Thursday, August 14, 2008

satu peratus

Rasanya ramai yg telah bersorak keriangan setelah mendapat berita yg menggembirakan hati semua. Alhamdulillah, akhirnya pihak PTPTN dah bersetuju nak menurunkan caj perkhidmatan kepada 1%. Ada banyak terms dalam ayat dalam berita yg tak berapa aku fahami. So, aku ulas yg mana aku paham sahaja la.

Menurut kefahaman aku, kadar caj ini mula berkuat kuasa dari 1 Jun 2008. Bermula dari Disember nanti, pihak PTPTN akan mula menghantar surat persetujuan kepada peminjam yg telah pun tamat belajar (Yg ni tuk orang yg membuat pinjaman ngan PTPTN sahajala. Kalau korang pinjam ngan agensi lain, takde la plak dapat persetujuan berbagai ini.). Surat persetujuan ini kena segera dikembalikan kepada pihak PTPTN dalam tempoh sebulan. Kalau tak, mereka akan mengenakan peminjam dengan kadar yg lama jika surat persetujuan tidak dikembalikan.

Maknanya, yg aku dah bayar tuk bulan Jun, Julai, Ogos yg lepas tu gi mana ya???

Nanti pihak PTPTN akan guna lebihan yg aku dah bayar, deduct dalam baki yg tinggal, camtu ke?? Aku ni lemah skit. Kalau baca statement dari PTPTN pun kena amek beberapa ketika tuk aku betul2 paham sepenuhnya. Haihhh... Lumpy sungguh...

Lagi satu, bagi kengkawan aku yg menangguh pembayaran PTPTN kononnya nak tunggu caj perkhidmatan ni turun dulu, ni aku nak gitau dari pemahaman aku ngan laporan dalam akhbar hari ni. Caj perkhidmatan baru ni hanya sah tuk baki tertunggak bermula dari 1 Jun 2008 sahaja. Baki sebelum dari tarikh itu akan tetap dikenakan caj perkhidmatan yg sama iaitu 3% untuk ijazah sarjana muda manakala untuk ijazah sarjana & PhD dikenakan caj sebanyak 5% (Ini pemahaman aku yg tak seberapa).

"Untuk jumlah terhutang sebelum 1 Jun lalu akan didarabkan denhan satu pertaus setahun atas baki tempoh bayaran balik," kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin. (Aku petik dari akhbar Berita Harian)

Yg petikan tu aku tak paham macam mana perkiraan mereka nanti. Nak jugak aku tengok apa perubahan yg dah pihak PTPTN lakukan. Aku ni selalu gak mudah terkelentong ngan kata2 manis. Haihh...

Tetiba teringat kisah aku membeli tiket wayang berharga RM22.00. Aku bayar ngan sekeping RM50.00. Dak kat kaunter tu boleh pulangkan kat aku baki kurang sepuluh ringgit. Masa tu plak kat belakang aku punya ramai orang dok beratur nak beli tiket. Takkan aku nak dok kat kaunter tu lagik mengira sekeping2 baki yg aku terima. Walaupun aku tahu aku punya tuk berbuat demikian. Kesian plak kat orang2 belakang aku. Kononnya aku tak nak menjadi seorang yg pentingkan diri sendiri sahaja.

Mujur ada sahabat aku. Aku merujuk kepada Dj berapa baki yg patut aku terima. Sebab aku dah mula rasa was2. Bila kira balik, baki dalam tangan tak sama ngan baki yg aku patut terima. Pe lagik. Terus aku merujuk kepada kaunter tadi tuk memintak balik baki yg berkurangan. Elok je budak tu bagi. Tanpa banyak soal. Dj, menenangkan aku dengan mengatakan yg budak tu sedar kot dia salah kira. Tu yg bila aku mintak duit aku balik, dengan rela hati tanpa sebarang pertanyaan balas balik, dia pulangkan baki wang aku yg kurang RM10 itu. Hmm... Betol ke?? Cuba kalau aku tak patah balik ke kaunter tu, kenyang dak tu dapat extra sepuluh ringgit. Isk2...

Dua tiga kali dak tu kira baki nak bagi kat aku. Bleh dia tak perasan. Ok2... Manusia kekadang wat kesilapan. Aku tahu itu. Kejadian dah lepas pun. Harap dia tak ulanginya lagi. Kerja dengan lebih berhati2. Jangan wat kerja separuh hati je. Pernah juga aku terima baki lebih, aku pulangkan balik. Sedangkan kurang 20sen pun aku mintak kepastian. Ni kan pulak RM10. Hmm... Kelemahan aku yg sukar dibaiki. Selain dari masalah kira2 yg selalu saja aku tak konfiden. Masa kat sekolah dulu, terer tol aku congak. Ehehehe..


Opsss... Terlebih sudah saya menceceh. Dah lebih 99%. Nak citer 1% je. Undur diri dulu. (^_^)

No comments:

Google