Wednesday, March 4, 2009

RM127

Marilah mari... Aku nak perkenalkan barang yg telah menyebabkan aku kekurangan RM127.

Ni la barangnya. Dalam keta dah suruh posing. Tak sabaq nak buka citer.

Dua tiga menjak ni, ramai btol yg concern ngan kesihatan diri masing2. Tak kurang jugak aku. Aku dah lama meninjau & mencari produk yg boleh digunakan tuk detox segala mala toksin dalam badan.

Suatu hari aku terbaca satu artikel yg telah membuat aku tergoda & teruja tuk mencubanya. Tak silap aku artikel tu aku baca dari paper. Kemudian gigih la aku google. Tu la gunanya kemudahan di hujung jari. (^_^)

Berjumpalah aku dengan apa yg aku kehendaki. Selepas meneliti & membaca testimoni dari pengguna2 yg lepas, aku terasa nak mencobanya plak. Tapi tak tahu berapa harga produk ni. Isk2..

Kena la menyinggah mana2 farmasi nak survey harga. Owh... RM135. Ni pun harga promosi sebab ada aku ternampak dalam paper jugak, retail price adalah RM160.

Tapi aku tak puas hati. Pasti ada harga yg lebih murah dari RM135. Tu pun kena kumpul duit dulu nak memilikinya. Dah a few months aku menabung tuk mendapatkan produk ni.

Tetiba aku terpandang plak iklan promosi jualan murah sempena sambutan ulang tahun Guardian. Gi plak aku survey lagik. Dan aku mendapati harga kat farmasi tu murah.

Bajet aku adalah RM135. Bila tgk ada yg lebih murah, bek aku sambar yg harga lebih murah. Walaupun sekadar murah RM8. Berguna beb. Di masa2 ekonomi tak baper nak menentu ni.

Aku blom mencobanya lagik. Disarankan mula program detoks di hujung minggu supaya badan dapat adapt ngan suasana baru. Program ni memakan masa selama 7 hari sahaja.

Saranan mengambilnya dalam 2 atau 3 kali setahun. Ikot keperluan. Nanti aku kasi update lagik bila aku dah mencobanya.

Sesiapa yg nak mengetahui lanjut produk ni, bleh la mengunjungi laman web mereka.

No comments:

Google