Monday, August 4, 2008

sabtu : lone ranger

Owh.. Aku ni terlupa terus pe aktiviti aku sepanjang hari Sabtu. Lepas keje aku pun membawa diri kuar berjalan2. De mende yg aku mencari. Memang aku dah berhajat benar nak memiliki. Alahamdulillah, aku dah termiliki. Terima kasih kepada kuasa internet kerana telah menemukan aku dengan sesuatu yg amat bermakna. Apakah ianya??

Sebuah novel bertajuk Tunggu Teduh Dulu. Aku baca tak sampai separuh lagik. Aku takleh nak komen. Dah abeh baca nanti mungkin aku boleh buat sedikit review, insyaAllah. Semalam telah berkahir promosi jualan murah buku2 di MPH. Aku berkira2 nak membeli Ayat2 Cinta yg ada orang mebandingkan dengan Tunggu Teduh Dulu. Kata putus akhir yg aku dapat semalam, aku tak jadi membelinya. Aku telah menonton filem itu. Itu antara sebab aku tak berapa bersemangat nak memiliki novelnya pulak.


TTD - yg aku beli. Buktinya - penanda buku gajah kayu pemberian MaiH. Ehehehe..

Weekend yg lepas ada jualan murah telefon bimbit di SACC. Punya la ramai orang. Bersesak. Kat PKNS pun sama. Kat PKNS de pesta buku. Banyak booth. Tak tau nak tuju yg mana satu. Aku tawaf satu pusingan. Pastu terus gi MPH je la. Lama jugak aku kat dlm MPH. Penyudahnya, aku hanya membeli sebuah buku sahaja.

Kuar dari opis, perkara pertama yg aku lakukan adalah pergi aktifkan atm card aku. Kisah Jumaat lalu telah membuatkan aku cuak. Takot tersalah tekan pin lagik, melayang RM12. Owh... No.. Berhati2 terlebih dah aku hari tu. Naseb tak ramai orang. Aku boleh la buat aksi slomo. Ehehehe...

Lepas tu, singgah Tesco. Gi lunch. Kat situ ada nasi ayam best. Dah lama aku tak makan. Teringin la plak. Mujur orang tak ramai. Aku makan kat situ je. Tak kesot pun lone ranger. Janji perut aku kenyang. Boleh aku meneruskan rencana aku tuk ari tu. Lepas dah kenyang makan, aku gi solat dulu. Mudah. Kat situ ada ruang solat. Kat tempat orang lalu lalang plak tu. Aku tak rasa cuak sangat.

Nasi ayam best. Yg buatkan lagik best sebab de mushroom. Cilinye pun best gak. Nasi enak juga. Yg kurang enak skit, supnya. Cayak roi...

Dah setel hal aku kat Tesco, aku gerak gi SACC. Tempat parking yg kosong, kat atas bumbung. Pehhh... Sblom ni aku tak pernah plak parking setinggi itu. Isk... Cuak. Mujur ramai orang. Kalau tak, bertambah cuak la aku.

Ketemu plak aku ngan sahabat lama sewaktu sekolah dulu, Farhani ngan kengkawannya. Soalan pertama yg ditanya adalah, aku seorang je ke. Menoleh kiri kanan, lantas aku menjawa, "Aah.. Aku sorang jerk." Sekejap je jumpa. Tak sempat borak panjang. Yg aku diberitahu, dia final sem. Wat Master. Sambil tu kerja jugak. Gigih. Kagum. Wish u all d best!!

Pulang ke rumah sudah hampir jam 6.30petang. Tengok rumah kosong. Sedikit rasa aman. Penat sudah pasti. Tapi kesunyian & kedamaian yg dirasai sudah cukup tuk buat aku rasa selesa. Hmm..

No comments:

Google