Tuesday, April 21, 2009

seorang pun baik juga

Kadang2 rasa jemu bila dah selalu sangat ke hulu ke hilir sesorang. Sampaikan weekend pun kena abehkan masa sesorang. Bukan nak minta simpati dari sesiapa. Hanya mahu meluahkan perasaan. Suatu perasaan yg aku rasai semalam sewaktu sedang lunch, berseorangan. Hmm...

Aku tak kisah bila kena menyelesaikan tugasan berseorangan. Arghhh... Terlampau banyak perkataan seorang yg aku gunakan. Baru 2 peranggan je.

Ahad, aku bercadang nak menonton movie. Dah tekad nak kuar walaupun seorang. Tak kisah la. Dah biasa pun. Lagipun hanya nak nonton wayang saja. Abeh nonton, aku pulang la. Dah bangun awal & bersiap. Tapi last minute, aku cancel.

Hmm... Senang gak kalau cadang sorang2. Bila cancel tetiba pun takde saper nak hangin ngan aku. ***Ayat penyedap hati.

Aku sangkakan semuanya akan pulih kembali walaupun tidak seperti sedia kala. Tapi aku ada menyimpan harapan agar ianya pulih. Harapan aku adalah sia2. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

Disebabkan itu, aku sudah seperti mahu mengalah. Biarlah. Aku dah letih ngan perasaan2 emo. Aku bukan hanya mahu berkongsi kesedihan & kelukaan bersama2. Aku mahu kongsi suka duka bersama.

Ahhh... Sukar tuk diluahkan ngan kata. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Bila dah berubah, takkan sama dengan yg dahulunya. Aku harus redha menerima semua itu. Dugaan kecil saja ni..

Bila melihat orang lain bergumbire berdua, bertiga & beramai2, aku hanya mampu tersenyum menumpang kegembiraan mereka. Aku bergembire berseorangan. Pathetic sungguh rasa itu.

Sedih. Dengan suasana skang. Ini hanya ujian kecil sahaja. Aku tak mahu susahkan sesiapa melainkan keluarga aku terutama sekali adek2 aku. Itu kalau diorang sudi membantu.

Ahhh.. Awal2 sudah mahu emo. Patutnya mulakan hari dengan sesuatu yg ceria. Ini sebaliknya pula. Aku hanya ingin berkongsi sedikit rasa. Dah lama tak jiwang2 camni. Hiksss...

Ok la.. Aku akan jadik insan yg kuat. Menempuh segala ujian2 kecil yg di depan mata. Ujian kecil saja ni. Nak lihat betapa kuatnya iman aku nak menghadapi ujian.

Harap kalian juga kuat menghadapi ujian2 yg menimpa.

No comments:

Google