Friday, August 15, 2008

setahun; graduasi

Genap sudah setahun majlis graduasi aku. Hmm... Pantas masa berlalu. Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Usia bertambah dari tahun ke tahun.

Bersama sahabat baik ku di hari graduasi kami.

Sepanjang satu tahun aku bergelar graduan, pengalaman yg luar biasa yg pernah aku alami adalah bergelar seorang guru. Walau hanya sebagai guru ganti. Tidak pernah terlintas di fikiran ku tuk bergelar seorang guru. Alhamdulillah, aku berjaya mengharungi cabaran itu.

Selain dari majlis graduasi, perkara yg menggumbirakan aku adalah ketika bercuri bersama2 keluarga ke Langkawi. Terasa cepat betol masa berlalu ketika bercuti. Tahun ke mana pula keluarga kami ingin bercuti? Aku tak punya idea. Tunggu dan lihat sahaja.

Aku punya kenangan pahit & juga manis pada hari graduasi ku ini. Pertama... Owh.. Tak berdaya aku nak mengkisahkan di sini. Mungkin lebih baik aku simpankan sahaja jauh di sudut hati ku ini. Biarkan kisah itu terus menjeruk di situ. Tak perlu diimbas lagi. Mungkin...

Teringin rasa hati tuk sekali lagi memakai jubah graduasi dah mengambil skrol di pentas. Hmm... Mungkinkah akan terjadi?? InsyaAllah.. Akan ku usahakan. Aminn...

No comments:

Google