Monday, March 30, 2009

penantian sungguh menyiksakan

Cuaca yg sangat indah hari ini.

Tambah plak biler kena menunggu dalam cuaca yg panas. Walaupun ditemani penyaman udara di dalam kereta. Uhhh...

Tadi aku gi setel bil elektrik rumah. Bleh plak tak sampai bil elektrik kat umah. Aleh2 trime surat cinta berwarna kuning & tarikh akhir tuk buat pembayaran adalah esok, 31-03-09. Lambat bayar, kang tak pasal2 kami di rumah ber'earth hour'.

Camno earth hour korang???

Aku kuar awal dari time lunch hour ngan harapan tak perlu beratur panjang kat lane drive thru. Tapi sangkaan ku silap. Kena baris panjang dari biasa. Sabor je la. Nak bayar di kaunter kat dalam pejabat tu pun tak bleh. Parking udah penuh.

Saksikan la gambar2 ini.

Setelah aku berasa tahap kebosanan telah memuncak, aku teringatkan akan kamera hp ku yg berkuasa 1.3mp.

Bagi pelajar lepasan SPM yg berminat tuk masuk Uniten, leh la gi hari terbuka mereka. Tuk lebih nyata tarikhnya, sila click pada gambar tuk enlarge.

See. Orang parking keta sampai kat luar. Kat dalam, parking dah full. Ramai plak orang.

Aku yg terlelap menunggu giliran. Perabihkan minyak keta gue sajor. Uhhh...
***Ini adalah lakonan semata2. Tak fotogenik tol gue ni...


Maseh ramai lagi yg menunggu giliran mereka bila aku dah hampir tiba di kaunter. Yg sedang beratur, sila menunggu dengan penuh kesabaran seperti sabar nya aku menunggu giliran aku tiba. Tolong jangan ada yg potong q pada masa2 genting seperti ini. Orang dah penat beratur, aleh2 ada yg potong q. Buat panas tol...

Terima kasih buat mereka & juga aku yg sabar berbaris dengan panjangnya. Sabar itu adalah separuh daripada iman. Aminnn...

No comments:

Google