Friday, August 1, 2008

sudah jatuh ditimpa tangga

Itulah perumpamaan yg sesuai ngan kisah aku hari ni. Isk2..

Kisahnya bermula dengan masalah yg menimpa data centre kat opis ni. Aku pun gumbira boleh bersuka ria. Bila tengahari je bos plak suruh aku gi bank. Bank in kan duit. Aku gumbire skali lagi sebab bleh la aku kuarkan skali duit aku. Alang2 dah gi bank. Jimat. Jimat masa, tenaga & juga petrol.

Masa ni la malang menimpa aku. Pertama sekali kecelaruan yg aku alami semasa nak masukkan pin no. Punya la lama dah aku guna no pin tu. Sejak aku mula2 de atm card. Tak silap aku sejak tahun 2001 kot. De dalam 7 tahun. Cam ne la aku boleh celaru. Aku teragak2 nak masukkan no pin. Aku stop. Tak teruskan transaction. Cuba menenangkan kepala otak.

Sebelum tu, masa nak berurusan kat kaunter pun masalah gak. Tapi masalah kecik je. Masalahnya sistem no giliran tak dapat digunakan. Kembali kepada sistem la. Kene beratur. De la beberapa ketika aku kene beratur. Selesai urusan kat kaunter yg aku nak pi keluarkan duit aku tak dapat.

Biler dah try 2kali, aku pun stop la. Takot kali ke-3 kalau, kad atm aku kene telan. Yg sedikit menghairankan aku tu, lepas plak sampai urusan baper banyak wang aku nak kuarkan. Pastu tanya aku nak resit ke tak. Lepas aku tekan ya, kuar arahan suruh aku masukkan balik pun no aku. Maser tu la, timbul balik kekeliruan aku. Aduhyaiii... Wat happen to me ni? Getting older. Ahakss.. Ya rite..

Naseb la permasalahan yg timpa aku ni hari ni. Hari bekerja. Bank pun buka lagik. Biler aku rujuk kat customer service, dia kata kad aku dah kene block. Penyudahnya aku kene buat kad baru. Huh.. Terbang RM12. Bukan tu aja. Masa aku terbazir juga. Tak lupa, tenaga & juga petrol. Serve me rite. Nak jimat sangat. Langsung tak leh jimat. Pengajaran tuk aku, len kali toksah dok berkire over the limit.

Aku kene gelak sakan. Ngan kecuaian aku. Ntah ke mana terbangnya pemikiran aku masa tu. Sampai no pin aku sendiri pun aku bleh blur, lupa, keliru, celaru. Huh.. Teruk betol la aku ni skang. Penyakit apa dah menimpa aku. Yg pasti penyakit sasau. Dok teringat je. Hmmm...

Alhamdulillah. Aku dah dapat kad baru. Esok baru bleh guna. Actly, petang ni lepas kol 5 dah leh guna. Tapi tak rajin plak aku nak gi bank. Tak jauh dari bank ada pasar malam. Gerenti sesak. Td pun dah mula sesak. Save for tomorrow plak. Mintak2 sok sumernya ok. Aminn... Kalau tak, de orang kene belanja aku on Sunday. Lalalala...

No comments:

Google