Monday, August 18, 2008

masa

Hari ni aku banyak bergelut dengan masa. Bukannya aku bergusti. Tu cuma perumpamaan sahaja. Ye la. Bermula dengan post kehulu kehilir itu. Dah la dengan keadaan di luar yg kelihatan begitu mendung berserta hujan & angin. Terasa damai.


Masa aku nak kuar gi bank tu, tak sangka plak yg jam sudah hampir 12 tghari. Aku sampai kat kawasan bank tepat kol 12.00. Gi setelkan beberapa perkara (bank in duit & bukan tuk aku pun + buat bank draf). 14 minit kemudian, aku dah selesai semua perkara. Kerana kat bank tak ramai orang. Tu yg cepat je dah selesai. Balik semula ke pejabat. Nak kena kuar plak pastu.


Prepare segala borang2 & dokumen2 yg perlu di submit. Aku tak begitu yakin dengan waktu operasi syarikat kerajaan. Tapi aku main redah juga kuar time lunch. Kol 12.44 aku kuar balik. Nak ke pejabat PKK. Kuar time orang kuar lunch, memang payah la nak dapat parking. Beberapa kali aku pusing area tu baru la dapat parking. Tu pun kira last choice la.


Dah le sepasal lagi nak kena memusing cari pejabatnya. Call la bos aku tanya. Cepat skit aku jumpa pejabatnya. Bila dah ketemu awal, kecewa plak aku. Kene tunggu lagi 30minit kerana pejabat tutup. Isk2...

Pergi la aku merayap membunuh waktu yg terluang. Walaupun tak lama mana 30minit tu. Kat bawah opis tu de jualan. Jualan sempena Aidilfitri kot. De jual baju kurung, jubah, tudung & beberapa barangan lain lagi. Kalau nak list, panjang plak nanti. Ehehehe... Aku berjaya mengawal godaan. Aku sekadar mencuci mata sahaja. Walaupun ketemu tudung yg aku berkenan, tapi aku tak beli pun. Takde nafsu. Ehehe..

Tengok jam. Lagik 15minit. Lalu kat depan McD. Teringin plak nak memakannya. Disebabkan aku dah lama tak nyum2 fast fud, maka aku pertimbangkan tuk lunch McD. Tapi kalau nak makan time tu memang tak sempat la. Kang terkocoh2. Tak best. Teruskan la perjalanan membunuh masa. Singgah masuk kat Guardian.

Pusing2 dalam tu. Aku menyaksikan 1 kejadian. Scan kat pintu kuar Guardian tu berbunyi masa de seorang pompuan kuar dari kedai tu. Orang tu macam tak terganggu ataupun tercenggang langsung ngan bunyi yg mebingit tu. Budak2 kat cashier jerit panggil pompuan itu, "Akak, akak..."

Bukan sahaja panggilan tu tak disahut, malah pompuan tu terus jalan menonong. Yg cashier tu plak dok terpingga. Sampai la sorang cashier ni gerak nak kejar pompuan tu. Separuh jalan je kejar. Pastu masuk balik. Aku bukan nak kata pompuan tu ambil barang dalam Guardian tanpa bayar. Tapi kemungkinan tetap ada. Cuba kalau inventori diaorang nanti tak seimbang, baru la diaorang akan sedar de barang kecurian. Kes camni besa terjadi.

Pengalaman cousin aku keja sekejap sebagai cashier pun banyak kerenah manusia yg dia jumpa. De yg cuba nak selinap kuar sebotol kicap. Isk2... Memang pengguna ada hak. Tapi pengguna takde hak nak mencuri. Huh..

Ok la.. Lepas menyaksikan kejadian tu, aku pun terus masuk perut lif yg terletak bersebelahan ngan Guardian. Naik tingkat 3. Pejabat dah buka. Gi serahkan borang pemohonan. Sekejap je. Kerja selesai dalam tempoh 10-15minit. Tu pun sebab aku kena tunggu sekejap orang yg terlebih dahulu tiba tuk uruskan urusan diaorang.

Dah setel, aku gi McD. Tapau je la. Spicy Chcken Mac Duluxe. Hajat di hati nak tibai gold medal set. Tapi sebab semalam dapat silver je, patah selera. Hahaha.. Bukan sebab tu la. Aku tak nak tamak. Tu pasal aku amek set biasa je. Gold medal meal tu aku lebih tergoda ngan gelas diaorg tu je. Ehehehe...


Gerak la aku menuju ke bangunan sebelah tempat aku parking kereta. Selesai bayar parking ticket, kol 2.39pm aku dah berada dalam kereta nak gerak balik. Sebelum gi ke kereta, sempat juga aku singgah ke MPH. Tp tak bernafsu juga nak membeli walaupun novel yg aku nak tu berasa betul di depan mata. Ahakss... Bagus la kalau aku selalu camni.


Sampai kat depan opis kol 3.00pm tepat.

Owh... Cepat sungguh masa bergerak hari ni. Hati aku pun senang + girang je rasa. Bagus kalau setiap hari begini. Takde la aku teras busan. Hiks..

Btw, burger aku tak makan lagi. Hajat dihati nak simpan tuk dinner kang la. Makan kat umah. Nanti boleh perangat balik. Yummy!!! Baru masyuk nak makan.

No comments:

Google