Thursday, August 21, 2008

gps system

Fening skit kepala saya bila membaca yg kebanyak terms tak dapat akal sy bayangkan. Huhuhu.. Baru2 ni aku ada pergi site visit. Rasa rugi plak tak amek gambar bebanyak. Walaupun hanya mengguna kamera fon, ok la. Dari takde langsung. Aku sempat snap 5 keping gambar je. Yg berguna de la dlm 1 or 2 keping gambar je.

Gambar2 tu mungkin berguna tuk arkitek membuat cadangan lukisan memandangkan tender ini adalah jenis design & build. Hiks... Aku pun baru nak bertatih belajar skit2. Next week bos aku nak suruh aku wat task kat KL. Yg haru skit tu sebab jalan kat KL bukannya aku mahir sangat. Alangkah indah & permainya jika saya mempunya GPS (Global Positioning System). Menatang tu nanti dapat memandu arah aku ketika sedang memandu di kala aku tidak mempunyai co-pilot. Ehehehe...

Saper tahu mana nak dapat GPS ni harga reasonable. Seboleh mungkin biar function hanya tuk GPS sahaja. Tak perlu yg fon ada GPS or pda de GPS. Takmo yg multi function. Aku lebih gemar kalau gunanya GPS hanya memandu arah.

Mungkin bila dah ada GPS ni kaki aku akan makin panjang bergerak ke. Ehehehe.. Kemungkinan itu berlaku hanyalah 20-30% sahaja. (Aku lebih suka dok melepak kat rumah memandangkan kalau aku keluar merayau pitih ku akan mengalir selaju ari paip. Ada je yg terlintas dalam kepala aku tuk membeli walaupun benda tu hanya la satu keinginan bukannya satu keperluan. Aku perlu berjimat. Membeli hanya yg menjadi keperluan sahaja. Menabung tuk masa depan. Teman??? Tanpa teman pun aku masih boleh merayau-waktu siang sahaja.)





***Tetiba tadi aku ter'flash back' kisah suatu masa dahulu. Rasa cam tengok wayang. Aku mengaitkan satu peristiwa kepada peristiwa yg satu lagi yg telah membawa kepada pertemuan itu & kisah yg berlaku seterusnya selepas itu. Hmm...

No comments:

Google