Monday, August 25, 2008

aku dan touch & go

Kisah ini berlaku pada hari Jumaat yg lalu. Aduhh... Kalut & gabra semacam je aku ni, kan?? Tapi nak buek camno. Dah itu aku. Aku cuba memperbaikinya.

Hari Jumaat petang masa aku gi hantar cousin aku naik train kat Batu Tiga. Memang klakor tol. Tu la akibatnya orang yg tak berhati2 macam aku ni. Disebabkan aku malas nak lalu jalan tak highway, aku pun lalu la jalan highway. Dah memang menjadi kebiasaan aku, seboleh mungkin aku akan gunakan kemudahan tercepat yg aku ada. Yg aku ada hanya touch & go. Ok la tu. Ada dari takdak langsung.

Dalam kad touch & go aku ada la beberapa lagi baki. Boleh la nak guna pergi & balik trip hari tu. Lepas dari hantar cousin aku tu, aku melencong jap la ke Tesco. Tak rasa nak pulang terus ke rumah. Bukan nak cari dinner. Tapi sengaja nak jalan2 cuci mata. Dapat la beberapa barang yg memang aku cari. Kol 8 malam, aku pun bergegas la pulang. Sebenarnya aku ni takot2 berani. Hahaha...

Takot sebenarnya balik malam. Sesorang plak tu. Tapi aku tabahkan hati. Banyakkan berzikir. Bila masuk dalam kereta, cepat2 aku kunci pintu keta. Start enjin. Pasang lampu. Undur kereta. Eh, lupa plak nak gitau, aku juga tak lupa memakai seat belt. Ehehe... Kang korang kata aku pemandu tak berhemah plak. Hahaha...

Hari plak baru lepas hujan. Sejuk & nyaman je rasanya. Dah masuk highway, aku dengan konfiden & tanpa ragu2 masuk ke lorong touch & go, sebab masa aku nak keluar dari kereta nak masuk Tesco memang aku perasan kad tu ada kat celah pemegang pintu. Memang aku konfiden la yg kad tu masih kat situ bila aku dah masuk lorong touch & go. Aku buka tingkap, gagau nak amek kad, tetiba takde.

Cuak beb...

Mana plak peginya. Haihhh...

Tuk tidak membazirkan masa sebelum ada kereta ada belakang keta aku, baik aku undur & bayar cash je. Jauh jugak kaunter bayar cash yg buka hari tu. Selang 3 or 4 lorong dari lorong touch & go. Huhuhuhu...

Bila aku masuk je lorong tunai, budak yg jaga kaunter tu menyapa aku dengan mesra sekali. Adakah dia menyaksikan kejadian itu???

Aku rasa ya..

Tak perlu la aku membuat apa2 penjelasan pasal tu kat budak penjaga tol itu. Hahaha... Pengajaran tuk aku, lain kali make sure dulu kad tu kat mana. Mesti korang tertanya2 ada ke tak kad tu dalam keta. Kad tu memang ada dalam keta aku. Rupa2nya kad tu dah jatuh ke bawah kerusi. Aku riso ingatkan dah cicir kat mana2. Haihhh...

Walaupun baki dalam kad tu banyak mana, tapi masih boleh digunakan. Aku pernah kehilangan kad touch & go suatu masa dahulu. Dah le dalam tu ada lebih kurang RM20-RM30 kredit. Haihhh... Kad dulu tu gunanya masa nak kuar date. Ehehehe...

Tu la kisah aku & touch & go. Walaupun kisah ini sedikit basi, tapi tetap nak stori. Kenangan.

No comments:

Google