AWAS!!!
ENTRY INI PANJANG..
Dari Gemas, kami sekeluarga ke PD (Port Dickson ye sayang). Kot2 le ade orang tak familiar ngan PD. Lalalala... Rasa cam PD makin menuju kesunyian. Aku tengok banyak hotel & rumah tumpangan yg seperti tak dihuni je. Mungkin tu hanya pandangan kasar aku. Hmm...
Bila sebut PD, aku teringat pada seorang sahabat lama aku. Kawan baik beb. Pernah berada di kotak hati ku. Bukan jodoh kami. Moga dia bahagia & gumbire.
Di PD, kitaorang dok 3 hari 2 malam. Bersama famili pacik & macik blah mak aku. De 4 famili semuanya. Paling best skali, kanak2 la. Sebab boleh berendam dalam pool puas2. Aku pun de gak turun pool. Melepaskan gian.
Satu scene yg tak menyenangkan berlaku pada petang pertama di situ. Mujur jugak cousins aku sumer dah naik ke rumah maser tu. Mununjukkan perlakuan yg amat tidak sopan.


De 2 gambar ni je. Aku not in the mood sangat petang tu. Baru sampai. Keletihan beberapa hari sebelom tu maseh lagik terasa. Berasa nak landing saje. Katil pun nyaman je & seperti memanggil2 aku.
Malam tu aku tido awal. Isi2 rumah yg lain kuar berjalan2. Budak2 gi layan movie citer Baby's Day Out. Orang2 dewasa gi tawaf resort tu. Pastu, diorang gi karaoke. Aku dok melepakkan diri dalam bilik sajor. Nak tengok tv pun takde citer menarek.
Kol baper ntah le aku terlelap. Aku tersedar dekat kol 12 tengahmalam. Riuh2. Diorang baru pulang. Aku ngak peduli. Tros lagik tido. Sampai ke pagi.
Sangat berterima kasih aku kepada semua2 orang kerana memberi peluang pada aku bangun lambat keesokan harinya. Kol 9 pagi baru aku kuar bilik. Dah siap mandi ek. Terasa segar lepas mendapatkan tidur lena lebih dari 8 jam.
Join macik2 aku siapkan breakfast yg memang dah ready pun. Aku tolong makan je lebih. Lalala... Parents aku, pacik & macik aku termasuk opah & cousin aku baru pulang dari berjalan2 di tepi pantai. Cousins aku yg kocik2, dah melompat mintak nak mandi kat pool.
Sedap plak nasi goreng pagi tu. Aku maseh lagik mood tak rajin nak mengambil gambar. Uhh... Makanan penuh meja. Tengahari nye menu ala kadar je. Tak ingat plak aku makan pe.
Petangnya, aku kuar ngan abah aku. Nak ngantor surat kat post office. Bercuti, bercuti gak. Apa yg penting, hal urgent perlu disetelkan. Balik dari pekan ngan abah aku, abah ajak daki bukit ke Tanjung Tuan Light House.
Bilik yg aku dok tak sama ngan bilik parents aku dok. Maser aku sampai tu, penghuni bilik satu lagik tu dah kuar. Aku dok sebilik ngan opah & cousin aku. Diorang dah gi daki bukit tu dulu.
Maser tu plak aku pakai skirt. Tgh angin nak pakai skirt. Bercadang nak tukar pakai suar. Baru selesa skit nak daki mendaki ni. Tapi sebabkan tak nak bazir peluang yg ada, redah je la ngan skirt.
Tinggi gak bukit tu. Part curam, memang membuatkan aku mengah gak. Lama tak bersukan. Lalalala... Sedar. Tapi malas nak peduli.








Malamnya plak ada sesi barbeque. No pictures la darling. Gambor di kamera orang lain, ada la. Aku makan dengan kuasa yg biasa2 sahaja. Burppp!!! Alhamdulillah... Abeh aktiviti barbeque dekat kot 11 malam.
Soknya, hari ke-3. Breakfast adalah menu orang putih. Bake beans, scrambles eggs, hash brown, burger. Hikss... Picture pun non ado. Asal letak je makanan, sekelip mata dah ilang disambar orang.
Lepas breakfast, budak2 dah terkinja2 nak turun pool. Hari tu plak hujan. Berendam mereka dalam pool bertemankan hujan. Ramai jugak yg terjun dalam pool hari2 hujan begitu. Aku pun ikot sama. Best la. Dengan kurang sinaran matahari, kurang jugak la proses pencoklatan kulit saya.
Walaupun percutian ini hanya sekejap. Cukup la buat nak berehat sebentar. Tapi aku ada satu lagik hajat. Isk2... Cam tak menjadi kenyataan je lagik. Have to wait after the 5 wiks project kot.
No comments:
Post a Comment