemok. Cumer penyataan dia tu buat aku binggung. Ni bukan pertama kali dia kata camtu. Ni dah kali ke-2 or ke-3. Aku sedar yg aku dah ngembang. Hiksss...

Tapi 'gemok' yg berulang2 kali disebut si Ali tu seperti aku cam Shanie. Opppsss... Soriiiiii... Tapi benarkah?? Mungkin benar aku dah gemok.

Aku dah timbang berat a.k.a jisim badan aku. De pertambahan sekitar 1,2 kg dari berat aku yg biasa. Baper tu??? Ahaksss... Biarlah rahsia. Nak jugak bermadah seperti Siti.

Takpo... Asalkan aku gembira & dapat menikmati makanan yg enak & tak memudaratkan kesihatan diri, itu lebih baik. Aku takde plak nak kena beli baju or suar baru tuk menggantikan pakaian aku yg dah tak muat. Semuanya masih boleh dipakai. No worries ek..

Kang dah ilang nikmat makan, baru nak nyesal. Aku tak tuju kepada orang perseorangan penyataan itu. Cumer saper yg makan cili, dia akan rasa pedasnya.

Satu situasi yg nak aku stori di sini berkenaan diet.

Pacik aku tengah berdiet skang ni since ujung December 2008. Dah masuk 3 bulan lebih kurang. Dah tak dapat nak menikmati kelazatan makanan seperti dahulu sejak dia mula berdiet.

Makan sumer kena catu. Breakfast & dinner hanya amek shake sahaja. Lunch pun kena pilih makanan yg sehat & kurang kalori. Apa sahaja yg nak di makan kena fikir dulu jumlah kalori yg terkandung dalamnya.

Aku tak nak la jadi seperti itu. Cukup la ngan keadaan diri aku skang ni. Luahan rasa cumer nak sedapkan diri je. Nak tenangkan diri dari memikirkannya lagik.

Gue banyak lagik kojer nak kena setelkan. Kembali bertugas seorang diri. Sorang lagik staff mc. Aku agak budak tu dah kena buatan orang. Buatan suami dia. Miahahahaha...

Selamat menjalankan tugas..

No comments:

Google