Wednesday, August 20, 2008

tukar selera skit

Hari ni aku makan lauk yg berbeza. No paru goreng bercili. Teringin nak makan ayam masak merah plak. Yg tak dilupakan adalah kuah asam pedas. Yummy!!

Kalau kat umah pun, bila de peluang masak, mesti aku nak buat asam pedas tumis. Cara sendiri je la. Asalkan ada rasa asam pedas kira dah ok la tu. Ehehe... Dah lama aku tak main masak2. Dah berkarat kot skill aku ni.

Lauk pauk yg aku amek hari ni, kuah asam pedas + ayam masak merah + kerabu kacang botol. No pic to share wif u guys sbb aku tak bawa turun fon masa gi lunch tadi. Tak rajin. Duit pun aku letak dalam poket suar je. Tu la gunanya kalau pakai suar. Sebab tu juga la aku lebih selesa kalau baju kurung aku ditempah. Bleh suruh tailor tu tambah poket.

Maseh lagi aku nak bercerita pasal aidilfitri yg bakal datang. Aku dah hantar baju gi tempah. Baju kurung biasa je. De terdetik dalam hati nak belajar menjahit baju kurung. Dulu aku pernah belajar menjahit. Tapi sekadar separuh jalan je.

Kalau punya skill menjahit walau hanya sekadar menjahit baju kurung sahaja, boleh membawa keuntungan. Tambah plak bila tiba musim raya or kenduri kendara. Ehehe... Perancangan dah ada. Tindakan je yg belum dibuat. Haihhh..

Ni dah bagai melepaskan batuk ditangga. Teruk tol aku ni. Hari ni kurang terasa masa bergerak sepantas 2hari yg lalu. Tapi tak rasa plak masa lambat bergerak seperti selalu. So n so je la.. Ehehehe...

No comments:

Google