Thursday, March 26, 2009

count d calories

Minggu ni aku adalah sangat berhati2 dengan pengambilan kalori dalam makanan aku. Lame dah sedar akan perkara itu. Tapi takde usaha yg di ambil. Hiksss...

Start dari hari Isnin hari tu, aku telah mulakan tekad tuk menjadi sangat kiasu dengan jumlah kalori yg aku amek. Ni ikot dari sedikit pembacaan & research yg aku jalankan melalui internet. Dengan pengambilan jumlah kalori yg betol, insyaAllah, berat badan akan kembali normal.

Kena kuatkan iman. Lawan nafsu makan. Aku ni dah le suka makan. Tambah lak bila berjumpa ngan makanan yg sedap. Walaupun tak lapar, aku bleh je sumbat. Huhuhu...

Yg paling membuatkan aku nekad tuk mengawal jumlah kalori aku adalah kerana faktor badan ku yg udah melebar ini. Isk2...

Within 1 month je badan aku dah melebar. Kayu pengukurnya adalah baju yg aku tempah sebulan yg lepas. Aku lebih selesa kalau tailor amek ukuran badan aku tuk buat baju dari aku bagi baju contoh. Bila try baju yg dah siap tu, terasa seperti sendat, baru la membuka mata sepetku ngan lebih luas tuk mengecilkan badan ku.

Aku mengehadkan pengambilan kalori aku dalam 1200 - 1500 kcal 1 hari. Kenapa begitu???

Dari bahan yg aku research kat internet, aku dapati tuk lelaki dewasa, keperluan kalori mereka adalah sekitar 2000 kcal. Orang pompuan perlu jumlah kalori yg kurang dari itu. Ni kirenya aku pepandai je bajetkan jumlah pengambilan kalori aku banyak tu.

Korang kalau nak lebih tepat, sila rujuk kepada mereka yg lebih pakar.

Aku makan 3 kali sehari iaitu breakfast, lunch & dinner. Wajib. Elakkan mengambil dinner after 8 pm.

Skang ni, balik je dari opis tros aku prepare dinner aku. Simple dinner sajor.

Setakt ini menunya adalah; Isnin - mi goreng, Selasa - roti telur, Rabu - roti ngan hot dog, hari ni takde idea lagik nak dinner ape.

Maser aku goreng mi ari tu, kongsi ngan cousins aku. Mo plak diorang makan. Yg kakaknya pun menumpang tak hengat. Kire aku makan 3/4 dari portion yg aku buat tu. Adeknya makan skit je. Aku buat pedas. Mana tau diorang nak menumpang makan sama.

Ni la dinner aku di hari Isnin. Banyak no sayur. Paling banyak skali adalah taugeh. Ehehehe... Telur tu sedap. Sajer buat penambah rasa sebab mi tu takde bahan tambahan lain. Aku goreng simple je. Cumer tambah sayur. Telur sebagai sumber protien. (^_^)

Roti telur, menu hari Selasa, aku plak menumpang diorang adek beradek. Diorang nak makan roti telur. Aku buatkan. Tros roti telur tu jadi dinner aku.

Ni adalah favorite aku. Tak dapat nak menolaknya. Lunch di hari Rabu. Tapi nasi tu aku makan separuh je. Lauk pauk je aku hapuskan semuanya. Yg menyedapkan adalah sos ayam tu ngan cendawan itu. I loike. Tapi camno ek nak masak cendawan tu. Sedap sebab de rasa liat2 skit.


~~~Aku bukan pakar pemakanan. Aku bukan nak tunjuk pandai. Sekadar berkongsi cerita tuk memeriahkan diary hidupku.

No comments:

Google