Wednesday, August 20, 2008

i.need.my.own.space

Hmm... Dah lama rasanya aku berkeinginan begini. Hopefully, semuanya aku berjaya aku laksanakan sebelum memasuki tahun 2009. I need to have my own goal so that my routine won't feel bored. Uhhh..

Fikiran aku kembali kepada persoalan ini bila satu kejadian berlaku semalam. Ala... Kejadian kecil itu. Itu mungkin dari pandangan kalian. Tapi pandangan aku lain pula.

Semalam aku banyak menghabiskan masa aku dalam bilik sahaja. Nak tengok tv pun tak selesa. Tengah aku berfoya1 dalam bilik, tetiba perut aku terasa lapar. Nak kuar gi mencari makanan kat dapur?? Segan beb. Aku sedar diri aku hanya menumpang. Walaupun rumah pacik sendiri, tapi aku tetap segan. Nak keluar gi beli makanan??? Tak kuasa la saya. Aku lebih rela menahan rasa lapar. Memang petang aku dah makan. Alas perut. Ingatkan bertahan la sampai breakfast. Rupa2nya baru malam muda aku dah terasa lapar. Tahan je la.

Ala... Bukan aku takleh tahan rasa lapar. Boleh je. Cuma aku sengaja mewujudkan isu supaya aku dapat lebih kuat semangat tuk mendapatkan space sendiri. Aku bukan kaki rayau, sebab tu tuk tinggal bersama pacik aku bukan 1 masalah besar.

Ada kawan2 yg bertanya, betah ke aku dok menumpang. Setakat tuk tidur & mandi, berehat, mungkin aku betah. Lebih dari tu rasa tak betah je. Kalau punya ruang sendiri, tinggal sendiri, aku senang nak buat apa yg aku suka. Kemas bila datang angin rajin. Bila tak rajin, tak yah kemas. Bukan sepah mana pun bilik yg aku tinggal sekarang ni.

Tapi beberapa kejadian yg berlaku pada masa lepas juga telah membuatkan aku sedikit tawar hati. Nak aku ceritakan???Tak perlu la sebab kejadian yg pertama telah membuatkan aku teringatkan akan seseorang yg sekarang ni aku sedang mencuba tuk tidak terlalu mengingatinya. Aku seboleh mungkin tidak mahu menyebut nama nya di sini. Hmm...

Terima kasih diucapkan kerana sudi menemani aku suatu waktu dahulu. Teman gi pebaik laptop aku la. Ehehehe...Telah aku jengah beberapa iklan, tapi takde pun yg berada dalam lingkungan belanjawan aku. Adushhh... Belanjawan aku rendah sahaja. Aku punya 4 bulan tuk aku laksanakan impian aku yg satu ini. Hmm... Dipendekkan menjadi 3 bulan setengah je la. Lagi setengah bulan tu aku perlu tuk tujuan pujuk memujuk. Hmm...

Robek hati aku melihat barang kesayanganku teruk cedera. Rasa sakit dada. Sebak. Tak tau nak buat apa bila on je laptop dah mendapati skrinnya telah retak seribu. Disebabkan kejadian ini, aku kena kuarkan belanja sekitar RM600++ tuk mebaikinya. Alhamdulillah, sehingga sekarang ia masih mampu berfungsi. Aku sedar, salah aku juga sebab letak rata2. Tapi apa guna ada pembantu tuk menjaga budak kecik kalau barang sebegitu pun boleh dibiar budak2 pijak di atasnya. Marah, kesal, dah tak guna sebab menda dah belaku. Dah berlalu setahun yg lepas. Aku bukan sengaja nak letak merata2. Actly, aku tak letak rata2 pun. Aku letak ditempat yg sedikit terlindung. Budak2, bukan cerdik nak berfikir lagi. Kesudahannya, sakit yg aku dapat. Nak marah diaorang pun takde gunanya sebab saper aku nak menegur anak orang sedangkan parents diaorang tak pernah marahkan anak2 diaorang. Diamkan je la. Sampai ke hari ni, mak ayah budak2 tu tak tau pun kejadian yg menimpa laptop aku. Atas kesedaran ia adalah salah aku sendiri, lebih baik aku diamkan diri aku sahaja. Hmm...

Kejadian ke-2 wang aku dicopet telah membuatkan aku tidak lagi berminat tuk menabung duit syiling. Apa guna aku menabung sekiranya tabungan aku habis dicopet orang. Dah menambahkan dosa orang mencopet itu. Oleh itu, aku amek keputusan tuk tidak menabung lagi. Orang yg mencopet tu pun boleh menghindarkan diri dia dari menambah minus point akibat mencopet. Hmm...

De lagi???

Ada.. Tapi 2 peristiwa yg aku nyatakan itu telah menyebabkan hati aku makin tawar. Kejadian ke-2 itu bukan berlaku sekali. Tapi 2 kali. Mungkin juga berkali2. Tapi aku je yg tak pernah perasan. Takpe la. Aku menghalalkan apa yg dia amik. Yg akan dia amik plak, tak mungkin akan aku halalkan. Isk2... Betulkah tindakan aku ni menghalalkan brg aku yg telah di ambil haknya dari aku tanpa kebenaran aku & juga di luar pengetahuan aku???

No comments:

Google