Monday, August 4, 2008

I'm Not Single

Filem arahan Piere Andre. Semalam aku gi menontonnya. Pada hemat aku, cerita ni so & so sahaja. Nak kata best sangat pun tak juga. Nak kata bosan pun tidak la juga. Banyak juga part lucu yg boleh membuatkan penonton ketawa berdekah-dekah. Ramai sungguh orang semalam. Terpaksa kami berbaris melingkar2. Ingatkan dah keluar awal macam tu dapat elakkan diri dari kesesakan. Suatu peristiwa telah berlaku. Ahakss..

Kembali kepada penceritaan mengenai filem yg aku tonton ini.

Kisah Maya, 21, & Adam, 22, yg dinikahkan atas kehendak keluarga masing2. Masih adakah situasi sebegini sekarang ni?? Mungkinkah anak2 akan menurut perintah ibu bapa mereka yg mengaturkan jodoh untuk anak2?? Persoalan yg aku biarkan korang menjawabnya.

Adam & Maya menerima perkahwinan yg telah direncanakan oleh keluarga mereka. Pada masa yg sama, Maya telah mempunyai kekasih hati bernama Dani. Mereka telah merancang tuk berkahwin. Tapi Maya telah dulu dikahwinkan dengan Adam.

Dani cemburu sehingga menuruti Maya ke rumah pusaka keluarga Adam. Tujuan mereka ke sana adalah tuk ber'honeymoon'. Sampai sahaja di sana, perkara pertama yg dilakukan oleh Maya adalah membuat sempadan, yg pada aku agak kelakar yg jugak. Sampai dinding pun nak buat sempadan. Wat sempadan kat lantai dah le.

Maya mempunyai penyakit di mana dia berjalan dalam tido. Part tu pun mencuit ati jugak. Paling kelakar biler Maya geram ngan Adam yg leka bermain PS. Pastu Maya bleh gi switch off tempat letrik. Abeh kelam la Adam. Dengan game yg dia main belum di save. Muahahaha..

Malam pertama diaorg tido sekali. Ni lepas scene Maya padamkan kuasa elektrik masa Adam tgh main PS. Ngigau si Maya ni.


Owh.. Citer pasal Dani aku dah ketinggalankannya di belakang pulak. Dani menuju ke tempat penginapan Maya & suaminya. Di tengah jalan dia terjumpa Lisa yg motornya telah rosak. Nak dijadikan jodoh mereka, motor Dani turut tak dapat dihidupkan. Ujan pulak turun dengan lebatnya. Terpaksa mereka berdua mencari tempat berteduh.

Pertemuan Dani & Lisa.

Pe lagik aku nak citer???

Baik korang gi tengok sendiri je la. Tapi aku terasa nak citer pasal penyudah citer ni.

Sudah pasti happy ending. Mujur Maya menyedari perasaan sebenar dia kepada Adam sebelum terlewat. Akhirnya juga Dani mampu nak melepaskan Maya pergi. Memang sukar kita nak melepas pergi seseorang yg kita sayang. Amat sakit.

Bahagia juga mereka akhirnya. Babak ni sedikit mencuit hati. Cam gatal2 skit pun de gak. Muahaha...

Penghujung citer ni pun agak kelakar. Aku cuma rimas skit dengan scene Ahmad & David. Rasa cam menyemak je. Kalau takde diaorang pun lagi bagus. Ni hanya pendapat aku. Seorang manusia kerdil.

Pelakon tambahan yg aku rasa sedikit menganggu. Takde pun takpe. Hmm..

Beberapa konflik wujud. Tp cam anti-klimaks la. Ada yg rasa seperti tak kesampaian je. Hmm...

No comments:

Google