Wednesday, August 20, 2008

suatu ketika dahulu

Semalam aku sempat menjengah blog sahabat lama aku. Dia lain bangsa ngan aku. Tapi itu bukan penyebab menjarakkan hubungan kami. Mungkin aku je kot yg terasa sedikit kekok.

Persahabatan yg bermula sejak dari sekolah menengah. Serasa aku dari sekolah rendah lagi kami telah bersekolah di sekolah yg sama. Cuma aku tak begitu akrab dengan dia sehinggalah pada suatu aktiviti kelas ketika aku berada dalam tingkatan 2. Masa tu kelas kami bermain permainan mentor mentee. Syiok juga.

Melalui permainan sebegini juga aku telah mengenali suspek semasa di universiti. Sweet memories. Aku tak begitu mengingati apa sebenarnya yg telah menyebabkan aku dan sahabat ku itu menjadi akrab. Baik. Masa tu tengah hangat dengan sukan pe tah. Tak ingat jugak. Ehehe..

Tak silap aku, time tu tengah berlansung sukan Komanwel kat M'sia rasanya. Aku meminati Roslan Jamaludin, keeper hockey M'sia. Dia plak suka ngan pemain badminton M'sia, Wong Choon Han. So, bila aku nampak je gambar Wong Choon Han, aku akan kerat & bagi pada dia. Dia plak akan kerat bagi kat aku kalau de gambar Roslan Jamaludin.

De satu gambar yg dia bagi kat aku tu, Roslan Jamaludin jadi cover 1 surat khabar omputih. Puas la aku menatap gambar Roslan Jamaludin. Ehehe.. Setahun je aku obses ngan Roslan Jamaludin. Pastu takde dah. Ahaksss...

Aku tak pasti plak ngan sahabat aku tu bagaimana. Kemudian kami bertukar alamat emel. Nama sahabat aku tu, Yeam Shin Sar. Dia tak pernah miss tuk menghantar ucapan hari lahir buat aku saban tahun. Dia juga tak lupa tuk menghantarkan ucapan hari raya. Terharu rasanya. Aku selalu je terlewat tuk menyampaikan ucapan buat sahabat aku itu.

Kali terkahir aku berjumpa dia adalah masa form 5 sebelum tamat sekolah. Lepas tu rasa cam tak pernah jumpa. Aku tak pasti dari mana dia memperoleh no telefon aku. Pe2 pun aku amat hargai apa yg dia buat tuk aku. Ucapan darinya & ingatan darinya. Terima kasih.

Owh... Bagaimana post ini wujud??? Aku terbaca post dari sahabat aku itu pasal ulasan sempena final badminton di olimpik beberapa hari yg sudah. Ntah dia masih ingat lagi akan kisah kitaorang tukar2 gambar itu. Ahaksss... Sweet memories.

Satu lagi sahabat aku berlainan yg bangsa yg aku pernah akrab suatu ketika dulu adalah Ng An Nee. Tak ingat plak nama dia eja camne. Rasa nye cam yg aku eja tu la kot. Tapi sebutan tu dah betul dah. Aku rapat ngan dia masa sekolah rendah. Masa tu darjah 5. Kami sekelas. Dia dok sebelah aku selama lebih kurang 1 tahun pengjian kitaorg pada tahun 1995.

De dia bagi aku candy yg sangat besar. Disebabkan aku kedekut, aku tak bagi adek2 aku share sama. Lastly, candy tu tak abih pun & penyudahnya cik tong yg makan. Isk2...

Begitulah sedikit kisah yg aku terimbau masa zaman sekolah2 aku dulu. Pe yg kalian buat sekarang ye?? Tak silap aku Shin Sar belajar kat UTAR dulu. Kos apa dia amek aku tak pasti. Annie plak futher study kat Australia. Btol ke??? Hmm... Not sure la.

Aku tengok rakan2 Chinese aku masa sekolah, kebanyakkannya maseh berhubung baik sesama mereka. Bukan nak kata aku tak kontek ngan kawan2 aku masa sekolah menengah dulu. Cuma aku rasa kami jarang berjumpa. Last jumpa masa reunion kat KE Corner. Tu pun Ajie yg organise. Isk2..

Dah lama tol tak contact diaorg. Masa Ajie wat opeh house tahun 2006, Raya puasa, aku tak dapat pergi. Disebabkan aku tak dapat pergi, satu kisah telah menimpa aku. Hmm... Antara 1 kisah bersabit dengan kisah yg lain. Tapi kisah ni aku malas nak buka dah. Biar kan je la. Sebab aku nak simpan kisah itu sebagai suatu kenangan terindah tuk masa hadapan. Bila aku dah bersedia or bila tiba hari anniversay ke-2, mungkin aku akan buka kembali kisah itu. Mungkin sahaja. Aku tak pasti lagi.

Kita hanya mampu merancang. Yg menentukannya hanya Dia yg berkuasa..

1 comment:

Shin Sar said...

Oh my... This is really a surprise. I tengah shiok sendiri, typed my own name kat google search bar tu and I landed here kat your blog.

Man, this is touching. Aww... Thanks a lot. *^_^*

And oh, tu gambak-gambak yang kita orang tukar... Haha... I remember I have lots of Choon Hann pictures from you and Zeti, I think. But I really cant recall about Roslan Jamaludin. Aiks... So sorry..

But I would never forget about the mentor mentee game. Hahaha. Itu yang paling best.

Anyway, it's great knowing you. And thank you for remembering me =D

Keep in touch. I'm always online. You can catch me on msn: lisa_y2s@hotmail.com

Take care.. Cheers ;)

Google