Tuesday, April 7, 2009

NO MORE home sweet home

Banyak benda yg berlaku semenjak 2 menjak ini. Banyak insiden yg melibatkan perasaan a.k.a emo yg -ve. Uhhh... Nyah la perkara2 yg tidak menyenangkan itu. Tak tau yg mana yg nak mula dulu. Maybe aku nak sambung part 2 hari tu kot.

Let's begin part 3.

Petang semalam sekali lagi aku dikejutkan dengan ketidakpuasan si pembantu itu. Uhhh... Aku dah cool pun. Aku dah cuba lupakan segala kejadian tidak manis yg lalu.

Kali ni kisah air masak plak.

Ya Allah... Dugaan apakah untuk aku ini. Tertekan btol la. Pasal air masak pun tak puas hati.

Macam ni la. Kadang2 aku terlupa nak topup bekal air dalam bekas air aku tuk di bawa ke opis pada sebelah malamnya. So, pagi sebelom aku gi keje aku topup la air.

Pompuan si pembantu tu tak puas hati biler aku buat camtu. Alasan dia, dia PENAT nak kena masak air.

Astaghfirullahalazim...

Ko penat nak masak air???? Bukannya air tu nak kena angkot dari perigi pun. Buka pili je dah kuar air. Air pun bukan ko yg bayar. Air masak je. Bukan nak kena bancuh pun. Isk2...

Tertekan tol la aku. Sedangkan pacik & macik aku pun tak bising aku nak minum air masak. Bukannya hari2 aku buat perangai camtu. Kadang2 je. Seminggu sekali pun jarang2 la.

Selalunya aku akan amek air yg dah sejuk dari heater. Pastu aku masak lain air tu. Tapi kalau air yg tengah panas, yg baru lepas masak, takkan aku tros nak tuang masuk ke dalam botol air kot. Ada akal ka???

Yg sampaikan perkara tak puas hati ni saper lagik kalau bukan si cousin aku. Sian plak kat dia tak pasal2 je kena jadi penyampai. Tak mampu rasanya aku nak luahkan kepada pacik & macik aku. Diorang dah banyak tolong aku.

Tak paham betol la aku ngan si pembantu ni. Saper la yg dok hasut dia. Haihhh...

No more home sweet home. Rasa kalau aku balik umah tu bikin panas hati je. Tak aman dah rasanya. I need to do something.

Owh.... De lagik satu insiden semalam. Lepas maghrib tetiba cousin aku sampaikan kat aku yg pembantu umah tu nak cakap ngan aku. Panggil aku ke bilik die.

Pekejadahnya semua ini????

Ko nak cakap ngan aku, ko yg cari aku. Bukannya aku cari ko. Aku dah panas dah. Tak sudah2 lagik ke nak cari gaduh ngan aku.

Kalau tak kerana dikenangkan aku ni hidup menumpang, aku dah lawan balik rasa tak puas hati aku ini. Tapi aku sabarkan je la.

Aku cakap balik. Kalau dia nak cakap ngan aku, dia datang cari aku. Buat apa aku plak nak kena cari dia.

Lepas ni tak tau pe lagik pesanan dia nak sampaikan.

Agaknya pasni si pembantu tu warning aku supaya tak makan nasi yg dia masak. Tak makan lauk yg dia masak. Sebabnya dia dah penat2 masak, aku plak tau makan je. Biar makanan tu basi tak dimakan takpe.

Pastu aku tak boleh guna toilet. Sebabnya nanti kotor. Dia gak yg penat kena cuci. Kain baju aku pun tak bleh basuh. Kang dia penat nak kena basuh(guna mesin basuh), sidai, angkat, lipat & iron. (Macam la kain baju aku penuh 1 mesin each time basuh baju. Office wear selalunya aku basuh guna tangan. Tangan aku la. Aku sidai sendiri.)

HOIIIIII!!!

Abeh tu tugas ko sebagai pembantu rumah tu buat apa??? Dok goyang kaki je kat umah??? Tengok tv. Pastu gi sembang2. Tak mo buat apa2.

Semalam jugak baru aku tahu satu perkara. Tak terkejot sangat. Tapi membuatkan aku hangin jugak la.

Cousin aku ada 2 orang. Sorang pompuan, si kakak & adeknya lelaki umur sekitar 3 tahun. Yg kakaknya 5 tahun.

Bila adek punggah mainan, si pembantu ni tunggu si kakak balik dari tadika & suruh si kakak tadi kemas. Wah2... Sodap plak ko ngarah budak kecik tu.

Agaknya pembantu tu tertekan kot bila aku suka tanya kat cousins aku petang2 bila balik keje diorang dah makan ke belom. Kadang2 aku tengok budak berdua tu cam kelaparan lebih je bila aku pelawa diorang makan. Tu yg aku spot check skit.

Haihhh... Macam2 ragam. Aku dah nak lupakan hal tu sumer. Aku cuba perbaiki apa yg kurang. Tapi si malaun tu tah pe lagik yg dia tak puas hati. Nak aku bersemuka ngan dia.

Bior setel hal ni. Kang sebab aku dia tak mo keje, sian plak kat macik & pacik aku. Takde orang nak tengok2 budak berdua tu. Takkan nak harapkan opah aku plak kot. Haihhh...

Mungkinkah sebab sedara si pembantu yg keje ngan kakak macik aku tu berhenti sebab kena buat banyak keje menyebabkan dia pun sama nak buat mogok. Alahai... Banyak mana sangat la keje dia.

Kekadang manusia ni lekas lupa diri. Tak bersyukur dengan apa yg mereka ada. Dah cukup baik rasanya layanan kami sekeluarga??? Makanan dikongsi bersama. Tempat tinggal pun diberi. Bukannya tidur takat berlapikkan tikar je. De tilam lagik. Rumah yg nak kena dijaga tu pun sekangkang kera je. Sabtu & Ahad aku tengok pembantu tu rileks skit.

Ni la rutin hari2 si pembantu.

Pukul 6 lebih bangun. Kemas rumah. Rumah means ruang tamu & dapur yg sekangkang kera. Sapu & mop lantai. Bilik tak perlu kemas melainkan bilik sendiri.

Pastu on mesin basuh. Dah siap mesin membasuh, gi jemur baju. Pastu siapkan cousin aku gi tadika.

Sementara nak tunggu si adek bangun, dia cuci la toilet skit2(takde plak aku tgh tiles toilet tu shining bling2). Pastu rileks. Owh... Maybe la dia masak tengahari pe yg dia nak makan. Tuk cousins aku makan sekali.

Biler jemuran dah kering, angkat & lipat. Pastu rilek lagik. Sampai malam. Time dia free kena tengok2kan budak 2 orang tu. Dah besar pun diorang. Bukan kena diulit setiap masa. Cuma kekadang bila angin pahlawan masing2 datang, diorang bertekak.

Malam plak, lepas makan, kemas meja, simpan pinggan. Dalam kol 9 malam or 10 malam dah berkurung dalam bilik.

Susah ke korang rasa keje dia sebagai pembantu kat umah aku dok kalau nak bandingkan ngan pembantu2 lain??? De setengah pembantu tu kena keje non stop dari matahari terbit sampai matahari terbenam. No time nak rehat2 & gosip2.

Ni bukan pembantu pertama yg aku pernah tinggal dengan. Sebelom2 ni aku pernah je tumpang umah macik aku yg dolu dok USJ.

Pembantu macik aku yg tu lagik la kena jaga 4 orang anak macik aku. Umah macik aku plak teres 2 tingkat; luas. Famili macik aku yg tu jenis sarapan & dinner tak miss punya. Kalau hari cuti x gi memana, lunch pun makan di rumah jugak.

Yg pembantu skang ni, breakfast hari keje tak payah buat. Kalau dia nak makan, dia sediakan la breakfast tuk diri sendiri. Makan la apa yg ada kat umah tu. No hal. Hari minggu je la kena sedia breakfast, bukan selalu. Tu pun jadi pembantu je. Macik aku head chef.

Aku jarang la breakfast kat umah sebab weekend aku selalu kuar. Tak pun aku gi lepak kat umah macik aku kat KL. Haihhh...

Manusia ni rambut je sama hitam. Hati lain2.

Letih la ngan perasaan yg ada skang ni. Nak balik umah dah rasa tak seronok.

Banyak sebab kenapa aku tak dok sendiri. Sebab paling utama adalah tidak mendapat keizinan. Tambahan plak bila ada kemudahan (sedara tinggal berdekatan & keje plak ngan sedara mara).

Begini la nasib anak perempuan. Kalau anak laki, rasanya sonang jo parents gue bagi permission tuk tinggal sendiri. Kecuali kalau aku dah berlaki. Mesti la nak ikot laki I. Hiksss...

No comments:

Google