Wednesday, March 25, 2009

gemas, negeri sembilan

Sekitar majlis menyambut menantu belah lelaki. Sepupu aku tu perempuan. Kat felda ape tah. Maaflah. Aku tak hengat. Tak jot down kat memana pun. Lagik la tak hengat. Nak kena de buku jurnal kecik yg bleh di bawa rerata & bleh memasukkan maklumat2 penting. Hiksss...

Muka tak baper nak puas hati ngan cara pemanduan adek aku. Pastu, aku plak yg drive. Dah le kena pakai seat belt belakang. Mak aku asyik tak puas hati je bila aku lambat nak pakai seat belt. Isk2...

Yesss... Aku makan kat meja pengantin. Maser ni baru teringat nak amek gambar. Sblom2 tu, non ado. Dah le aku kena paksa bawa sireh junjung. Ni sumer salah Rizal. Patutnya dia yg kena bawa. Pastu pass kat aku.

Cousins aku yg mulanya malu2 nak makan kat meja pengantin. Pas tu diorang serbu tak hengat la. Saper malu, terlepas la nak makan makanan lazat. Sedap. Cara orang kampung masak. Ruginya aku pakai baju tu. Takleh nak sumbat bebanyak makanan. Takot pewot nampak buncit.

Camno leh tersesat si Bol kat tempat pompuan ni. Lelaki makan wing sana la Bol. Mesti la sana, makanan dah licin. Sumernya lelaki. Adek2 aku yg ikot ke Gemas, sumer makan kat meja pengantin.

Ni plak koleksi2 gambar ahli2 baru famili blah abah aku. Ada yg dah umur setahun lebih, baru aku bersua muka. Isk2.. Tu la.. Jarang sangat aku balik kampung.

Ni Iman. Nama penuh aku tak ingat. Dah pernah jumpa maser dia lepas pantang. Anak paksu aku. Yang bongsu. Ni paksu yg paling muda.

Ni anak abg cin. Tapi tak ingat nama ape. Banyak sangat ahli baru. Huhuhu... Bapa baby ni cousin aku. So, ni anak buah aku la. Dah macik aku ni.

Ni anak sepupu aku gak, Kak Na. Nama dia Sapiah. Dia ada adek baby boy. Takde gambar la. Adek dia baru 3,4 bulan.

Yg pakai baju pink nampak belakangnya saje tu, nama dia Hanis. Anak sepupu aku gak, abg Sham. Yg ni anak buah sulung. Dia baru dapat adek. Maseh dalam pantang. Yg pakai baju putih, nampak belakangnya jugak adalah orang yg baru bertunang hari sebelomnya, Rizal. Sepupu aku. Dia yg paksa aku angkat sireh junjung. Banyak no alasan dia bagi suruh aku gak yg angkatnya. Citttt... Nnti maser hari bersejarah ko. Aku pekena ko balik.

Kalau tak salah pendengaran aku, tahun ni sajer de 2 orang sepupu laki blah abah aku yg akan menamatkan zaman bujang. Sorangnya si Rizal ni la. Sorang lagik, abg Wan. Jenuh gak aku menahan telingan dipersoal ngan soklan cepu mas. Ni gara2 mulut Rizal la ni.

Abah aku buat2 tak dengar je biler aku kena tembak ngan soklan cepu mas. Adek aku pandang sipi2 kat aku. Aku je yg tabah menghadapinya. Sabar sahaja yg mampu aku lakukan. Bukan aku nak menolak menda2 tu sumer. Mungkin blom maser aku tuk menempuhinya.

No comments:

Google