Tuesday, April 21, 2009

UniKL MIAT

Jumaat petang lepas pulang dari keje, aku memanjangkan langkah ke umah macik aku di KL. Lomah jo rasa sendi2 ni bila nak kena drive jejauh camtu. Memanglah tak jauh mana dari Shah Alam nak ke KL. Tapi sebab jem, jauh beb rasanya.

Aku memang menyampah tol ngan jem. Tu pasal seboleh2 & semahu2nya aku nak balik dok ngan parents aku kat hometown. Takde apa dah buat aku kat sini. Sumernya dah tinggal sejarah & kenangang. Aku pun dah mula rasa mual nak kena habiskan masa seorang diri. Selalu camtu. Tak tau nak gambarkan betapa lonely nye perasaan bila dari emo.

Kalau tak emo, takde plak rasa lonely sangat. Bila emo je terasa lebih lonely. Hiksss...

Perjalanan yg kebiasaanya memakan masa 35-45min, jadi sejam lebih. Kagum aku ngan orang yg hari2 berulang & hari2 terperangkap dalam jem. Naik kenderaan awam pun jem jugak. Padat ngan manusia. Nak kena berhimpit2.

***Hoi2... Penulis blog. Anda dah melalut lebih. Back to what tu wanna tell. Ni dah tersasar sesajor..

Hajatnya gi umah macik aku, nak bagi duit yg mak aku kirim. Pastu soknya plak nak ke Dengkil. Ngantor adek aku tuk test & interview. Betapa baiknya kakak mu, lihatlah adek ku. Hiksss...

Dulu aku tak baper ngam sangat ngan adek aku no 2. Skang ni, terlebih ngam plak. Dia suka sangat pekena aku. Cittt... Opah aku sampai heran. Aku kalau berdepan ngan adek aku tu, mesti asyik nak tergelak2 je.

***Eh2... Terlari tajuk lagik. Kembali ke jalan yg benar. Uhhh...

Jauh siot UniKL Miat tu. Ceruk sesungguhnya. Aku memang tak tau nak short cut kot mana dah. Sesat masa nak pergi. Nak balik pun sesat gak. Haihh... Pastu aku pow adek aku makan nasi beriani kat Bangi tu. Sodap sehh...

Ramai sungguh orang a.k.a dak2 lepasan SPM yg hadir sesi ujian & temuduga nak masuk Miat. Adek aku kata, ujian IQ yg diorang bagi tu susah. Mujur jugak interview session adek aku tak lama.

Sangat bertuah jugak kitaorang sampai awal. Walaupun sesat, tetap awal kitorang sampai kat Miat tu. Kol 8.30 pagi dah jejak kaki kat situ. Tapi dah de orang lagik awal dari kitorang.

Cian gak kat adek aku sbb tak sempat breakfast. Aku riso kelewatan je. Lagipun tempat tak biasa pergi. Takot gak kalau lelambat. Sesat mencari jalan lagik, kang lewat plak.

Aku geram tol ngan signboard yg de. Kejap ade, kejap ilang. Cam chipsmore. Hangin je. Aku la nak kena drive. Aku nak kena baca signboard. Nak kena laju2 lagik. Haihhh...

Adek aku tolong gak baca signboard. Tapi orang tengah debar2, takkan aku nak push lelebih. Cian gak. Aku kan kakak berperikemanusiaan. Lalalala...

Adek aku sedang menunggu giliran tuk interview session plak. Tapi adek aku terlindung plak oleh akak tudung pink.

Sepanjang jalan besar nak ke Dengkil, seketul signboard pun takde menunjukkan arah UniKL. Sila la amek perhatian pihak2 yg terbabit. Bantulah orang2 yg nak mencari jalan.

Mujur skang ni dah maju. De internet, de gps, leh google. Dolu2 guna map. Tapi aku lomah skit nak baca map. Lagipun cam kelam kelibut skit. Tak praktis ma. Abah aku suka la jadi pembaca map.

Masa nak balik pun sosat jugak. Kuar dari UniKL around 10.30pagi. Kol 11.45 pagi baru sampai ke Bangi. Tu pun aku dah give up. Kuar je kot highway. InsyaAllah dah tak sesat. Memang tak sesat. Kena tol RM5.20. Torkojut jugak. Ehehehe... Aku kedek skit skang ni.

Pintu masuk utama. Dah lain bonar rupanya. Mase ni adalah sangat awal pagi ye. Blom kol 8 pagi pun. Sebab tu cam kelam je gambor. Elok plak keta aku yg paling depan sekali.

Naper aku beria sangat nak ke Bangi??? Tompat nostalgia. Tempat jatuh lagikan dikenang, ni kan plak tempat bermanja. Eh silap la. Tempat belajar. Hmmm...

Malam sebelom tu ada aku janji ngan Puan Zam nak gi umah dia. Dia dah gubra semacam. Suruh aku mai aroun 10 am. Dia nak masak tuk aku. Haihhh... Terharu sungguh.

Tapi disebabkan tempat yg aku nak gi tu jauhnya lebih 20km dari Bangi, tak kuasa aku nak patah balik ke Bangi. Pastu nak kena amek adek aku semula. Jalan adalah sunyi & lenggang. Aku adalah tak baper nak berani. Lalalala...

Next time la aku gi lawat Zamira. Segan plak nak ke umah dia. Orang dah kawen ni. Baru kawen lak tu. Namo ganggu privacy mereka. Ehe...

Blom kol 2 petang, aku dah sampai balik ke Shah Alam. Punya la ngantok. Kol 3 petang aku tertido sampai kol 6 petang. Punya la lama. Dah lama aku tak balas tidoq siang camtu. Kenyang sama kot, pekena nasi beriani gam. (^_^)


~~~Dari pintu masuk ke UniKL dah leh nampak highway. Kan sonang kalu dari highway tu turun je tros ke UniKL. Lebih kurang cam situasi matrik Penang. Btol2 tepi highway. Beberap jengkal je. Tapi nak masuk ke matrik tu melalui saluran yg benar, kena pusing agak la beribu2 jengkal dari exit highway.

No comments:

Google