Friday, August 15, 2008

anti-pembangunan

Benarkah itu aku???

Anti kepada pembangunan. Aku mungkin anti pembangunan di kampung halaman ku sendiri je. Bukan kat tempat lain. Ehehe.. Teruk betol aku ni. Ahaksss.. Bukannya aku tak suka pembangunan. Mengenangkan setiap kali bila aku balik kampung je mesti ada sahaja bangunan baru yg sedang dalam pembinaan. Ni dah lama aku tak balik. Mungkin juga Taiping Sentral telah mula operasi. Kagum juga dengan pembangunan yg ada kat Bandar Warisan but...

But I miss the old Taiping. Bandar yg aku membesar di dalamnya. Ehehe... Kolot?? Memang kekadang aku bersifat kolot skit. Aku tamak. Aku tak nak kenangan yg aku kecapi semasa zaman kanak2 terhakis begitu sahaja. Ahakss...

Kat Lake Garden de 1 gelongsor batu. Ish.. Tetiba lak terasa nak gi sana. Main gelongsor tu. Gerenti takkan retak nya kalau aku main kat gelongsor tu sebab itu gelongsor batu. Dari aku kecik, sampai aku besar memang gelongsor tu maseh tegap berdiri kat situ. Actually, kat Lake Garden tu ada 3 gelongsor batu. Tapi hanya satu je yg jadi feveret aku sebab yg satu tu batunya licin. Yg satu lagi tu terletak kat tempat yg de banyak monyet. Garang2 belaka monyetnya. Satu lagi gelongsor tu, kesat. Tak best.

Kalau skang ni aku gi sana, non ada la saya nak panjat main gelongsor tu. Nak kena gelak boleh la. Tapi kalau rajin gi jog kat bukit umah d.o tu, selalu gak aku menjenguk ke bawah bila sampai kat puncak bukit tu. Mengintai kekanak yg dok main gelongsor tu. Owh... Kenangan.

Pe lagi yg aku suka kat Bandar Warisan tu???

Suatu waktu dulu semasa muda remaja, kalau nak jalan dari sekolah aku ke Lake Garden, no probnya. JALAN KAKI ye.. Bukannya naik bus. Lagipun tengah2 bandar tu nak gerak mana de bus. Kalau nak jejalan sekitar bandar, guna kaki je la. Kalau sekarang ni??? Dari TJ nak ke Berkat pun sebolehnya akan naik kereta. Mengada. Memang pun. Ehehe...

Zaman dah berubah. Dunia dah maju.

Teringat lagi kisah 1st time aku & kengkawan gi makan kat Piza Hut. Masa tu Piza Hut baru buka. Makan pun makan kami kena bayar sorang RM12++. Aku ingat??? Memang pun. Sebab itu pertama kali kami makan makanan yg mahal sebegitu. Pastu kitaorang bercakap sesama sendiri yg itu adalah kali pertama & terakhir makan kat Piza Hut. Tuk tahun tu je pertama & terakhir. Pastu de lagi kitaorang gi makan kat situ. Ehehehe...

Masa mula2 McD buka cawangan kat Taiping, aku dalam sekolah menengah. Nak makan meal McD tak de duit. So, kalau gi sana pun sekadar beli sundae je. Tu pun dah kire mahal yerk. Sebelum ada McD, cuma ada fast food KFC je. Masa tu pun dah kira hebat sangat bila dapat makan KFC. Ish2... Rindunya..

Bukan rindu nak makan KFC. Tapi rindu kepada kengkawan semua serta kenangan yg ada kat sana. Sekarang masing2 dah mula bekerja. Kebanyakkannya. Ada gak yg sambung study lagi. De kat oversea dalam & luar negara. Owh... Moga kalian semua berjaya. Amin..

Aku???

Aku pun nak juga berjaya macam kalian. InsyaAllah. Ehehe... Dari cita anti-pembangunan, dah beralih kepada imbauan kisah2 zaman sekolah. Ahakss...

Cemburu pun ada juga bila lihat Idlan seronok melayan kartun. Tengok kartun Tom & Jerry dia boleh ketawa terbahak. Tengok dia berlari bebas. Setiap kelakuan org dewasa dia akan perhatikan. Dia belajar dari pemerhatian dia. Pada usia 2 tahun, Idlan dah pandai switch on/off tv. Tu besa la kan. Pastu, dia pandai plak nak on kan dvd player. Pasang dvd player. Kalau nak tgk cd, Idlan akan minta aku amekkan cd. Pastu dia akan pasang sendiri. Hebat..

+++Kalau nak imbau balik semua kenangan, sampai bila pun takkan habis, ye tak?? Sambung lain kali.

2 comments:

mysenoir said...

wow. update yang pantas in reply to my comment earlier kan? hehe

missing those old skool times too! =(

Anonymous said...

kita harus bertindak pantas supaya tak ketinggalan. ehehe... lagipun tengah tak banyak keje time tu. tu yg pantas je response i. laala..

Google