Wednesday, March 25, 2009

4 frens: a journey to IPOH

Backdated story. 14 March 2009.

Zamira's wedding day.

Ni tatapan buat rakan2 yg tak dapat menghadirkan diri. Aku citer skali harung je.

Plan asalnya, kami berlima akan turun Ipoh. Tapi yg turun Ipoh adalah kami berempat; Maisarah, Meena, Dju & aku. Sorang lagik, Yums tak dapat menyertai kami kerana macik dia meninggal. Innalillahiwainnailahirojiun..

Majlis akad nikad dijalankan pagi Sabtu, kol 10.30 pagi. Aku tak gi pun. Maser tu baru nak gerak dari KL. Aku jumpa mereka2 (Mai, Meena & Dju) kat hentian jejambat Sg. Buloh. Kol 11 baru kitaorang gerak lepas pekena breakfast.

Mai yg drive. Boleh tahan gak le minah sorang ni drive. Co-pilot kena selalu ingatkan Mai. Co-pilotnya adalah Meena. Bleh plak sorang pun tak bawa kad jemputan. Ehehe... Mujur jugak aku dah pernah gi umah Zamira. Masih ingat lagik la jalan ke rumah dia.

Banyak sungguh kereta atas highway. Baru mula cuti sekolah. Ramai yg ambil peluang tuk berjalan2, mungkin. Sampai je kami ke rumah kenduri, pengantin baru nak bersanding. Cun2 je la kitaorang makan & sempat nengok pengantin bersanding.

Tema tuk kenduri Zamira adalah purple. Pengantin berpakaian songket. Pepandai la bayangkan sendiri ye. The pictures will be up soon. InsyaAllah. Mulanya aku cam tak baper selera nak makan. Tapi bila selera tu datang dah, siap bertambah lagik. Paling syiok adalah acar buahnya.

Maser kitaorang sampai tu, aku perasan Dayah Aktuari ade dah. Ngan Jen & teman si Jen. Pastu baru aku perasan si Shema ahli lembaga pengarah itu. Hiksss.. Maaflah Shema. Ko tu slim sangat. Tak tercapai dek akal mataku.

Join diorang makan sama. Cuaca hari tu sedang elok panas. Tengah makan, diumumkan ketibaan pengantin. Tengok dari jauh je la. Pengantin di arak masuk ke rumah. Lepas abeh je makan, tros kitaorang serbu masuk rumah.

Zamira & pasangannya, Kasman tengah duduk atas pelamin. Zamira yg memang dikenali tak leh nak dok diam, ilang kesopanan pengantin yg kebiasaanya akan tertunduk malu. Dia bleh plak sapa kitaorang dari atas pelamin. Kelakor tol la.

Si Zamira siap tegur lagik maser adek2 nya nak menepung tawar dia. Isk2... She looks beautiful. Tambah2 plak bila bermekap. Selama ni mana pernah dia mekap.

Turun je dari pelamin nak ke makan beradap, pertama skali yg dibuat oleh Zamira adalah scan kehadiran kengkwnnya dari jauh a.k.a KL.

Soklan pertama yg diajukan adalah, "Mana Yumi???".

Yumi sila amek perhatian yg lebeh ye. Hiksss...

Dah makan2. Perot pun dah kenyang. Takkan nak tros balik kot. Pakat2 la kami nak berjalan nengok pekan Ipoh. Aku plak drive lepas tu. Mula2 nak pakat ngan Dayah & d grup. Tapi diaorang tak dapat buat decision lagik. Kitaorang gerak dulu.

Aku, Mai & Meena sempat menukar persalinan kepada pakaian yg lebih selesa. Tempat pertama adalah Gunung Lang. Tak silap aku, tempat tu adalah satu tempat dalam scene citer Sepet. Tapi tak kejumpaan plak titi tu. Isk2...

Tanya kat si Shema, orang Ipoh. Dia pun pertama kali ke Gunung Lang. Lepas kitaorang berehat seketika di situ, baru la Shema & Dayah & d gang tiba. Kitaorang dah nak gerak balik. Terasa dahaga la plak.

Tempat yg kami pilih tuk pekena minuman basah tekak adalah padang Polo. Takde pe yg istimewa pun. Just padang permainan biasa. Kenapa di namakan Padang Polo??? Aku tak pasti. Sila la rujuk kembali sejarah bandaraya Ipoh.

Kebetulan yg tak disangka2. Kemudian datang plak Shema & Dayah & d gang. Dalam2 banyak lori yg menjual minuman, diorang pilih gak tempat kami melepak. Jodoh. Lalalala...

Kecoh sebentar port pacik meniaga tu. Bukan takat minum je. Siap kitaorang pekena semangkuk laksa sorang satu. Sodap. Si Dju siap tapau tuk dinner dia. Wakakaka...

Memula tu aku ingatkan Dikju melawak je pasal dia nak tapau. Sekali btol da.

Dah kenyang bagai, tros kami gerak pulang. Maser tu dah dekat kol 5. Aku plak yg drive. De satu lagi perhentian sblom gerak balik KL.

Tempatnya adalah R&R Tapah. Mai & Meena nak membeli buah tangan a.k.a jambu. Dugaan gak aku memandu pulang ke KL. Sepanjang perjalanan hujan turun dengan lebatnya. Kemudian, satu lagik ujian menimpa aku. Membuatkan aku sedikit gerun. Isk2...

Tak ingatlah kat mana maser tu. Tapi yg pasti dah gerak dari Tapah la. Bleh plak minyak tinggal satu bar & start blinking sudah tu penanda minya. Aku mula nak cuak. Tapi belagak kool.

Bila tengok blinking makin kerap, aku suggest supaya tutup econ & padam lampu kereta. Boleh menjimatkan skit minyak. Berdebar2 siot. Teringatkan suatu kisah yg menimpa aku ditengah kota raya KL. Fuhhh...

Alhamdulillah, kami selamat sampai ke stesen minyak ngan jayanya. Kami juga berjaya topup semula petrol. Dengan gaya pemanduan aku, dapat gak save minyak sesikit. Ehehehe...

Aku memang gabra bile penanda minya mula blinking. Mujur jugak ada Mai & Meena yg dapat meyakinkan aku. Alhamdulillah. Selamat sampai ke rumah masing2 sumernya.

A long trip to Ipoh.

Penutup dengan sekeping gmbr wajahku ngan spek pinjam milik Mai. Maser tgh tunggu boat nak bawa kami seberang dari kawasan pulau kat Gunung Lang. Pulau kah??? Aku pun tak pasti. Kerana pipi ku yg gemok, spek tu terhimpit di pipi ku. Hiksss...




~~~Aku memang bawa keta agak berhemah. Tapi kekadang tu tak berhemah jugak. Bergantung la.

1 comment:

Anonymous said...

Almk....lmbt lagi la aku nak tggu tgk gmbr tu...hehehe...seyes aku tak leh bygkan zamira time bersanding tu...klakar giler dr yg ko citer....hehehe

Google