Wednesday, August 13, 2008

Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban iaitu 15 Syaabn jatuh pada hari Ahad, 17 Ogos 2008. Ia membawa maksud, separuh bulan Syaaban. Aku nak letak artikel pasal amalan di bulan Syaaban. Tapi rasa was2. Korang baca je la link yg aku beri ni & korang bawa2 la berfikir & renungkan. Mana yg korang rasa nak ikot, ikot la. Kepercayaan ataupun kewajipan. Wallahualam...


ARTIKEL 1 (Bacaan lanjut, klik pada pautan)
Amalan nisfu Sya'aban ini adalah adat Melayu dan ia bukan peristiwa yang disyari'atkan.


ARTIKEL 2 (Bacaan lanjut, klik pada pautan)
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a.


ARTIKEL 3 (Bacaan lanjut, klik sini.)
DALAM bulan Syaaban, terdapat satu malam yang dikenali dengan 'Nisfu Syaaban' iaitu malam yang mempunyai keistimewaan dan merupakan salah satu malam yang paling mustajab (doa dimakbulkan), malam pengampunan dan merupakan malam yang penuh dengan rahmat.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, dari Yahya ibni Abi Khasir, dari Irwah dari Aisyah Radiallahuanha berkata yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala menurunkan rahmat-Nya (memakbulkan doa) pada malam Nisfu Syaaban ke langit bawah (langit dunia), maka Allah Subhanahu Wata'ala mengampunkan hamba-hamba-Nya lebih banyak bilangannya daripada bulu kambing kabilah bani Kalib.''

Sebahagian ahli hikmah berkata: "Sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk minta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan pada bulan Ramadan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.''


ARTIKEL 4 (Bacaan lanjut, klik pada pautan)
Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.



~~~Wallahualam~~~

***Aku sekadar berkongsi apa yg aku tahu. Hmm...

No comments:

Google