Friday, April 24, 2009

sedang elok untuk berchenta

Tajok adalah sangat kontroversi. Hiksss...

Bukan aku tujukan tuk aku. Aku mahu merujuk kepada keadaan cuaca skang ni. Kat tempat aku. Kat tempat korang, walallahualam.

Kat sini, area KL-Shah Alam, cuaca adalah panas & berangin. Memang enak kalau gi picnic tepi tasik mahupun outing bersama rakan2. Tuk berdating pun bagus jugak. Aku agak skang ni nak masuk ke musim kemarau kot.

Semalam, sewaktu aku dok ngukur UM, cuaca camni jugak. Teringat plak kisah dolu2. Bersoka ria bertiga di Putrajaya. Maser tu enjoy je rasa. Dapat menghabiskan bersama insan yg paling rapat dengan aku & yg aku sayangi. (^_^)

Abaikan kisah lampau itu. Aku nak membuka lembaran kisah semalam sahaja.

Yupss.. UM, Universiti Malaya. Suasana ala2 uni aku jugak. Banyak pokok2. De tasek. Tasek kat um seindah mata memandang. Tak cam tasek kat uni aku. Terbior aje rupanya. Aku tak pernah jejak kaki kat situ pun. Huhuhu...

Semalam aku ke um sebab gi site visit. Setakat ni, aku pernah masuk UPM, UiTM, UMT , UniKL & uni aku termasuk yg terbaru adalah UM. Wah... Syiok jugak dapat lihat suasan uni lain. Suka nak bandingkan ngan uni aku.. Uni aku tetap da best. Hikksss..

Tempat site visit semalam jauh dari tempat berkumpul. Kat tempat site visit tu plak ruang parking adalah terhad. Solution nya adalah kami2 yg nak melawat tapak dibawa ke tapak dengan menaiki bus. Bus kontot sahaja.

Lebih kurang cam bus yg ada kat uni aku dulu. Aku dulu adalah pengguna bus yg tegar. Sampai ke final sem, lepas dah pujuk & nego ngan abah aku, baru aku dibenarkan bawa keta. Syaratnya, petrol adalah tanggungan aku.

Kena pandai2 bajet la. Mujur de kawan yg sudi tong2.

Haihhh... Biler bab imbas kembali, suka benor aku. Nak menyingkap lembaran lama.

Kembali kepada kisah semalam. Dah abeh site visit, nak pulang semula ke tempat parking keta. Tunggu punya tunggu, bus tak tiba lagik. Mujur la time tu ada gak pompuan gak. Kire ada la aku geng. Kalau sesorang, jenuh mati kutu.

Sebab lama dah menunggu, tapi kelibat bus tak juga muncul, aku dengan 2 orang kakak yg aku baru kenal tu wat keputusan tuk jalan. Masa kejadian adalah jam 12 tengahari. Matahari tepat atas kepala.

Mujur aku pakai suar. Dua orang kakak yg aku baru kenal tu pakai baju kurung. Hazab gak lah. Sorang tu pakai heels dalam 2 inci camtu. Perghhh.. Kental. Akak tu yg mula suggest tuk jalan. Sebagai orang muda, aku tak kesah. Adventure skit.

Pastu dah separuh perjalanan, bus baru datang. Kitaorang tahan la bus tu. Haram driver nya nak stop. Bengong tol. Dah le yg lain yg sedang tunggu bus adalah jejaka2. Hoiii...

Berapi je. Aku ngan 3 orang kakak tu komplen2 la. Dah le dah patah balik tu, still driver bus tak stop kan bus tuk tumpangkan kami. Apakah sangat kejam???

Len kali, takyah baik hati nak nek bus bagai. Bawa je keta sendiri. De je yg drive ke tempat lawatan tapak semalam. Tapi semalam, aku memang takde pilihan lain melainkan nek bus jugak. Keta aku takleh kuar. Dah kena block ngan mereka2 yg dtg lewat. Uhhh..

Maser tunggu ngan kitaorang tu, de lagik 2 orang pompuan. Tapi diorang dtg berdua. Dua2 ditemani seorang lelaki. Haihhh...

Pe2 pun. Selepas 20-30min berjalan kaki, selamat kami sampai ke tempat letak kereta. Aku tengok muka 2 orang akak yg jalan ngan aku tu maintain je. Maintain tu dari segi kejelagaan la. Aku nyer muka dah burn giloss..

Pe2 pun, seronok plak berjalan camtu sambil ditemani angin sepoi2 bahasa. Jalan tengahari rembang pun takde hal. Terasa badan ringan skit. Hiksss... Tapi lepas kejadian tu, aku tibai makan, rasanya aku gain balik lemak2 yg dah burn masa berjalan tu.


~~~Masa berjalan tu aku pakai wedges. Kureng siksa skit dari 2 orang akak yg jalan sama aku tu. Diorang pakai heels. Sorang tu pakai dalam 1/2 inci je. Yg sorang lagik tu dalam 2 inci. Cian akak tu. Jalan slomo je. Kaki aku melecet. Pe tah lagik mereka yg pakai heels. Ari ni aku bantai pakai selipar jamban je gi opis. Ehehehe...

No comments:

Google