Thursday, August 28, 2008

tugasan disetelkan dgn pantas

Hari Ahad, 24/08/08 aku berada di sini. Cuba teka di mana tempat ni??

Yupsss.. Tepat. Ia adalah KL Sentral. Tujuan aku ke sini adalah tuk membeli tiket naik ke Genting la. Takot juga kalau main terjah je nanti takde plak tiket. Haa.. Nangis la kitaorang masa tu nanti. Ehehehe.. Alhamdulillah. Tiket pergi & balik telah berjaya di beli.

Masa aku tengah nak beratur membeli tiket, ada 1 couple arab nak naik Genting. Pe motif aku bagitau korang??? Takde pe2 motif pun. Saja nak bgtau. Aku pun takde terfikir pe2 bila tgk couple tu. Diaorang beli tiket tuk hari Jumaatnya ni bersamaan 29/08/08 punya trip. Tiket bus + skyway + theme park ride. Semua nya berjumlah RM42 per person kalau aku tak silap.

Aku keluar sesorang. Owh.. 1st time aku turun KL merayau sesorang. Tak lama pun aku kuar. Sekejap sangat. Sampai pacik aku terkejut yg aku balik cepat. Ehehehe..

Dah selesai kerja aku membeli tiket, aku gi isi pewot. Sorang2. Yesss.. I'm a lone ranger. Tak kesot pun kalau sesorang. Nak makan kat McD ramai la plak orangnya. Jadi aku pilih nak makan kat Rasamas. Lagipun dah lama aku tak makan porridge kat situ. Favorite aku tu.

Uhh.. Tapi itu dulu. Skang dah tak jadi favorite aku dah. Isk2.. Dah le makin mahal. Skang ni dah takde ayam yg dalam pan. Diaorang dah racik siap2 ayam masuk dalam mangkuk. Skit je plak tu. De carrot. Mentah tol. Takde celur ngan air panas skit pun. Dah rasa cam aku ni rabbit plak makan carrot mentah camtuh. Hiksss..

Ni la rupa buburnya bersama dengan carrot mentah yg lebih sesuai tuk di makan oleh rabbit. Aku je yg cerewet nak makan carrot mentah tu. Isk2...

Nak balik tu kena tunggu plak komuter yg bapak lembab kalahkan siput khinzir je. Kena tunggu lebih dari setgh jam. Gara2 de masalah kat mana tah. Masa tu hari hujan. Dari orang skit sampai la orang dah ramai. Nasib aku baik. Bila train sampai selepas stgh jam menunggu, train tu stop betol2 depan aku. Pintunya la. Bukan train tu nye kepala yg stop depan aku. Ehehehe..

Ni adalah train ke dua yg menghala ke Sentul kalau aku tak salah. Train ke Pelabuhan Klang tak sampai lagi. Huhuhu..

Tak perlu aku nak berebut. Tolak2 orang. Dan aku siap dapat duduk. Alhamdulillah. Cuma de satu hamba Allah ni telah membuatkan aku berasa sedikit tidak puas hati. Tp untuk menegur aku rasa tak punya kuasa. Aku hanya mampu mengeluh. Isk2...

Ada satu kisah di sebalik gambar ini. Nanti aku storykan.

Aku keluar dengan pantas & pulang dengan pantas. Setibanya aku dari KL Sentral, dengan pantas aku berlari ke kereta & terus pulang ke rumah. Takde singgah mana2 pun. Train yg aku naik ke KL Sentral, dalamnya berwajah baru. Train pulang pula, maseh dalam keadaan lama. Apa2 pun, alhamdulillah aku telah selamat pergi & pulang..

No comments:

Google