Monday, August 4, 2008

kaki sengal

Bila petang mula merangkak masuk, aku mula rasa mengantok ya amat. Tinggal sejam sebelum waktu pulang. Mengapa terjadi setiap kali aku berpuasa, masa petang akan membuatkan aku mengantok. Owh... I need to exercise. Please... I need someone to accompany me. Huhuhu..

Badan rasa lemah. Kaki rasa tegang. Selepas 7 jam 58 minit aku berjalan semalam. Korang gelak la. Tp memang betul pun aku berjalan dalam tempoh masa itu. Malamnya tak pula aku beradu & berehat awal untuk memulihkan tenaga aku. Sebaliknya aku ralit membaca novel yg aku beli. Cerita menarik. Walaupun telah aku baca sepintas lalu (cheating), tp aku tetap nak membaca setiap perkataan yg tercetak di dalam novel itu. Hmm...

Harapan aku dapat aku khatamkan novel ini pada hujung minggu ni. InsyaAllah.

Apa yg ingin aku makan waktu berbuka nanti?? No idea yet. Lihat je la apa yg terhidang kat rumah nanti. Tak kuasa sy nak mencipta menu baru. Hmm...

Kaki sengal??? Bukannya aku pakai kasut tinggi. Aku hanya memakai kasut sarung. Mungkin sebab dah lama aku tak pakai kasut sarung. Kaki aku rasa tertekan. Kasut tu tak ketat pun. Masa berjalan, sakit pun buat2 tak sakit. Ehehehe... Telah ku ketemui jam idaman. Uhh... Out of bajet. G mana mo sy miliki ni..

Berkenan ngan mesgin chopper jenama kenwood. Tp sebab aku bukan masak2 sgt pun kat rumah. Kalau membeli, buat membazir je. What to do, I dah berkenan. Pasti setiap kunjungan aku ke situ lagi di lain masa akan aku luangkan masa melawati sang chopper sehingga suatu hari nanti aku dpt miliki. Aminnn...


1 more hour before time to go home.



**PD... Mungkinkah aku akan ke sana???

No comments:

Google