Saturday, September 13, 2008

tribute tuk 2 sahabat aku

Ini adalah kisah benar. Bukan suatu kisah yg sengaja aku reka aku tidak dapat melelapkan mata lebih dari 24 jam. Hikss... Kisah ini mengenai 2 sahabat aku dan juga jodoh mereka. Siapa sangka...

Pertama sekali aku nak mengucapkan taniah buat mereka berdua. Kedua2nya adalah sahabat yg aku kenali sewaktu menjejakkan kaki ke alam hostel buat kali pertamanya. Yg seorang itu adalah teman sekamarku sewaktu di hostel. Hampir setahun kami menginap di bilik yg sama ditemani dua lagi sahabat.

Eh, baru aku sedar persamaan teman sekamarku sewaktu dahulu. Ketiga2 mereka berkhidmat di dalam bidang yg sama. Mereka bergelar pendidik. Moga kalian dapat membimbing anak bangsa sekarang & di masa hadapan. Hmm...

Kembali kepada kisah dua sahabat aku ini yg de kaitan juga ngan jodoh. Mungkin juga sudah jodoh kalian. Hikss...

Aku dikejutkan dengan suatu persoalan yg ingin ditanya oleh A. Aku terfikir juga apa lah yg hendak ditanyakan kepada aku oleh A sebab sebelum dia mengemukakan soalan dia telah berpesan supaya aku tidak marah. Haihh... Garang sangatkah aku ini??? Takkan la takde sebab musabab aku nak marah plak. Isk2...

Gembira hati aku melihat perkembangan kalian berdua ini. Moga dapat berlanjutan ke peringkat seterusnya. Aku tahu dan D juga tahu bahawa si A ada hati padanya sejak di awal perkenalan lagi sebabnya masa hari lahir D, A telah menghadiahi sesuatu (2 item kalau aku tak salah) buat D. Tapi aku tak ingat la plak barang apa yg telah diberi oleh A kepada D.

Penat juga la rakan2 sekelas dok mengusik. Tapi usikan itu tak berlanjutan. Tak tau la sebab apa. Mungkin kerana selepas kejadian itu tiada perkembangan antara mereka. Lagipun D seorang yg amat komited terhadap pelajarannya. Aku bukan nak kata A tak komited. Tapi aku tahu D itu bagaimana orangnya sebab kami tinggal sebilik. Masakan aku tidak mengenali sikap D bagaimana.

Suatu waktu semasa di uni, aku menerima pekhabaran yg A sudah punya buah hati. Lalu aku khabarkan kepada D. Aku tidak tahu yg ketika itu D sedang belajar membuka hatinya untuk menerima seorang lelaki. Aku hanya cuba meneka. Mencuba beberapa nama. Akhirnya aku dapat simpulkan bahawa orang itu adalah A.

Kemudian aku ngan D terjarak. Terputus hubungan tanpa khabar berita. A belajar satu uni ngan aku & yg menjadi buah hari A ketika itu adalah teman sekuliah aku. Walaupun kami belajar di uni yg sama, kami jarang berhubung. Nama je fakulti sama. Tapi jabatan lain2. Nak bertembung pun susah. Lagipun A merupakan orang kuat satu persatuan anak negeri.

Pagi ini aku dikejutkan dengan gambar yg terpapar di page friendster mereka berdua. Status pun telah sama2 berubah kepada 'in relationship'. Taniah. Itu yg mampu aku utarakan buat kalian berdua. Aku gumbira dengan penyatuan kalian. Jodoh pertemuan tidak kita tahu. Bukan dalam pengetahuan kita.

Kadang kita merasa yg orang yg kita temui itu adalah jodoh kita. Tapi bukan. Lalu dia pergi. Kemudian, datang pula seseorang yg kita rasakan tidak dijadikan untuk kita. Tapi lewat kesedaran yg dia adalah untuk kita, dia telah pergi jua. Penantian harus diteruskan sehingga kita berjumpa dengan seseorang yg telah ditetapkan buat kita, insyaAllah.. Kali ini jangan lalai lagi. Hmm...

Owh... Dah telampau panjang aku melalut. Tapi yg pasti aku cukup gembira mendengar pekhabaran dari A ini. Nanti bila aku dapat green lite dari kedua mereka akan aku dedahkan siapakah si A dan si D ini. Tunggu....

No comments:

Google