Wednesday, August 20, 2008

bersemangat

Agak panjang post aku ari ni.. Yg berbentuk tulisan itu adalah yg telah aku sediakan semalaman. Aku tak punya ruang untuk menonton tv. Maka, aku memerapkan diri aku yg kerdil ini dalam bilik. Sementelah, lama sudah aku tak usap kesayanganku itu. Ehehehe...

Mula2, aku punya 1 idea sahaja tuk menceritakan mengenai sahabat lama. Kemudian, timbul satu lagi. Dan satu lagi. Jadinya 3 post terawal adalah hasil karya aku semalam. Yg baru aku publish hari ni plak adalah yg telah aku draft semalam. Nak masukkan gambar dulu. Baru nak publish. Tu yg kelambatan skit.

Haihh... Peperiksaan makin hampir. Aku pula semakin tak rajin nak membaca akhbar. Busan ngan isu yg sama yg dibangkitkan oleh pemberita seperti kat negara kita tak de kisah lain. Isk2... Tgk berita kat tv pun kekadang aku tak punya kesempatan. Sebabnya malas nak berebut tv. Bila dah diaorang tgk kartun, malas aku nak gi berebut. Beralah je la. Itu yg aku dah biasa buat sejak aku kecil. Sampai pernah tersentap gara2 terlalu kerap kena mengalah.

Semalam aku roger mak aku. Syiok tol mak aku. Cuti 2 hari. Hari ni baru mula kerja. Adek2 aku yg bercuti, 2 orang dah pulang ke sekolah. Tinggal yg besor sekali je kat umah. Manja la dia. Hahahaha..

Mak aku excited citer kat aku yg diaorang dah gi shopping baju raya. Wah, advance. Tak cam tahun lepas. Last minutenya shopping. Tahun ni, belom sempat puasa lagi dah shopping. Dah menjadi kebiasaan dalam keluarga aku, beli pakaian baru bila time nak raya je. Cuma skang ni bila aku dah pegang duit sendiri, aku beli pakaian bila aku terjumpa yg berkenan & kena plak ngan bajet aku.

K la.. Time for lunch dah tiba. Nak gi nyum2..

No comments:

Google