Thursday, August 14, 2008

lagi2 kisah pembantu

Sementara aku masih ingat ni baik la aku terus mencoret walaupun bilangan entry hari ni kelihatan seperti banyak dari hari2 biasa yg lain. Hmm...Begini la aku. Mencoret bergantung mood aku. Pagi tadi aku agak sedikit mengantok. Beralih hari, aku dah mula rasa ok skit.

Ceritanya berkisar dengan pembantu pacik aku yg aku selalu aku dok sebut dalam blog aku ni la. Nak ke korang kenal a.k.a tgk rupa dia?? Kalau punya kesempatan, nanti aku potretkan khas tuk kalian. Mungkin juga tuk tatapan aku di hari muka. Ehehehe... (I miss the smiley icon.)

Baru je lagi aku khabarkan korang pasal pertunangan bibik tu. Semalam opah aku menyampaikan kepada aku juga kepada majikan bibik, macik aku mengenai rancangan bibik bernikah ngan pasangannya hujung bulan Ogos ni. Haihhh... Cakap serupa kelly ng tol. I tak paham. I malas nak amek port pun sebenarnya. Tp terganggu juga.

Bukan terganggu dek jeles bibik nak kawen. Terganggu sebab ngan perangai bibik yg makin hari makin berlemak. Mula2 kata nak balik beraya kat Indon. Pastu kata mak dia nak datang raya kat M'sia. Tak jadi balik Indon. Walhal masa tu macik aku dah beli pun tiket tuk bibik balik Indon masa raya nanti. Kemudian dia kata plak nak bertunang. Ok lagik. Nak cuti raya ke rumah pamannya di Alor Setar. Ok lagik. Dah tunang mesti la nak kawen, ye dak??

Tup2 timbul plak kes dia kene bedal kat muka ngan pacar yg mana satu pun aku tak tau. Katanya kes cemburu buta. Dah asyik melayan je. Laki tu dah tangkap syiok la ngan bibik. Alih2 tau kata bibik dah de pacar lain. Terus kene debik sekali kat mata. Yg paling tak tahan, guard kat umah kitaorg plak yg sibuk2 bising kat bibik. Majikan dia, diamkan aja. Me??? Aku hanya menumpang. Tak punya kuasa tuk bersuara.

Lepas tunang ari tu katanya nak kawen lepas raya. Masa raya tu nak gi umah pamannya di Alor Setar. Nanti pamannya datang jempur & hantar balik ke Shah Alam. Alor Setar - Shah Alam, bukan satu jarak yg dekat. Hmm... Aku serah kepada majikannya sahaja.

Kata tak jadi balik Indon sebab dah mak bibik nak datang sini. Tapi macik aku tak cancel lagi tiket flight dia. Suka tol bibik ni main tukar2 plan camtu. Kalau aku la majikan, dah lama meletup. Haihh. Orang dah layan macam apart of family tp dia plak seakan tak mo menghargainya. Not in my power to judge. Hmm...

Plan berubah lagi. Bibik kata nak balik Indon masa raya haji. Balik ngan laki dia. Fening ke tak??? Aku je la yg rasa fening. Dia dah cuti banyak hari. Lebih dari hari aku nak bercuti. Tak boleh jadi ni. Kompem, I have to make sure that my leave for end of this month is approved. PLEASEEE... I have a plan. Pray for me too.. Hmm...

Berita terbarunya plak pasal bibik nak kawen 31 Ogos. Soknya InsyaAllah kita semua akan mula berpuasa.

Naik takot plak ngan pembantu ni. Baru semalam dua kes telah berlaku melibatkan pembantu rumah (yg ni yg kuar dalam berita la). Ngeri rasanya. Dapat pembantu yg baik tu dah kira bertuah la. Kisah pertama aku baca dalam paper the star pasal pembantu memukul seorang tua yg dijaganya hingga pengsan. Kekasaran yg dilakukan pembantu itu dapat dilihat dari cctv yg dipasang di rumah. Mujur juga ada cctv. Kalau mereka yg takde cctv tu camner??

Kisah kedua plak yg tersiar dalam Buletin Utama mengenai seorang majikan bergelar jururawat yg ditikam oleh pembantunya. Dalam surat khabar yg aku baca hari ni, punca pembantu tu naik berang bila wang yg dia minta kat majikan dia, majikan dia tak nak bagi. Terus ditikamnya majikan dia. Haihh... Macam2 ragam..


***Dunia dah maju, zaman dah berubah @ dunia dah berubah, zaman dah maju. (Petikan iklan promo Berita Harian versi kompak/kecil yg menjadi tag line kazen aku, Syafiq skang.)

No comments:

Google