Thursday, August 14, 2008

rukun negara + negaraku

Tetiba saja aku teringat pasal Rukun Negara. Aku cuba untuk ingatkan kembali kandungan dalam Rukun Negara. Tapi aku tak mengingati keseluruhan Rukun Negara itu. Haihhh... ***ginko biloba plz...

Ni buat tatapan kengkawan yg tak dapat nak recall kembali kandungan Rukun Negara yg selalu kita recite dalam perhimpunan di sekolah rendah & menengah. Dah menjadi satu kewajipan buat semua pelajar menghafal kandungan dalam Rukun Negara ini.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Ha.. Sekarang korang dah dapat flash back balik??

Selalunya kat belakang buku rampaian sekolah kita mesti ada catatan Rukun Negara berserta dengan yg ini (seperti di bawah)

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

* mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
* memelihara satu cara hidup demokratik ;
* mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
* menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
* membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Selalunya, kat sekolah kita hanya baca Rukun Negara yg warna biru tu je. Rukun Negara selalu dibaca selepas nyanyian lagu Negaraku. Kebiasaanya kat sekolah aku, seorang pengawas akan mengetuai pembacaan Rukun Negara ni.

Hmm.. Bercerita pasal lagu Negaraku, terimbau kembali kepada suatu peristiwa yg berlaku beberapa tahun yg lepas. Dalam satu rancangan realiti tv M'sia. Ada menguji betapa Malaysian nya rakyat M'sia dengan menyuruh mereka menyanyikan lagu Negaraku. Ada yg tak tahu rentak. Ada yg tak ingat langsung bait2 dalam lagu Negaraku itu sendiri. Malu sungguh. Isk2..

Buat kawan2 yg mempunyai masalah ingatan macam aku yg tetiba tak ingat isi kandungan Rukun Negara (tapi bait2 lagu Negaraku aku tak lupa). Dipersembahkan lirik dalam Negaraku :-

Negaraku, tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup, bersatu dan maju,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta.
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta.


***Sekadar me'refresh' kembali ingatan aku.

No comments:

Google