Monday, March 30, 2009

sunway lagoon

Menuju ke pintu masuk Sunway Lagoon. Ramai orang dok beratur nak beli tiket masuk.

Aku tak masuk ke dalam taman tema ini. Aku hanya gi ke pintu masuk & kaunter beli tiket sahaja. Tuk pemegang JCard yg tak tahu mengenainya, meh aku nak habaq.

JCard boleh digunakan di sini untuk mendapat diskaun sebanyak 25%. Bagi yg tidak mempunyai JCard, bleh tunjukkan myKad anda ketika membuat belian tiket. Diskaun yg diperolehi adalah 20%. Beza 5% je. Bagi yg kisah, 5% pun kena amek kira(cth orangnya adalah AKU).

Ahad yg lalu, aku menerima jemputan tuk bersama2 berjimba di Sunway Lagoon. Jemputan diterima malam Sabtu (hari Jumaat blah malamnya bagi yg tak tahu maksud malam Sabtu tu).

Puas aku timbang tara. Pagi Ahad baru aku bagi jawapan. Aku ngak mo ikutan. Banyak alasan2 yg dah aku listkan andai aku diaju soalan kenapa tak mo ikot. Hiksss...

Mujur juga aku tak jadik join. Kalau tak, mo aku PANAS. Manakan tidak. Janji kol 10 pagi. Kol 11 pagi baru sampai. Parking. Gi cari contact lens la. Kol 11 lebih baru nak beratur beli tiket.

Kepantangan bagi aku kalau kelewatan adalah disengajakan. Bikin panas sahaja. Aku tak suka menunggu orang. Oleh itu, aku juga tak suka membuatkan orang tertunggu2 aku.

Walaubagaimanapun, aku tetap ke sana. Sekadar meminjamkan JCard aku. Owhh... Bukan kerana itu sahaja aku aku sanggup ke sana. Ada misi lain sama. Tu pasal aku sanggup ke sana walaupun tidak join ke Sunway Lagoon.

Puas hati aku kerana dapat memiliki itu barang. Tak sabar menanti malam menjelma untuk bersama2 dengannya. Lalalala...

Apakah barang itu???

In the next2 entry, I'll reveal it. (^_^)

Mungkin suatu masa kelak, akan aku jejakkan juga kaki ke Sunway Lagoon. Mari kengkawan. Bersuka ria di sana.

Jam baru menunjukkan angka 12 tengahari. Awan hitam telah datang. Salah satu sebab aku tak join. Skang kan musim ujan. Kalau pagi tak ujan, kemungkinan petang akan hujan.

Tata Sunway Lagoon. Lain kali sy datang berjimba di sini. InsyaAllah...

Itulah kisah aku dengan Sunway Lagoon.

No comments:

Google