Monday, August 4, 2008

tercalar

Adushhh... Gi mana boleh berlaku??

Lain kali ukur baju kat badan sendiri. Jangan ukur baju kat badan orang lain. Nanti akan kelihatan seperti baju pinjam. Ahaksss.. Aku bukan nak bercerita pasal baju la. Aku nak bercerita sedikit pasal bf aku yg tercalar semalam dalam percubaan aku nak masuk parking yg muat2 tuk sebuah kereta. Tapi disebabkan kereta disebelah yg telah masuk parking lebih awal amek space yg terlebih sudah, maka aku punya kesukaran tuk masuk parking yg kosong itu.

Dengan keyakinan yg sedikit bahawa bf aku muat tuk masuk parking tu, aku telah tersondol botol pengadang parking. Uwaaa... Akibatnya, timbul sudah bukti kecalaran. Gi mana ni?? Harus bagaimana aku nak membuatkan bukti kecalaran itu tidak kelihatan. Aku sudah yakin yg muat tuk bf aku mengisi ruang yg cukup2 makan tu. Mungkinkah sebab aku terlebih yakin, maka timbul peristiwa yg membuatkan timbul calar. Uhhh...

Sebelum ni, pernah berlaku perkara yg sama. Tp menimpa kereta mak aku. Cuak beb. Tp mungkin tak kelihatan sebab tempat calar tu di tempat yg sukar dilihat. Kali ni keadaan berbeza. Calar yg dapat dilihat jelas dgn mata kasar. Tak dapat disorokkan dari penglihatan mak aku. Huhuhu...

Weekend ni sekali lagi parents aku akan turun sini. Tuk kenduri menyambut disebelah lelaki pulak. Last 2 weeks kan cousin aku kawen. Kali ni menyambut belah lakinya plak. Yg sedikit lucunya adalah kerana jarak antara rumah cousin aku ngan umah mentuanya bukan jauh mn. Kenduri menyambut hanya dilakukan 2 minggu berselang. Aku takde nak komen pe2. Terserah kepada tuam empunya diri.

Owh.. Bila terpandang je bf aku, aku jadi sayu. Kasihan. Usia belum mencecah 1 tahun telah pun tercalar dek kerana kesilapan aku. Ulang tahun pun belum dirai lagik. Aku yg lalai telah membuatkannya tercedera. Tak parah. Tapi luka kecil telah membuatkan hati ku terusik. Huhuhu...

No comments:

Google