Friday, August 22, 2008

setel

Alhamdulillah.. Setel sudah permasalahan yg berlegar di dalam kepala otak aku ini. Pe permasalahn itu??? Aku dah type earlier, tapi terlupa plak nak bawa pen drive (semangat aku nak menceritakan kebingungan aku sampai dah type earlier & save dlm pen drive) aku itu. Maka nya tiada la story panjang. Aku pendekkan je la.

Semalam aku rasa gelisah, dok tak diam sebab memikirkan mahu minta tolong dengan siapa. Siapa yg dapat menolong aku. Hmm... Bukan takde kawan2/keluarga untuk aku minta bantuan. Tapi pengalaman telah membuatkan aku sedikit serik. Tambah plak bantuan yg aku cuba dapatkan agak sedikit rumit. Seboleh mungkin aku elak nak minta bantuan orang lain selagi aku mampu nak menyelesaikannya.

Kedengaran seperti aku egois. Bukan sebab ego, aku tak suka bunyi2 yg akan keluar bila bantuan diberikan kepada aku. Kira macam bantuan yg aku perlukan kalau dilaksanakan pun selepas itu akan wujud bunyi2 yg tak enak. Seakan rumah sudah siap; tapi pahat masih berbunyi. I don't like that situation. Aku pun pernah begitu. Memberi pertolongan tak ikhlas. Pastu dok merungut. Hmm...

Sekarang aku dah tak perlu runsing lagi. Apa yg bermain dalam fikiran aku telah selesai. Aminn..

Moga segalanya berjalan dengan lancar. Aminn...



***Jangan ditanya pada aku siapa yg aku maksudkan di atas. Aku cuba melupakan insiden itu walaupun aku tahu yg aku tak mampu lagi lupakan insiden itu sekarang. Tapi pasti suatu masa nanti aku dapat mengatasinya seperti aku mengatasi ketegangan yg pernah berlaku suatu masa dahulu. Hmm...

No comments:

Google