Monday, August 4, 2008

laporan makan2ku

Hari Ahad penuh ngan agenda makan2. Puas la aku makan. Tak membeli apa2 pun tak kisah sebab banyak duit dihabiskan dengan makan. Demi menemani sahabatku makan. Lastly, aku yg makan lebih dari dia jugak. Aku dah kira makan dengan slow, tapi dia makan lagi slow. Dah lama tak kene training ngan aku. Nanti2 la aku kene latih dia semula, biar leh speed makan. Ahakss..

Sempat syiok sendiri bergambar sambil menunggu ketibaan sahabatku. Lambat. Kene denda belanja makan.


Sedang tunggu ketibaan lif tuk membawa kami ke atas. Selepas peristiwa tercalar. Muka nampak sedikit risau.

Ramai betol manusia sedang berbaris tuk menonton wayang. Aku pun idak le menempah tiket. Sekarang ni aku lebih gemar menonton di TGV kerana sedikit murah berbanding dengan pawagam yg lain. Paling menarik sekali adalah tawaran harga yg murah tuk tayang sebelum pukul 12tengahari, setiap hari termasuk hari minggu. Tu yg wat aku teruja lebih tu. Hahaha.. Selain itu, popcorn pun best gak. Lalala... Harus bercerita pasal makanan. Itu aku. Cuma masa menonton semalam tak beli popcorn sebab kitorang baru lepas brunch.

Kami brunch di sini. 1st time wat Dj, 2nd time wat aku.


Sewaktu menunggu pesanan dihidangkan sempat aku dok teropong orang2 wat keje kat dapur. Open kicthen. Takde yg menarek pun. Ehehehe... Sekadar mengisi masa lapang je.


"Haih... Biler makanan nak sampai ni. Cek dah lapaq. Pagi tadi tak breakfast pe2. Skang ni dah dekat kol 12."


Tiba juga minuman kami. Ice lemon tea & ice chocolate.



Seteah menunggu beberapa ketika, tiba mula santapan kami. Ni sy punya. 1/4 chicken with 2 sidelines (Hot peri2).


Santapan Dj. Pita mende tah namanya with 1 sideline. Potato salad yg dia usik skit je. Sebelom order aku dah tanya, dia makan ke salad. Dia kata dia makan. De daun parseli yg wat die tak mo makan.


Owh.. Chips mereka yg sangat enak. Aku tak tipu. Aku boleh je nak makan kentang ni sahaja. Yummy... Maseh terasa keenakannya. Ayam pun ok jugak. Tambah lak dapat part feveret aku, wing. Ehehehe...

Selepas makan2 kat Nando's, kami gerak nak gi tengok wayang. Tp de lagi beberapa minit. Makanya kami berjalan kuar masuk beberapa kedai. Mencuci mata. Mencari mana2 yg berkenan. Bernasib baik. Tiada yg berkenan di hati. Ehehehe...

Sebelum pulang, singgah sebentar isi perut di laksa Shack. Dah beberapa kali aku makan kat sini. Nak kata sumer laksa kat situ aku dah rasa. Kali ni aku makan laksa lemak Singapore. Ok.. Sedap. Lepas ni, tunggu pas raya plak la kot br nak makan laksa Shack. Tak sampai sebulan je lagi kita sumer nak menyambut Ramadhan al-Mubarak.


Sekian, laporan makan2 saya sepanjang Ahad lepas.

No comments:

Google