Monday, August 18, 2008

terlepas peluang keemasan

Aku tak anggap post ni satu kelewatan buat aku. Sekadar ingin memberi pendapat & pandangan. Patutnya sepagi2 tadi aku dah keluarkan post ni. Tapi tak kesempatan nak menaip & menyudahkannya. Ahakss.. Kelihatan seperti aku sibuk??? Mungkin juga. Seperti dalam post aku terdahulu, aku kena kehulu & kehilir serta post aku bertajuk masa. Betapa masa itu begitu emas. Ehehehe...

Pe yg aku nak citerkan kat sini adalah mengenai misi semalam yg tak tercapai. Dia dah mencuba sehabis baik. Tapi nasib tak menyebelahi dia. Siapa lagi kalau bukan Lee Chong Wei. Ketangkasan Lin Dan tak dapat dinafikan. Mata yg diperolehi Chong Wei adalah kerana kesilapan yg dilakukan oleh pihak lawan. Mungkinkah sebab Chong Wei tak merasa resah nak menghadapi saingannya yg merupakan pemain no. 1 dunia itu telah membuatkan Chong Wei seakan over confident. Tambah plak khabar2 angin yg singgah di telingan yg mengatakan Chong Wei dapat menewaskan Lin Dan sedari awal peringkat saingan lagi. Kata2 ini diluahkan sendiri oleh rakyat di China.

Tp yg pasti, tuah bukan disebelah Chong Wei. Walaupun kita semua kecewa dengan kegagalan Chong Wei tp cuba korang bayangkan pula kekecewaan Chong Wei sendiri. Dia dah hampir sangat dengan pingat emas. Hmm...

De beberapa teori yg telah aku buat semasa menyaksikan persembahan Chong Wei yg tidak memberansangkan itu. Pertama adalah mungkinkah ketangkasan Lin Dan disebabkan pengambilan dadah sebab dia langsung tak kelihatan penat. Tak seperti lawannya Chong Wei. Selain memiliki badan yg lebih gagah, ketangkasan & ketepatan setiap pukulan Lin Dan. Kagum2. Lompatan tinggi & penuh tenaga oleh Lin Dan adakah disebabkan kasutnya yg berspring??? Kemudian, the last teori aku adalah ketiadaan sokongan daripada buah hati Chong Wei. Sedangkan buah hati Lin Dan ada menyaksikan perlawanan penting semalam. Beberapa kali kamera dok fokus kat buah hati Lin Dan.

Tu semua teori yg aku sendiri buat. Korang tak perlu percaya. Tapi pasal pengambilan dadah tu, aku berkongsi pendapat ngan kakak MaiH. Ehehehe... Sama la plak. Gi mana mo buat. Kebetulan yg tak disengajakan.

Selamat isentif yg telah ditawarkan oleh kerajaan untuk atlet yg memenangi pingat emas di sukan olimpik. Owh... Betapa tak kenegaraannya jika kemenangan yg cuba mereka perolehi adalah kerana wang insentif yg ditawarkan oleh kerajaan. Bukan kerana semangat juang nak mengharumkan nama negara. Hmm... ---hanya pendapat aku seorang manusia yg kerdil.

No comments:

Google