Thursday, August 14, 2008

mobilku

Mobilku dipinjam lagi. Kali ni sedari awal aku dah pesan supaya pulangkan mobilku nanti jangan buat2 lupa nak tambah kembali petrol. Seringkali berlaku, mobilku dipinjam & dipulangkan kembali dengan petrol yg tidak ditambah walau setitik. Haihh.. Hebat aku ni. Setitik pun aku dapat kira. Itu hanya perumapamaan sahaja, sayangku. Ehehe..

Kerna mobilku dipinjam, hari ni aku masuk lewat. Pulang pun entah bagaimana. Baru hari ni juga pacik ku mengetahui yg seringkali mobil aku dipinjam, aku baru sahaja isi petrol. Makanya sedap la peminjam itu lanyak mobilku sepuasnya tanpa perlu memikirkan untuk tambah kembali petrol. Bukan tak nak bagi pinjam. Asalkan menjaga mobil itu sebaik mungkin, itu sudah cukup baik. Mobil itu pun aku pinjam juga.

Bukan nak mengeluh. Ni merupakan jurnal ku. Diari ku. Hanya di sini aku dapat mencoret buat tatapan di kemudian hari. InsyaAllah..

Sekian..


***Berapa la harga petrol akan turun menjelang September ini?? Wondering.. Guessing.. Maybe not less than RM2.00. Hmm...

No comments:

Google