Wednesday, August 6, 2008

selesai sudah

Alhamdulillah...

Selesai tugas yg patut aku siapkan hari ni. Aku ingatkan akan berlanjutan sampai ke petang. So, takde la aku bawa novel aku tu ke opis sebab takut kalau novel dok depan mata aku tak senang duduk. Asyik gatal tangan je nak memegang, membelai, menyelak & meneruskan pembacaan aku. Ehehehe...

Seperti biasa la, bila kelam kabut ni aku dok menyiapkan tender la. Tu la tugasan aku yg akan menonjolkan yg aku sibuk. Ke hulu. Ke hilir. Ngan sandal murah aku berdetak agak kuat sampaikan Aida tegur aku.

"Sibuk ye akak hari ni. Berjalan tak henti."

Aku sedar akan kedalaman ayat dia tu. Tp aku tak plak terasa nak menukar pakai selipar jamban je. Ehehehe... Aku pun sebenarnya tak selesa bila kasut aku berbunyi ketika aku bergerak. Nak kene pasang karpet la kot dalam opis ni supaya bila aku berjalan (agak laju) takde saper yg akan endah. Hahahaha...

Semalam aku mimpi yg agak ngeri. Aku kelewatan memasuki dewan exam. Lewat 15 minit sehingga aku putus asa. Dalam scene tu ada mak aku. Aku kata kat mak aku yg aku nak undur diri je. Aku tak mampu nak teruskan sebab sudah pasti keputusan yg akan keluar lepas ujian nanti aku akan gagal. Ngeri siot. Dengan mencari dewan peperiksaan tak jumpa. Aku tak pasti aku sempat tiba ke dewan peperiksaan ke tak sebab lepas tu aku terjaga. Beristighfar panjang saya. Moga dijauhi situasi itu pada hari sebenar.



***Dah kalah sudah pasti. Menang belum pasti lagi. Kalau tak mencuba manakan tahu akan menang atau tidak. Give it a shot. Kalah atau menang sudah menjadi adat pertandingan. Kalah sekali bukan bererti akan kalah selamanya. Selepas teduh, insyaAllah, pelangi akan muncul. Matahari bersinar menerangi alam semesta. InsyaAllah..

No comments:

Google