Monday, April 6, 2009

hari panas!!!

2,3 hari yg lepas sejak satu kejadian panas, aku asyik ditimpa scenes panas. Menguji kesabaran sesungguhya. Bermula hari Jumaat, berlarutan ke hari Sabtu. Sabor je la.

Awalnya janji ngan seorang sahabat aku tuk berjumpa setelah sekian lama tak jumpa. Janji kol 11 pagi. Takde la awal sangat. Lagipun hari tu memang aku tak tido lepas subuh.

Sengaja aku kuar awal sebab nak setelkan a few things sebelom ketemu ngan sahabat aku tu. Jam 10 pagi aku dah gerak.

Sebelom gerak aku sms sahabat aku tu ajak brunch. Pesan supaya dia tak payah breakfast. Aku boikot nak breakfast kat umah. Pagi sebelom kuar umah pun de scene bikin aku panas gak. Isk2...

Aku gumbirekan hati aku sendiri. Pujuk kata tak baik buat muka tak puas hati, kang lekas tua lak muka tu. Dah le ngan jumpa sahabat yg dah lama tak jumpa. Rilek r...

Nak cool kan diri. Cakap sesorang la kaedahnya. Tapi hanya hati je bersuara. Kuar kot mulut aku cakap sesorang, orang ingat aku weng plak. Miahaha...

Kol 10.30 pagi, sahabat aku mesej kata dia lambat. Aku plak maser tu dah tiba ke tempat yg dijanjikan. Haihhh...

Kena tunggu dia dalam 1 jam setengah sebab katanya around 12 pm dia sampai. Aku ngan pewot kosong tak breakfast lagik sabarkan pewot yg dok mintak di isi.

Dekat2 kol 12 kot dia call kata lambat skit. Huhhh???

Dah dekat kol 12 p.m kater lambat skit???

Tapi sebab lama tak jumpa, takpe la. Aku sabar je menanti. Dah cam orang biol je. Menunggu & menanti sesuatu yg tak pasti.

Penyudahnya aku tunggu sampai kol 2 pm. Tak larat dah nak tunggu. Dia pun bukan nak call or sms. Aku gak yg terhegeh2 gi cari dia.

Aku kater aku nak balik dah. Tuk menyedapkan hati dia (walhal tuk sedapkan ati sendiri) aku kata la takde pe2 tunggu dia lama. Sempat la aku window shopping.

Hmm... Tipu je aku ni. Dalam hati kecik dah tersemat 1 perasaan. NUMB.. Tak tau nak gambarkan camne masa tu. Rasa cam orang bodoh.

Kot ye pun u can't make it, just let me know. I won't angry. Dia gi entertain ayah dia. Sumpah la, aku takkan marah kalau dia cakap dia nak gi entertain ayah dia. So, have to cancel our meeting.

Kalau dia gitau camtu siang2, aku takde la semat sekelumit rasa ingin ketemu itu. Aku tak rasa ternanti2 cam piang je. Uhhh...

Sorry for the words I'd used.

Aku btol tak kisah kalau disebabkan famili dia terpaksa cancel kan perjumpaan kitaorang.

For me, family 1st. Apa2 pun family akan di dahulukan. Walaupun dah berjanji ngan kawan2. Kalau last minit plan dari family, aku akan cancel janji dengan kawan.

That is my priority. Mfs telah ku khabarkan itu. Haihhh... Tetiba teringat plak kat dia. Hmm...

Gue memang panas hari Sabtu tu.

Lastly, isi pewot seorang diri jugak. Mujur la food can entertain me. Hahahaha...

Tu je la luahan hati ku ini. Sempat nak mengarang panjang skit sblom pulang. Dah hampir siap mengemas. Sakit pinggang. Dok la mengarang meluah perasaan sat.

No comments:

Google