Thursday, March 5, 2009

air naik dengan pantas dalam masa 5 minit

Sebelah pagi hari ni ada meeting. Dijadualkan bermula jam 10 pagi. Tapi kekdahnya mula lambat kerana pihak yg satu lagik ada hal. Diorang mengadakan majlis baca yasin kat opis kerana banjir kilat yg telah melanda KL 2hari yg lepas.

Opis mereka di KL. Ditimpa bencana, air naik. Aku dengar banyak kenderaan orang2 besar (contohnya adalah mercedes; tapi tak tau la mata pe sebab tak diberitahu) yg rosak teruk. Ada gak aku terbaca dalam paper mengenai perabot kat PWTC yg rosak kerana banjir. Air naik.

Tak silap aku opis mereka ini terletak kat Jalan Ipoh. Kat PWTC ada exhibition. Citer yg aku dengar lagik sebelom mula meeting tadi, air naik dari paras buku lali ke paras dada dalam tempoh masa 5minit. Fuhhh... Ngeri bunyinya. Seperti serangan tsunami plak. Nauzubillah... Lewat setengah jam meeting bermula.

Sementara menunggu kedatangan mereka, ini la kojer aku.

Ni adalah tempat di mana meeting hari ni dijalankan. Besorkan???

Ni plak pandangan bilik meeting dari hadapan. Kerusi hadapan skali diduduki oleh pengerusi majlis.

Ni plak adalah tempat dok aku. Sepahkan?? Aku dok wat revision skit. Kot2 kang aku yg kena wat pembentangan. Alamak, handbag I nak terjatuh plak...

Selepas meeting selalunya ada makan2 skit. Harga tuk hidangan ini adalah RM50. De nasi goreng. Bukannya kuih muih dan air sahaja yg menyumbang kepada harga itu. Apsal la diorang tak bancuh air nescafe yg sedap itu. Sekadar teh o sahaja. Huhuhu.. Kuciwa di situ. (Perasan tak? Bila part makanan je mesti aku nak ulas pepanjang. Isk2.. Apakah???)

Pasti ada gambar tuan punya blog. Hiksss.. Konon2 tgh intai dari tingkap bilik meeting kot2 nampak mereka2 yg lain dah sampai ke blom. Uhhh... Tak fotogenik langsung. Hanya gambar ni yg nampak cam 'real' skit. Yg lain nampak terlampau plastik. Susah benor nak senyum.. Awat???

Dah busan posing & mengambil gambar bilik meeting, tapi orang yg ditunggu tak kunjung tiba lagik. Nak je aku gi ngap dulu makanan yg terhidang. Tapi ku sabarkan diri. Bukannya lapor sangat. Nafsu makan je.

Lepas meeting, aku hadap jugak juadah yg terhidang. Air nya dah sejuk walaupun dok dalam bekas ala termos itu. Bilik meeting tu sejuk bebenor. Naik kurus aku. Miahahaha...

Gerak balik dari situ kol 12. Sampai dekat area opis dekat kol 1. Tros aku lajak balik umah. Sampai je kat umah, aku rasa cam pening2 lalat skit.

Tak perlu nak lunch dah. Aku baru je makan dekat kol 12 tadi. Lepas abeh meeting. Layan tido. Dekat kol 2 baru aku terjaga. Enak bangat.

Lambat lorr aku masuk keje lepas lunch hour. Kol 2.30 petang baru aku sampai opis. Buat muka sedih skit. Ehehehe... Naseb la de skit selsema & batuk leh dijadikan punca konon2 aku tak sehat sangat. Isk2.. Jahat & keji tol perangai. InsyaAllah, aku tak buat lagik...

(^_^)

No comments:

Google